BEAUTY TIPS


JIKA RAMBUT ANDA TERLALU MELEPEK dan ingin membuatnya tampak mengembang, selepas bersyampu, masukkan satu sudu besar garam ke dalam segayung air dan bilaskan rambut anda.

JIKA ANDA SUKAR UNTUK MEMILIH DUA JENIS WARNA BEDAK ASAS, pilihlah yang lebih muda kerana warna bedak asas yang lebih ‘tua’ akan membuat wajah tampak lebih gelap.

SEBELUM MENYAPU PELEMBAP, pastikan wajah dicuci bersih terlebih dahulu.

               “Untuk mendapat kaki yang lembut dan cantik, amalkan rutin penjagaan kaki sekerap yang boleh, dan gunakan produk-produk yang sewajarnya”

DALAM MEMILIH WARNA BEDAK ASAS, sebaliknya lakukanlah di bawah cahaya atau di dalam suasana terang bagi mengelakkan anda tersilap membeli warna yang tidak senada dengan warna kulit anda.

MEMILIKI SUSUK TUBUH GEMPAL bukanlah alasan untuk tidak boleh bergaya cantik.

APA SAHAJA KOSMETIK walaupun tidak mempunyai tarikh luput, tetap tidak boleh disimpan terlalu lama terutamanya jika tidak digunakan.

CARA TERBAIK UNTUK MENDAPATKAN ILUSI BULU MATA PANJANG, sapu mascara secara merata.

WARNA MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM SOLEKAN MATA. Nuansa pastel membuatkan mata semakin mengecil sementara nuansa gelap membuatkan mata tampak semakin besar dan bundar.

PENGGUNAAN ‘SUNBLOCK’ bukan bererti anda boleh duduk di bawah cahaya matahari lebih daripada biasa.

PENGGUNAAN MASKER dalam bentuk tanah liat adalah paling sesuai bagi yang mempunyai kulit terlalu berminyak.

JIKA WARNA PAKAIAN ANDA PASTEL, disarankan menggunakan warna yang lebih cerah pada solekan, terutama pada warna bibir.

PEMBAYANG MATA BERWARNA KEEMASAN ATAU PERAK yang berkilat memberi kesan menarik pada bibir. Sapukan sedikit pada bahagian tengah bibir dan kenakan gincu bibir seperti biasa.

MASKER WAJAH yang berfungsi untuk melembapkan kulit boleh juga dipakai untuk menghilangkan pecah-pecah di tumit.

 UNTUK ELAKKAN BIBIR KERING, banyakkan mengambil makanan kaya vitamin E atau gunakan kapsul khas untuk bibir dengan kandungan vitamin E yang boleh terus disapukan pada bibir.


 UNTUK ELAKKAN BIBIR KERING, banyakkan mengambil makanan kaya vitamin E atau gunakan kapsul khas untuk bibir dengan kandungan vitamin E yang boleh terus disapukan pada bibir.


credits to majalah RAPI
 

No comments:

Post a Comment

silalah komen :)

Design by | SweetElectric