FASHION TIPS

Jika kamu mulai bosan melihat isi kandungan almari, nampaknya anda kena mula bermain dengan imaginasi. Berikut adalah tips yang boleh kamu lakukan


" Tampalkan riben kecil atau permata kecil pada sepasang kasut lama anda. 
" Punyai riben besar berwarna terang? Sepitkannya pada kepala tali pinggang anda.
" Gulungkan jeans anda sehingga ke paras lutut dan kenakan stoking atau ‘legging’ nipis yang bercorak ‘funky’.

CARA TUNJUKKAN RASA SAYANG PADA PAKAIAN

Awak mungkin seorang fashionista. Fesyen bagi kamu adalah satu anugerah yang tidak ternilai dan tidak hairanlah awak begitu mengagumi auranya. Adakah awak mencuci, menggosok dan menyimpan pakaian awak sesempurna mungkin? Teen-Queens kini membariskan sedikit panduan untuk menghargai baju sendiri.

i.                    ‘Cashmere’ (kain bulu yang lembut) perlulah dicuci dengan air sejuk.
ii.                 Cara terbaik untuk mencuci pakaian yang mudah rosak, termasuklah pakaian dalam ialah cucian tangan.
iii.               Sentiasa asingkan pakaian berwarna dengan pakaian putih.
iv.                Serlahkan seri pakaian berwarna dengan menambahkan sesudu garam ke dalam air cucian.
v.                  Sentiasa terbalikkan jeans anda sebelum mencucinya.
vi.                Semasa menyimpan di dalam almari, gantunglah pakaian ringan dan lipat pakaian yang berat.


i.                    Skirt dan seluar sepatutnya disepit dan digantung dengan sempurna dengan menggunakan penyangkut baju daripada kayu.
ii.                 Jangan gulung stoking anda kerana tindakan ini akan meregangkan getahnya. Susun dengan meratakan permukaannya dan simpan dengan elok di dalam laci.
iii.               T-shirt perlu dilipat dan bukannya digantung. Jika tidak, bentuknya akan lari dan fabriknya akan longgar.

credits to majalah RAPI 

No comments:

Post a Comment

silalah komen :)

Design by | SweetElectric