Hair Info

Rambut yang cantik memerlukan penjagaan rapi. Tidak kiralah bagi mereka yang bertudung atau tidak, rambut yang diibaratkan mahkota setiap golongan perempuan ini perlu dijaga. Ayuh, kita bongkar rahsia satu-persatu dengan mengenalpasti apakah produk dan cara penggunaannya!

1.     Anti-frizz Serum
¯ Ia adalah produk yang digunakan untuk memberi lapisan pada helaian rambut agar kekal lembap dan tidak kelihatan kusam atau tidak bermaya.
¯Cara menggunakannya: Boleh digunakan setiap hari pada rambut yang sudah disyampu.                                                                                                     

2.     Hairshine
¯Produk ini sesuai untuk semua jenis rambut.
¯Cara menggunakannya: Semburkan pada rambut yang  kering dengan jerak minimum 20 sm.

3.     Hairspray
¯ ‘Hairspray’ atau penyembur rambut boleh digunakan pada semua jenis rambut.
¯Cara menggunakannya: Semburkan dengan jarak minimum 10 sm dari rambut supaya ia tidak kelihatan basah pada rambut.




4.             Curl revitalize
¯Produk untuk mengawetkan rambut yang kerinting semulajadi mahupun kerinting buatan agar bentuknya tidak berubah sekaligus nampak elastic semasa kepala digerakkan.
¯Cara menggunakannya: Boleh juga digunakan bagi yang mempunyai rambut ikal.

5.             Mousse
¯Produk yang menghasilkan ‘volume’ dan bentuk pada rambut agar dandanan rambut kekal lama.
¯Cara menggunakannya:  Goncang botol ‘mousse’ dan semburkan sedikit ke tapak tangan, sapukan pada akar rambut. Pastikan anda  memilih ‘mousse’  tanpa kandungan alcohol supaya rambut tidak menjadi kering.

6.             Colour hairspray
¯Produk yang disemburkan pada rambut untuk mewarnakannya dengan cepat.
¯Cara menggunakannya: Semburkan pada bahagian rambut yang hendak diwarnakan dari jarak minimum 10 sm. Perlu dicuci dengan segera.





2 comments:

silalah komen :)

Design by | SweetElectric