JANGAN TERTIPU DENGAN JENAMA TIRUAN!


Siapa yang suka bila barang asli yang dibeli dengan harga ribuan ringgit, tiba-tiba sahaja dibanding-bandingkan dengan barang tiruan berharga RM10? Tentu sekali TIDAK, bukan? Ini kerana barangan asli dibayar dengan harga tinggi kerana mutu dan kualitinya. Barang tiruan pula menunjukkan pemiliknya tidak berkemampuan, tetapi sanggup memakai barang tiruan kerana mereka terlalu gilakan perhatian.

Ingatlah, membeli barang tiruan adalah salah di sisi undang-undang dan boleh didakwa atas kesalahan memiliki barang tiruan. 

   Sesiapa yang memilikinya boleh didenda dengan hukuman maksimum penjara 5 tahun dan denda RM5000. Barangan asli dan barangan tiruan terlalu jauh bezanya. Sebagai contoh, beg LV yang asli terlalu beza dengan yang tiruan. Di bawah ini disertakan beberapa tips bagi membezakan barangan asli dengan barangan tiruan:


·        Sila lihat pada zip beg tersebut. Beg berjenama asli mempunyai logo LV yang diukir kemas pada setiap zip. Beg tiruan pula tiada spesifikasi seteliti itu.

·        Lihat juga secara teliti pada permukaan beg tersebut. Beg LV yang tulen menggunakan bahan asas kulit yang bermutu tinggi. Beg tiruan pula adalah plastik semata-mata. Material yang digunakan mudah mengelupas dan berubah warna.

Akhir kata, jadilah pengguna yang bijak. Jangan terlalu taksub dengan barang berjenama dan bersikaplah “ukur baju di badan sendiri”.
                                                                                            
                                                                                     This is brought to you by,
                                                                                      Novel Aku Mahu Popular

1 comment:

silalah komen :)

Design by | SweetElectric