KAWAN: Bagaimana mahu menjadi sahabat terbaik?


Kamu perlu bijak menjalin hubungan social yang baik dengan orang di sekeliling kamu.

1.     Menjadi pendengar yang baik
Ø Ketika sahabat sedang bercerita tentang masalahnya, dengarlah dengan penuh perhatian.

2.     Adil
Ø Jangan terus menghakimi di atas apa jua tindakan yang dilakukan atau diambil oleh sahabat.

3.     Hormat
Ø Jangan kamu sesekali memotong percakapan sahabat yang sedang bercerita.

4.     Pancing Hati
Ø Jika sahabat kelihatan berada dalam keadaan tidak tenteram, pancing hatinya dengan pertanyaan-pertanyaan yang bersifat ambil berat dan bersungguh-sungguh serta untuk menggembirakan hatinya.


5.     Tindak balas
Ø Beri tindak balas terhadap setiap ungkapan yang dilafazkan oleh sahabat dengan ekspresi seperti senyum dan menganggukkan kepala.

6.     Keikhlasan
-        Pastikan kamu sentiasa ikhlas dan menghargai persahabatan kalian berdua itu.


                  Opps! Pantang dalam bersahabat!
TERLALU MENURUT
Sikap ini akan menyebabkan orang lain mudah mempergunakan atau mengambil kesempatan terhadap diri kamu.

TERLALU BERGANTUNG
Boleh menyebabkan kamu hilang keyakinan diri, lebih-lebih lagi bila tiada sahabat yang menemani kamu.

MEMBATAS  PERGAULAN
Jangan menghadkan pergaulan kamu dengan rakan-rakan rapat kamu sahaja, kerana orang di sekeliling  kamu akan melabelkan kamu sebagai sombong dan tidak tahu bergaul.
                      
credits to Bintang Kecil

No comments:

Post a Comment

silalah komen :)

Design by | SweetElectric