MUFIN AMERIKA VS MUFFIN INGGERIS


“Muffin ala Amerika berbeza dengan muffin ala Inggeris. Perbezaannya adalah dari segi bahan yang digunakan semasa menyediakannya. Mufin ala Amerika lebih banyak menggunakan soda penaik dan serbuk penaik. Manakala muffin ala Inggeris berbentuk doh yang dinaikkan menggunakan yis.

   Mufin ala Amerika boleh dikatakan kacukan antara roti dengan kek. Sementelah, muffin ala Amerika boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu, muffin kek dan muffin roti. Bagi membuat muffin roti, kandungan gula dan mentega perlu dikurangkan. Manakala muffin kek pula menggunakan kandungan gula dan mentega yang banyak. 

   Adunan muffin yang paling asas menggunakan bahan-bahan seperti tepung, gula, soda penaik atau serbuk penaik, lelemak (cecair atau pepejal)  dan susu (susu mentega, yoghurt dan krim masam). Boleh juga ditambah bahan-bahan lain seperti kepingan buah-buahan, kekacang, coklat, esen vanilla, rempah, cornmeal, bran dan oat. Sekiranya mahu muffin lebih menyelera dan nampak menarik, serbuk rempah, tepung atau gula halus boleh ditabur di atas muffin. Krim juga boleh disapu di atas muffin.”

credits to novel Muffin Manja 

2 comments:

silalah komen :)

Design by | SweetElectric