MUFIN APRIKOT


BAHAN-BAHAN

~ 1 cawan tepung serbaguna~ ¼ cawan gula                                                
~ 2 sudu teh serbuk soda penaik
~ ¼ sudu teh garam
~ 2 telur gred A
~ 2 sudu besar minyak Canola
~ 2 sudu besar susu krim
~ ½ cawan apricot kering, lebihkan sedikit bagi ditabur di atas mufin
~ ¼ sudu teh esen badam

CARA-CARA

·        Panaskan ketuhar sehingga 350 darjah Fahrenheit. Satukan tepung, gula, serbuk soda penaik dan garam di dalam mangkuk.

·        Pukul telur, minyak dan susu. Kemudian masukkan apricot kering dan esen badam.

·        Selepas itu masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan kering. Gaul adunan hingga semua bahan kering jadi lembap. Isikan adunan ke dalam acuan mufin.

·        Bakar adunan mufin ke dalam ketuhar hingga 20 atau 30 minit. Apabila mufin siap dibakar, keluarkan dari ketuhar dan sejukkan di atas rak jejari

·        Taburkan hirisan aprikot kering di atas mufin sebelum dihidangkan.



No comments:

Post a Comment

silalah komen :)

Design by | SweetElectric