sekilas …DIET

BAGI ANDA YANG BERISIKO GEMUK, berpenyakit jantung, atau kanser, diet yang mampu mengurangkan jumlah lemak tepu adalah pilihan baik.

Lisnu Isbelle, Pakar Diet dari Jabatan Dietitian Universiti Michigan memberitahu bahawa mereka yang mengurangkan pengambilan lemak sehingga 30 %, cenderung untuk menambah kalori dalam dietnya kerana selalu berasa lapar.

PENGAMBILAN SERAT DALAM DIET HARIAN AMAT PENTING. Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70-80 jam untuk melalui saluran penghadaman.

SATU KAJIAN YANG DILAKUKAN OLEH GENE SPILLER, ahli nutrisi dan Pengarah Health Research and Studies Center di Los Altos, California mendapati kismis mengandungi sebatian untuk mengurangkan kadar kolestrol. 

MENURUT PAKAR DIET DARI FOODS INSTITUTE OF COLORADO,  Atskins Murl, jika mahukan kejayaan dalam menurunkan berat badan, gandingkan pengambilan ubat-ubatan anda dengan pemakanan dari diet yang betul serta lakukan senaman. 

PADA PRINSIPNYA, DIET  SIHAT ADALAH DIET SEIMBANG yang memastikan kesempurnaan semua zat berfungsi dan tepat pada keperluannya. Caranya, pilih konsep caturan pengambilan makanan yang tepat  dan disarankan pakar-pakar diet di dalam panduan piramid.

KOLESTROL MAKANAN datangnya dari sumber haiwan seperti kuning telur, daging organ seperti hati dan otak. Hadkan pengambilan kolestrol tidak melebihi 300 gm setiap hari.

KAJIAN DARI BRITISH mendapati individu yang menggemari makanan  pedas boleh  membakar hampir  25 peratus kalori di dalam badan berbanding mereka yang tidak suka makan pedas.

UNTUK HIDANGAN TENGAHARI, jangan makan lebih dari sesenduk nasi. Nasi mempunyai nilai karbohidrat yang tinggi. Berlebihan mengambilnya, bererti anda sedang meningkatkan kandungan gula dalam darah.

PRINSIP PALING MUDAH untuk menjadi kurus ialah makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang.

                  JANGAN AMBIL SEBARANG MAKANAN TAMBAHAN (misalnya vitamin C, E, minuman kesihatan dan sebagainya) tanpa nasihat dari doctor atau ahli farmasi. Selidik dahulu kandungan dan kebaikannya sebelum membeli.
 
credits to majalah RAPI 

No comments:

Post a Comment

silalah komen :)

Design by | SweetElectric