Semperit Pandan

Bahan-bahan: 3 biji telur, 2 biji telur-diambil putih telur, 250 gm tepung gandum, 350 gm mentega, 250 gm tepung jagung, 450 gm gula halus, 2 helai daun pandan (ambil jus sahaja), sedikit susu pekat, esen vanilla dan serbuk penaik. Bahan hiasan: Coklat atau strawberi (mengikut citarasa anda).


Cara membuat: Gaul bersama tepung gandum dan tepung jagung. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Pukul mentega sehingga berkrim dan masukkan tepung bersama susu pekat, esen vanilla, serbuk penaik dan telur yang telah dipukul tadi. Gaul dan uli hingga menjadi doh yang lembut. Gunakan acuan biskut semperit untuk menekan doh ke dalam loyang pembakar. Hias dengan ceri dan bakar pada suhu 150 darjah C selama 20 minit.


Untuk kesihatan:  Selain untuk masakan, daun pandan mempunyai khasiat untuk merawat demam, selsema dan menghilangkan kelemumur.


credits to majalah RAPI









 


No comments:

Post a Comment

silalah komen :)

Design by | SweetElectric