Tips & Persiapan ke interview

Juz na share dgn korang tips & persiapan gi interview.
Aku tgh tunggu Mara panggil aku gi interview. Takutlah jgk... So, utk menghilangkan tkt aku tu,
aku amalkan tips2 ni. Korg pun bolehlah ikut skali kalo ade yg tgh tunggu panggilan interview tu...


- Pakailah pakaian yang sesuai, kemas lagi bersih. Pelajar-pelajar lelaki perlu memakai tali leher. Jangan pakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, serta menggunakan minyak wangi dan alat-alat solek yang berlebihan. 
Elakkan memakai baju batik dan T-shirt. Cuba bayangkan jika anda yang menemuduga, 
anda pasti akan memilih calon yang berpakaian kemas. 

- Rambut anda hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat atau bertudung bagi perempuan


- Tentukan di mana, bila dan pukul berapa temuduga itu diadakan. 
Cuba untuk sampai antara 10 - 15 minit lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk berehat dan bertenang, tetapi jangan terlalu lama sehingga anda berasa cemas pula. 
Jangan sekali-kali datang lambat. 


Semasa hendak masuk ke bilik temuduga janganlah gentar. Buat seperti biasa saja. 
Biasakan memberi ucapan ‘selamat pagi/selamat petang’ mengikut pada keadaan waktu, 
atau ‘assalamualaikum’ sekiranya panel temuduga itu beragama Islam. 

 Jangan terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian. Apabila disuruh duduk, 
ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
  
Serahkan dokumen-dokumen berkaitan apabila diminta. Jangan anda meletakkan barang-barang lain, tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga. 
  
Jangan cuba hendak menjenguk atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas yang terdapat di atas meja penemuduga.

Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu       




    Gunakan satu-satu bahasa tanpa campur-aduk dengan bahasa lain. Sebagai contoh jangan gunakan, "I fikir problem ini tidak dapat diselesaikan". Ataupun "You taulah, 
problem ini begitu complicated". Sekiranya disoal dalam Bahasa Melayu, 
jawablah dalam Bahassa Melayu dan sekiranya disoal dalam Bahasa Inggeris, 
anda perlulah pula menjawab dalam Bahasa Inggeris.

  Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga

Contoh Soalan Temuduga:
 
  1. Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang?
  2.   Apakah yang dapat memotivasikan anda?
  3.  Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
  4. Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
  5. Apakah kelemahan-kelemahan anda?
  6. Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?
  7. Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda? Bagaimana anda membuat persediaan untuk mencapainya?
  8. Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda.
  9. Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.
  10. Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?
  11. Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?
  12. Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?
  13. Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
  14. Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum?


 Lagi 1. Kdg2 panel tanya soalan2 pelik yg tak ada kaitan dgn interview or berita semasa. So...
juz be ready..

4 comments:

  1. wahh. Ada interview ke? tatau plak. gile ah. takutTT!

    ReplyDelete
  2. heyyy gud luckkk..

    tp kan bg saya perbuatan membunuh tu mmg x boleh nak maafkan. saya pun bukan insan berhati mulia sangat. kita x kan bg maaf dlm masa short term tp long term insyaAllah.
    forgive but not forget hehehe

    ReplyDelete

silalah komen :)

Design by | SweetElectric