Film dan Drama

Zaman sekarang ni dah macam-macam jenis film dengan drama yg selalu keluar dekat TV. Antara jenis-jenis drama dan film yg sering mendapat tempat di kalangan masyarakat sudah semestinya drama dan film tempatan lah kan ? Tak lupa juga drama-drama Korea, filem-filem Hindustan dan juga filem-filem dari negara Barat.



Tapi percaya atau tidak, aku tak suka layan drama. Especially drama cinta. Aku rasa dah banyak kali dah aku cakap benda ni tapi tak apalah. Aku nak ulang cakap banyak-banyak kali.

AKU TAK SUKA DRAMA CINTA. 

Walaupun aku minat kpop sekali pun, drama cinta korea pun aku tak layan. Sebab apa ? Sebab drama cinta ni soppy, meleret dan kadang-kadang mengarut dan tak masuk akal. Ada je drama-drama cinta yg okay but sorry to say lah, aku tak minat tengok orang lain bercinta -.-



Alasan yg agak tak munasabah tapi lantaklah. Korean love dramas ni, heroin dia macam lembik sangat lah o_o Bukan semua drama Korea macam tuh. Contohnya Cinderella Stepsister. Watak heroin dia adalah seorang yg tegas, ego dan berpendirian teguh.

Aku nak tengok drama yg perempuan-perempuannya macam tu. Yang kuat. Bukannya lembik. Tolak sikit habis jatuh. Macam fragile sangat je. Cubalah kuat semangat sikit. Lemah aku tengok. Aku tahulah perempuan kena lemah-lembut. Tapi tak payahlah LEMBIK sangat.

Lol aku nih. Cakap macam bajet kuat sangat je. Bukannya apa. Aku tak suka tengok perempuan dalam love dramas ni asyik menangis je sebab cinta.

Drama melayu nasib baik kurang sikit perempuan-perempuan yg lembik tapi still aku tak layan jugak. Drama melayu aku suka drama-drama yg tidak menjadikan tema "cinta" sebagai tema utama. Contohnya cerita Keluarga Iskandar. Lawak gila cerita tuh. Tapi dah tak ada lagi dekat TV. Kalau keluar DVD cerita tuh, [kalaulah keluar], aku tak akan hesitate untuk beli. Tapi itupun kalau aku ada duit O_O

Film cinta yg aku cuma trust adalah filem-filem hindustan. Cerita dia touching sangat. Jalan cerita biasa-biasa, dah selalu jumpa, tapi yg membuatkan filem dia lain dari filem cinta biasa adalah sebab olahan jalan cerita dia cantik. Kalau kau tengok filem cinta hindustan, korang rasa macam korang yg tengah mainkan watak tuh. Macam korang yg tengah bercinta. Macam korang yg tengah patah hati. Meleleh aku dibuatnya.

Walaupun demikian, filem cinta tempatan pun aku suka jugak. Paling aku suka, 9 September. Kalau orang tanya aku filem cinta melayu apa yg paling aku suka, aku akan cakap 9 September. Cerita tu terbaiklah bagi aku. Sedih. Lagi pun, aku ada sejarah aku yang tersendiri dengan cerita tuh. Sebab tu kot -_____-

Drama and film cinta mat saleh pulak feel tak cukup. Banyak sangat kissing scenes. Aku tak suka.



Sikit-sikit nak kiss, sikit-sikit nak kiss, SIKIT-SIKIT NAK KISS. Please lah. Ini bukannya rated program. Sila kurangkan babak-babak bercium. Jalan ceritanya biasa-biasa. Bercium je lebih.

Tapi bukanlah semua film cinta mat saleh macam tuh. Ada je yg feel dia terlebih contohnya cerita Titanic. Touching gila aku cakap. Twilight pun sama. Tapi twilight aku suka first movie je. Masuk je second dengan third film mula dah merepek. Serigala lah apalah. Lebih baik aku layan Twilight official parody - Vampire Suck.

Pilihan aku untuk action films pulak, aku suka action films dari negara barat. Sebab jalan cerita dia unik. All-time favourite aku cerita Killers, Day and Night dengan Red. Paling aku suka Killers. Sebab hero dia handsome. Hahahaha xD



Related Post

Masih Tak Ada Cita-cita

Split Personality

Pabila Bulu Roma Meremang


29 comments:

  1. saya pun suka killers sebab hero dia hensem. :p

    ReplyDelete
  2. setuju.tak suka la citer heroin lembik sgt
    pastu skarang korea punya citer, ade sence kiss. dulu tak ade pun mcm tu

    kalau taka de pun tak kisah la.tak jejas apa pun kan

    ReplyDelete
  3. mohon berkongsi sejarah awak dengan filem 9 september tu..hehehehe

    ReplyDelete
  4. Nfrhana : dia saya punye ! lalalala xD

    Nik Ros : betul. Penat sebenarnya tgk crite org bercium nih. Bercium bukan main lama. Adeh. Penat tengok -__________-

    Boni Kacak : Oh itu tidak bisa ! Demi memelihara keamanan sejagat, adalah lebih baik tidak dikongsikan kepada sesiapa xD

    ReplyDelete
  5. Aku pun tak suka cerita komedi romantik. jalan cerita terlalu klise. korean punya pun sama. Mula mula benci lepas tuh suka. Hari hari itulahh. Tapi aku memang layan semua drama yang ada kat tv sebab aku ni tv Addicter. Tapi dlm bebanyak cerita korea, aku suka Becoming a billionaire je. Dah lama dah cerita tuh.

    ReplyDelete
  6. Yup! setuju. kebanyakkan drama pasal cinta ni mesti perempuan dia "lembik". huh! lemah. Suka cerita comedy. Hilang stress. gelak je :D

    ReplyDelete
  7. suke semua cerita cinta,,hehe,,jiwang tahap karat ni,,;)

    ReplyDelete
  8. Mila : Tahu takpe. Tapi english fic yg aku buat tuh konsepnya macam tuh ~ Aku rasa menyesal plak tak fikir dua kali sebelum buat fanfic yg Sehun tuh ._.

    Kak Atiqah : Cerita komedi best ! Tapi kan, cerita Istanbul Aku Datang tuh best ^^

    Miss Ina : mesti suka melayan perasaan kan ? hehe. harap tak terasa lah kalau baca entri nih bagi peminat cerita cinta :))

    ReplyDelete
  9. Yea.. Betul tu, Cerita barat ni terlmpau byk sgt kiss & hugs scene.

    ReplyDelete
  10. pyka suka korean drama , tmbah2 bab cinta . lagi best :)

    ReplyDelete
  11. cuti sekolah macam ni.. cinta tak cinta. layankan ja kalau dah tak ada cerita lain, haha.

    p/s: sukaaaaaaaa tengok sesame player. hee~

    ReplyDelete
  12. Miss Xyz : Kan ? Ending je mesti kiss. Takdak kiss, tak sah. Kalau hugging scenes tuh boleh tahan lg actually ~

    Pyka Pdott : hehe. tak minat xD Tapi tak bermakna kita tak layan bila dah bosan-bosan tuh xD

    Alya : Sesame Player ? Infinite sesame player paling best ! ^^

    ReplyDelete
  13. Sungguh! tak sukalah cerita lembik2. bukan semua perempuan rela dibuli...haha

    ReplyDelete
  14. prefer drama jepun dr drama korea sbb drama jepun bnyk sense of humour...

    ReplyDelete
  15. Cik Mai : Hahaha ! Tahu takpe xD

    Mee SuperGirl : samalah -_- Tapi cerita yg Cinta di putih abu-abu kebende tah tuh ter best pulak o_O

    Eyqa : Korean dramas pun ada sense of humor nya juge :))

    ReplyDelete
  16. Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.
    Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
    Harga serendah RM1.00/pcs.
    Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
    Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:
    http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  17. dlm secret garden, heroin dia x lembik. siap jd stuntwoman lg.

    ReplyDelete
  18. Aswadz : Hmm. true story :/

    Teenager Housemaid : best ke ?

    Admin : ._.

    ReplyDelete
  19. suka tgk drama.. suka tertunggu2 akhir episod.. haha

    ReplyDelete
  20. haha, suka tngok crita yg sedih sedih, sbb bru lah feel hahaha :D

    ReplyDelete
  21. aku layan je citer korea. tp aku tapis la. x tgk sumer. tgk yg best2 je. keh3...

    ReplyDelete
  22. sy haterz kepada mereka...kerana sy anti plagiat...kalau kita buat sesuatu tulis entry sendiri...yg keluar dari otak sendiri itu lebih baik...nampak original nye...dunia blogging pun ade jugak insan yg melakukan propa...hoho

    ReplyDelete
  23. to kak amy zana...first komen tadi tersilap box la pulak...hoho...sorry2...ni kali pertama jenguk sini...hoho

    ReplyDelete
  24. ejulz : Lolz baik skip je sampai akhir episode XD

    Anis Scha : tak minat sgt cerita sedih2 nih. touching ar ;_;

    aswadz : Lolz kita recommend cerita SHUT UP FLOWER BOY BAND. TENGOK TAUUU

    cik kaki ketawe : amboi banyaknya hoho XD tak apa no problem. lain kali jgn tersilap box lagi ya ^^

    ReplyDelete
  25. sama la..masa sekolah dulu pun x suka jugak subjek sejarah..hahah..mujur x kena ajar subjek sejarah skng ni.

    ReplyDelete

silalah komen :)

Harry Potter Glasses
click this small box to pause