Kes Plagiat

Setelah sebulan tak update blog, hari ni aku ada satu isu yang aku nak update dan nak dibincangkan kepada pembaca-pembaca blog aku ni. *bunyik cengkerik*

Benda ni dah lama bersarang dalam kepala hotaks aku cumanya waktu tu belum terfikir nak dijadikan bahan untuk update blog.


Isu kali ni simple je. Tentang kes plagiat. Aku cuma nak cerita pasal kes plagiat yang berlaku dalam dunia blogging.





Kes-kes plagiat yang lain aku tak nak sentuh.


Lately aku rasa benda ni dah jadi semakin viral di kalangan bloggers yang aku tak tahulah, tak reti nak credits ke ? Atau mempunyai masalah otak bocor ke... sampai nak plagiat cerita-cerita orang.


Ini bukan pasal bloggers yang blogging mengenai kehidupan harian. Tetapi bloggers yang blogging dan post cerpen atau novel dalam blog. Aku suka baca online novels dalam blog-blog orang. Serious aku suka.


Tapi bila dah timbulnya isu plagiat ni, aku jadi semakin ragu-ragu dengan orginality sesuatu cerita yang menarik dalam sesebuah blog online novel itu.


Aku kenal seorang penulis online novel yang famous. Nama dia Nana Johari. Aku bukan peminat Nana Johari tapi kadang-kadang kalau dah tersangatlah bosan tuh aku TER-singgah jugak dekat blog dia. Mungkin nama dia belum mekar lagi dalam dunia penulisan tapi bagi aku dia cukup famous.


*sekurang-kurangnya lagi famous daripada aku lah -_____-*


Idea-idea Nana Johari ni original. Cara dia olah jalan cerita dia dengan gaya bahasa dia yang bombastik dan mantap tu sudah cukup meyakinkan aku yang dia ni memang sangat berbakat dalam bidang penulisan.


Nak dijadikan cerita, pada suatu hari aku pun ber-blogwalking lah di blog-blog online novel. Nak carik bahan cerita yang boleh mengisi masa terluang aku.


Kemudian aku terjumpalah satu blog ni [author dia sendiri yang invite aku baca blog nya], cerita dia boleh tahan menarik al though gaya penulisan dia boleh diasah lagi.


Aku pun bukak lah satu cerita yang dia post dalam blog nya dengan semangat ingin membaca yang tinggi.





Masa mula-mula aku baca, aku tak adalah syak apa-apa. Tapi bila flow cerita dah semakin mendaki climax, aku jadi curious pulak. Aku macam pernah baca jalan cerita macam ni.


Plot tak sama tapi ideanya sama. Automatik aku teringatkan fanfic akak Nana Johari. Tapi aku calm down dulu. Relax dulu. Jangan gopoh dulu.


Tapi bila dah baca sampai habis, sah lagi benar yang dia ni curik idea daripada cerita akak Nana Johari. Aku tak tahulah sama ada penulis blog tersebut tak perasan atau dia buat-buat tak perasan.


Aku tak nak menuduh dia mencurik idea orang tapi.... Memang flow cerita dia sama. Agak mirip dengan cerita Nana Johari - Don't Deny di mana watak utamanya adalah Luhan, dan dalam cerita yang penulis tuh buat juga nama heronya adalah Luhan.


Dalam cerita Nana Johari ni Luhan dan April [nama heroin] ada masalah sikit dalam hubungan dorang. First of all sebab April ni seorang wanita yang dah bekerja dan bekerjaya manakala Luhan ni pula sekadar budak sekolah menengah yang mentah dalam dunia percintaan ni (?)


April ni tak silap aku, umur dia 23 tahun kot. Luhan ni pulak 17 tahun. Kawan-kawan April ni pulak membantah hubungan April dengan Luhan sebab dorang fikir yang Luhan ni budak yang masih tak matang dan tak tahu apa-apa mengenai percintaan dan mungkin juga dia TAK SERIOUS dalam hubungan ni.


Bila aku compare semula cerita yang penulis blog tuh buat dengan cerita Nana Johari, memang flow cerita dan ideanya sama walaupun ending kedua-dua cerita adalah berlainan. Watak-watak sampingannya juga mempunyai karakter yang hampir sama.


Dalam cerita Nana Johari karakter yang membantah hubungan April dan Luhan bernama Yonghwa. Tapi dalam cerita penulis blog tuh buat namanya Minhyuk.


Tambahan pulak cerita Nana Johari - Don't Deny tu cerita yang dah lama dia buat sedangkan cerita yang penulis tuh buat pulak baru je dia post. Masih fresh from peti ais *lah sangat*.


Bagi aku kan, walaupun nak gunakan idea orang dan nak olahkan untuk dijadikan cerita sendiri, sekurang-kurangnya letaklah credits ke apa. Tak pun sebelum mulakan cerita, tulis dulu, "cerita ini saya inspired daripada sekian sekian sekian."


Macam aku pulak, aku ada buat satu cerita dalam blog fanfic aku. Cerita tuh aku inspired daripada cerita Day and Night [lakonan Tom Cruise and Cameron Diaz] so aku dah tulis siap-siap dah.



"INSPIRED BY : DAY AND NIGHT [TOM CRUISE AND CAMERON DIAZ]"

So kalau orang yang baca cerita tuh ada terjumpa mana-mana scene yang tersama dengan cerita Day and Night, mereka dah sedia maklum yang aku dapat idea daripada cerita tuh.


Sebenarnya ada lagi satu blog yang aku syak dia amek idea daripada cerita Nana Johari jugak tapi tak obvious. Dia macam tiru sikit ending cerita Nana Johari - Love Hate. Tapi setakat tu jelah.


Aku malas nak cerita banyaklah sebenarnya. *walaupun aku dah tercerita banyak* Sendiri boleh fikir lah kan?





Sedangkan bloggers yang tidak bertamadun pun sanggup plagiat entri orang kemudian tak credits, apatah lagi penulis online novel yang mungkin gilakan perhatian dan pujian sampai nak curi idea kemudian tak letakkan credits atau back link.


Aku pun dah lama dah tak singgah blog penulis tu sebab aku malas. Aku tak tahulah kalau dia dah edit semula ceritanya dan letak credits ataupun dia biarkan aje "cerita hasil ideanya" itu "botak" tak ber-credits.


Tak apalah. Semoga beliau diberi hidayah suatu hari nanti -____________-




Related Post

Make A Move
Perempuan Yang Tak Pandai Masak

Suka Blogging

26 comments:

  1. Nana Johari? Nak cariklah cerita2 dari dia... Saya pon nak buat 1 novel blog tau yg panjang lebar sambung-menyambung, niat tu dah ada, tapi belum mula shj.

    Nanti follow kesah bersiri dari saya yee...

    Ape azam 2013, ada jidah ekonomi?: Jom Buat Bisnes Online

    ReplyDelete
  2. dah baca isu plagiat nih
    tak tau la camner nak hentikan sikap diorang tu
    kan?

    ReplyDelete
  3. Ape seyh kopipasta cerita orang? dah takde idea sngat la tuh. Berdosa oke curik idea orang dan mengaku idea sndiri.

    ReplyDelete
  4. ni kira okeh lagi awak. dia tukar jugak sana sini..saya punya cerpen lawak pernah kena plagiat 100% siap gambar pun sama.. langsung tak kredit kat saya..sakitnya hati

    ReplyDelete
  5. Kamal Helmi : saya pun ada gak blog fanfiction. Tapi letih gila nak perah idea sebab ceritanya mcm terlalu panjang -_________-

    Hans: Kan ? Motif copy paste pun kurang jelas

    WaneyRedza: Mungkin jugak kan ? Nak sangat buat cerita yg best2 tapi tak ada idea terus BAM ! copy paste adalah jalan yg terbaik -.-

    Boni Kacak : Tapi apa-apa pun, segala jenis copy paste pun, bila dah copy tak kasi credits, namanya copy cat jugaklah kan ? Maybe pakcik Boni [lol pak cik Boni xD], kena letak code disable highlight dengan disable right click supaya senang orang tak copy paste ._.

    ReplyDelete
  6. tu la..nk tarik minat org dgn cara tiru idea org lain......rsenye tak slh klu kita jdikan ssuatu karya atau idea seseorag tu utk dijadikan panduan..tp bkn dgn cr meniru 100% dan cuma mengolah sahaja....

    ReplyDelete
  7. doa la moga dia dapat hidayah dan hasilkan karya hasil sendiri..hehe

    ReplyDelete
  8. mudahmudahan. dibukakan hati untuk dia keluar kan idea tersendiri :)

    ReplyDelete
  9. huhu.. zz pling x suke klau penulis plagiat.. baik die cek blik knpa nk jd penulis.. hehe

    ReplyDelete
  10. Mira Adzlia: Tapi entah kenapa kadang2 rasa kesian pulak dekat si peniru tuh. Maybe dia nak rasa jadik famous writer kot sebab tuh dia buat macam tuh :/

    Nik Ros: Tapi bila dah habis solat, memang tak ingatlah nak berdoa dekat dia ._.

    Ini Belog Saya: Mudah-mudahan :)

    Zierwa Zainal : A'ah kan. Tak perlulah kalau nak jadi penulis tp dgn cara meniru hasil idea orang lain. Nak jadi penulis tapi nak cepat famous atau nak tumpang kredits orang dia tiru cerita orang pulak

    ReplyDelete
  11. Plagiat hasil penulisan orang tu tak baik terutamanya penulisan novel (banyak berlaku sekarang ni). Apa salahnya kita ada originality yang tersendiri baru puas kan?


    P/s : ada juga kes yang tersama idea. But well, kebetulan kut. (bersangka baik, ahaha)

    ReplyDelete
  12. Ermm..tu penulis novel kena ciplak...sy yg tulis pendpt bodoh2 pun kena copypaste gk entri sy...dpt tau sbb dia slalu bukak blog sy so reference dr sanala...maybe dia tk pandai gi kut buh .:P

    ReplyDelete
  13. setakat ni tak pernah terkena isu plagiat atau lebih kepada copy-paste sebab entri kebanyakkan tentang diri sendiri dan family..cuma jika suka pada entri blogger lain...dan nak buat entri sama...better buat credits kan..

    ReplyDelete
  14. kes plagiat ni ssh nak bendung. cuma bergantung kepada etika blogger itu sendiri.

    ReplyDelete
  15. Miss Xyz : Rasanya kalau yg tak copy paste 100% tuh boleh dimaafkan lagi ler kesalahannya

    MissIna : Biasanya yg bodoh2 ni lah org lagi nak curik sebab nak amek kesempatan. Sama jugak dgn kes plagiat tweet org dkt Twitter. Tweet bodoh2 pun dia ameknya. Tsk

    Ema Blog : Atau lagi bagus, tak payah publish terus lah kalau sendiri tahu tiru bulat2 idea orang

    Aswadz : Blogger yg tak ada etika mmg susah -.-

    ReplyDelete
  16. Nasiblah Mieya nie bukannya kaki novel. Kalau tak, memang habis laman web dorang Mieya terjah.

    ReplyDelete
  17. tq singgah blog KA & berkomen ye. Done follow sini juga 1117

    ReplyDelete
  18. idea tu kene la fresh itu sbb kene wat hak cipta terpelihara

    kalo sah, boleh saman je org y meniru tu

    ReplyDelete
  19. Ejulz : why why ??

    Mieya Atiera : Lol tak suka membaca? Online novel ni best tau. Kadang2 lagi gempak dari novel yg ada dkt kedai

    Kesuma Angsana : Hehe takde masalah. Blog KA ramai betul visitors. Page views dah millions !

    Iffah Afeefah : Eh boleh eh ? Tapi polis nak amek berat ke kes-kes macam ni ? Sebab maybe bagi dorang benda-benda macam ni mcm remeh

    ReplyDelete
  20. XTAU PULAK KAK BUI ADA NOVEL ON9..HIHI..TP PLAGIAT MMG SUSAH LA NAK KAWAL..DIMANA2 ADA..SETIAP MASA..

    ReplyDelete
  21. xpe... pentingkan yg mana penting dulu..

    ReplyDelete
  22. same with me..hari minggu je boleh nak jenguk2 blog ni..hari lain busy je memanjang.. :)

    ReplyDelete
  23. perkara biasa bila berblogging... PLAGIAT...

    ReplyDelete
  24. Bui : Sangat-sangat susah L/

    Deno : :)

    Fatin Aziz : Biasalah. Student kan ? Esok dah sekolah pulak. Adoiii

    Nasrul Muhaimin Ariff : Macam jadi habbit benda ni. Dan ada pulak tu sesetangah orang yg rasa benda ni mcm benda yg okay untuk dibuat =.=

    ReplyDelete
  25. kerna kes ni blog sy di ignore di search ingine... mod blogging terus hilang

    ReplyDelete

silalah komen :)

Design by | SweetElectric