Social Networks Memang Penuh Dengan Orang Tak Ada Life

Panasnya tajuk entri. Siapa yang makan cili dia lah yang terasa pedasnya ^^

Sebenarnya tajuk entri kali ini, berkait rapat dengan diri aku sendiri. Jadi orang yang lain tak perlulah terasa ya :)

Sebelum aku pergi lebih jauh, mari kita menghayati dulu apa maksud "Tak ada life".

Pertama sekali, aku pun tak tahu sebenar-benarnya "tak ada life" ni macam mana. Aku tak dapat gambarkan orang yang tak ada life.


Sekiranya seseorang tu gemar melayari internet sehingga tidak sedar kewujudan orang sekeliling, adakah itu maksud sebenar tak ada life ?

Aku pun tak tahulah. Macam-macam definisi yang orang kita beri dekat orang yang "tak ada life" ni.


Apa-apa pun, aku nak bagitahu semua orang dekat sini. Blog aku, twitter aku, facebook aku, malah tumblr sekalipun, aku tak akan pernah cerita pasal hal-hal personal. Itu pegangan aku dalam ber-social network.

Aku jarang cerita dan share dekat orang pasal family aku, kawan-kawan aku, life aku, tempat aku tinggal dan macam-macam lagilah benda-benda yang boleh dikatakan private dan confidential.


Aku juga tak nak orang refer blog aku ni sebagai blog "personal". This is NOT a personal blog. And for me, there's no such thing as personal twitter account, personal tumblr account, personal this, personal that. Because if it's personal then I would not blog about it in the first place. I prefer calling this blog as my "main blog". Not "personal blog".

Back to what I was discussing about.

Pada pendapat korang, adakah orang yang selalu tweet, post status and photos di Facebook pasal life dia, pasal apa yg dia makan, pasal apa yg dia buat dalam kehidupan seharian, pasal barang apa yang dia beli, pasal family dia, pasal kawan dia, pasal semua benda yang ada dalam life dia kalau boleh tak nak ada satu pun yang miss out. Adakah itu yang dikatakan "ada life" ?


Aku dah penat bermadah berbicara, taip guna ayat berlapis-lapis tanpa menyatakan tujuan sebenar. So aku straight forward jelah.

Sebenarnya macam ni, sebelum aku delete Twitter aku dulu, orang selalu complain yang tweets aku ni annoying.

Aku tweet pun pasal benda yang aku suka. Pasal group dan band yang aku minat. Pasal ahli-ahli dalam group dan band tersebut. Pasal artis yang aku gemar. And then kadang-kadang selitkan jugaklah pasal korean dramas.

Ada beberapa pihak yang tak suka dengan apa yang aku selalu tweet tuh. Dah banyak kali dah aku kena tapi yang recent sekali ni paling buat aku sentap. Dia kata aku asyik tweet pasal benda tuh semua, macam orang tak ada life. 

Tak - ada - life.

Tiga perkataan yang menusuk dalam kalbu.

Mungkin dia mengharapkan aku post tweet macam orang lain agaknya. Post tweet pasal apa yang aku buat hari tuh, cerita apa yang aku tengok, makanan apa yg aku beli, mak ayah aku ada dekat Malaysia ke tak. Maybe itu yang dimaksudkan sebagai "ada life" bagi dia ?

Aku tweet pasal benda yang aku suka. Itupun dia kata tak ada life ?


Aku tweet pun tak ada kacau hidup sesiapa. Jadi kenapa dia rasa terganggu ? Tweets aku annoying? Aku dah beri dia pilihan. Tak suka ? Tu hah. Butang unfollow tuh ada motifnya diletak di situ. Tapi dia kata tak best lah kalau unfollow.

Oh tak best~ Dah dia cakap orang macam tu, ingat BEST sangat ke ? ^^


Aku tweet dan post pasal artis2 yang aku suka minat semua hanya di TWITTER dan TUMBLR SAHAJA.

Cuba baca blog ni. SCROLL sampai bawah. BUKAK older post. Adakah aku asyik cerita pasal artis2 yang aku minat ? Tak. Sebab ada banyak lagi benda lain yang aku nak cerita selain dunia artis. Ada banyak lagi benda yang menarik minat aku. Dan benda-benda itu aku coretkan dekat sini. BUKAN di TWITTER.

TWITTER dan TUMBLR adalah tempat di mana aku menceritakan mengenai artis2 yang aku minat.

Pesanan saya kepada orang lain, sebelum nak follow orang dekat Twitter ke, Instagram ke, blog ke. BACA dulu apa yang orang tu selalu post. Agak-agak tak suka, agak-agak tweets dia macam orang "tak ada life", entries dia merapu macam orang "tak ada life", gambar-gambar di instagram dia mengarut macam orang "tak ada life", janganlah follow ya :)

Itu twitter mereka. Instagram mereka. Blog mereka. Hak mereka. Sekiranya anda tak suka, anda ada pilihan. Follow, or walk away.

Dalam dunia social network nih, kita tak boleh puaskan hati semua orang kan ?

Kadang-kadang betullah apa orang cakap. Lebih baik puaskan hati diri sendiri dulu. Kisah apa ada life ke tak ada life ke. Asalkan kita tahu apa yang kita tweet atau post tu bukan benda yang bukan-bukan, lucah, mengutuk orang ataupun mengaibkan orang lain, itupun dah okay.


Kita semua buat account dekat social networks ni nak happy2 right ? ^^ As long as we don't spill too much of our personal information sudahlah. So don't worry, be happy, and enjoy yourself while you're on social network ^^

*apa-apa pun bagi aku tak salah pun kalau orang tu suka tweet pasal artis yang dia minat. Sebab dekat Twitter List aku ramai lagi yang macam tu and aku cool je pun asalkan dorang tak kacau hidup aku

33 comments:

  1. agree wid u Amy..sometime annoying jgk tgk org post psl artis ne 24 hours. mcm x da life?? huhu.. i am not sure about that. Bydaway, kita punya media sosial kan..suka hati kita la nak post tapi berpada2 la jgn smpai org kata tarak life =D

    ReplyDelete
  2. Cik Tieka : Lol not sure about what ? Not sure yg dorg nih ada life ke tak ke XD Saya lah tu yang tak ada life tuh -_____- Dulu ada account Twitter memang selalu tweet pasal artis je sebab Twitter tuh memang tempat saya spazzing pasal artis peberet saya. Then tetiba ada org cakap tweets macam tu macam tak ada life. Hah amek ko terus saya delete account Twitter tuh sebab sedih sangat -_________-

    ReplyDelete
  3. hikayatraisyasukor.blogspot.com/2013/11/dont-have-life-if-your-social-media-is.html
    what about mine?

    ReplyDelete
  4. setuju sgt, kenapa nk persoalkan apa yg kita post..itu hak masing-2,

    ReplyDelete
  5. hah. setuju jgk tu. tapi licha punya konsep tak de life ni takde kerja kat opis. hahaha..
    sebab tu blogging only during weekdays, lepas pukul 6 dah x blogwalking. sebb kat opis waktu kerja je buat semua benda tu. hee

    ReplyDelete
  6. oppsss , setuju ! menusuk kalbu ~

    >.<

    ReplyDelete
  7. sentap betul kalau ada org ckp macam tu kat kite..

    ReplyDelete
  8. haters everywhere hehe...abaikan je la manusia mcm tu..asalkan kte tak kacau dorang kan hehe

    ReplyDelete
  9. Raisya Sukor : done reading yours. Lebih kurang :)

    Ika Zulekfli : Tahu takpe -.- But terlambat dah pun. Twitter saya tuh dah sayonara dah. Tak tahulah kalau pihak Twitter masih store lagi ke tak datanya

    Liza Licha : Boleh curik2 online eh time kerja ? :o

    Nelly Strange : True story -___-

    Cik Mun : Saya sampai ke harinih masih sentap lagi. Entah bila 'kesentapan' ni nak hilang

    Ezyra Daniel : Kalau sekali sekala takpe. Tapi dah selalu sangat kena, mmg tak boleh nak abaikan. Lagi2 kalau dia kawan atau family. Lagilah sedih

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.. Tajuk entri tu memang tepat.. Tapi, ada tapinya.. Tapi hanya untuk orang-orang yang mungkin salah guna.. Apa-apa pun, kita kena setkan jiwa kita, jangan sampai Social Network ni merampas kehidupan kita..

    http://www.erazfadli.com/2013/11/siapa-yang-sudi-beri-link-blog.html

    ReplyDelete
  11. Senang cerita, kalau tak suka, jangan follow. Kan ?

    ReplyDelete
  12. feninglar wak tenokks gmbr gerak2 ghituu.,uHHUuu

    ReplyDelete
  13. hehe..ada org ketagih game...otak dok igt candy crush 24 jam..mmg ada yg mcm tu..:)

    ReplyDelete
  14. akaun tweeter dan tumblr akak takde.. akak hanya ada blog dan facebook saja setakat ini.. facebook akak tak aktif, akak lebih suka jadi stalker dan hanya sekadar like serta share saja.. tak dinafikan blog akak blog peribadi, tajuk blog akak pun ada unsur peribadi.. hehe.. tapi sedaya upaya akak cuba pelbagaikan entri, tidak hanya fokus kepada cerita peribadi saja.. terlalu menumpukan kepada social network boleh menjadikan kita anti sosial di alam nyata..

    ReplyDelete
  15. akaun kita hak kita . tak kisah lah kalo org xpuas hati dgn kita pon kan. pelik gak org mcm ni . suka sngt judge org ikut definasi sniri.

    ReplyDelete
  16. Eraz Fadli : Saya sedang berusaha ke arah itu tapi berbanding social networks, saya lagi suka YouTube. YouTube tuh saya tak consider sebagai social networks sebab saya tak ber-social pun dekat YouTube :D

    Nadya Bubble : A'ah. Tapi ada gak yg tak paham bahasa

    Wak Gelas : Mintak maap sesangat. Tuan blog memang addict dengan gambar gerak2 gini. Ala2 surat khabar harry potter. Mintak maaflah ya XD

    Kamsiah : Dulu saya ketagih game jugak. Pet Society. Tapi game tuh dah di delete oleh tuan punya syarikat so dah tak addict lagi dengan game :D

    Mizz Aiza : Betul. Semenjak saya deactivate twitter saya yg pertama tuh, saya rasa hidup saya tenang sikit

    Lieya Von Jay : Manusia ~ Yang peliknya, saya dah kasik dia pilihan dah suruh unfollow tapi dia kata kalau unfollow tak best ~ Hok aloh ~

    ReplyDelete
  17. satu quote :

    "I'm not like everybody else and even everybody else are not like me too.."


    done follow you.

    ReplyDelete
  18. ramai yg salah guna kan...
    some point agree with u :)
    tapi tu la nak ikutkan hati dah ada blog n fb dah cukup..kasi pening je yang lain2 tuh kannn

    ReplyDelete
  19. meaning utk "xda life" tu terlalu subjektif. ada yg sebut sekadar suka2 tanpa ada real meaning/intention. tapi ada jugak yg benar2 maksudkan "xda life" tu. sometimes budak2 muda salah guna certain words. contoh diorg akan ckp "aku boringlah hari ni. mcm xda life jek"

    apapun refer pd intention kita ckp mcm tu.

    social network pulak, kalau gunakan betul2, byk manfaatnya. in fact kita blh tambah pahala drpd social network ni. share perkara yg baik2. yg bermanfaat. TAPI jgnlah asek sibuk dgn social network smpai 1 benda pun xjadi..tu melampau namanya..hehe

    ReplyDelete
  20. women love to share their stories... somtimes overdoing it.... they love to show off their happiness [ betul ke tak dia happy lain cerita] or pretend to be happy... generally la...

    ReplyDelete
  21. Wantie : Terima kasih follow ^^

    Bitt : I think kalau ada blog tuh dah memang terlebih cukup dah. Ada satu blog pun dah pening tapi blogging nih best :D

    Cik Didiey : Maybe saya je yg terlebih sensitif agaknya. Tapi seriously time dia cakap macam tuh memang sentap habis ._.

    MsRedCheesecake : Maybe its true yang women suka show off their happiness. Maybe that's why most guys don't get it. Yang tegur saya tak ada life tuh pun lelaki :/

    ReplyDelete
  22. as for KA, kalau blog contohnyer milik kita, so up to kitalah nak bercerita tentang apa,, but kena ada limitnyer lah !

    ReplyDelete
  23. hak masing2 la nak post tentang apa. tak kisah asl tak aibkan org jea.
    kalau dia rasa nnoying, jgn la follow.tak ada paksaan pun tuk follow kan.

    ReplyDelete
  24. asalkan diorang hepi ngan status diorang update kat facebook, nak wat cmne..huhu

    ReplyDelete
  25. selalunya hak bersosial dlm media nie hak masing2 as long tak kacau org lain. maybe org2 mcm tu tak payah layan sgt. dlm twitter berapa kali ada org main follow unfollow. lantak jelah. hehe

    ReplyDelete
  26. KA : Saya tak cerita sgt semua bende dekat blog. Update pun 2 minggu sekali ._. Atau sebulan sekali ._.

    Nik Ros : A'ah. Bukannya saya mengaibkan org ke apa ke. Saya sniri dah mintak dia unfollow tapi dia yg tak nak. Pfftt

    Nick Nashram : Hahahaha tapi most of the time saya tak kisah pun dorg nak update status apa

    Amanina : Sekarang bila dah deactivate rasa aman sangat drpd org yg follow unfollow nih. Tapi sebenarnya saya lagi galakkan org tuh unfollow account saya kalau dorg rasa tweet saya annoying. Selesai masalah~

    ReplyDelete
  27. lau akak dating ngan bf, lau die nmpk akak dh start pegang hp or ipad, mmg kena rampas laa.. hahaha

    ReplyDelete
  28. HAHA sabar jela org camtu. its our privacy nak post apa apa dlm social ntwork ni.

    ReplyDelete
  29. orang yg takde life adalah org yg telah meninggal..hehe..selainnye..semua ade life :P

    ReplyDelete
  30. mungkin org yg suka mencari silap org lain kot yg takdak life..kuhkuh..eerr post status tak kacau org lain pun ttp ada yg terasa..tak paham-_-

    ReplyDelete
  31. Ein : Lol mmg patut pun hahahaha XD

    Syafeika Edora : Actually we're okay now tp masih terasa sikit

    Zuraidah: wkwkwkwkw BETUL !

    Mime MF : Hahahaha tulah kan. Skarang nih pun dah malas nak post2 status dekat facebook.

    ReplyDelete
  32. Maaf lama x jenguk, kesihatan x mengizinkan. Singgah jgk ari ni !

    ReplyDelete

silalah komen :)

Design by | SweetElectric