Dunia yang Semakin Tua

Sejak kebelakangan nih, banyak kerosakan yang manusia dah buat dekat muka bumi ni. Mungkin dalam diam, aku tergolong dalam golongan tu.



Kerosakan yang aku maksudkan adalah umum. Biasanya kalau dalam konteks perbincangan nih, orang akan fikir kerosakan macam peperangan, permusnahan flora dan fauna ataupun kegiatan maksiat yang semakin berleluasa.

Entahlah. Dunia ni dah terlalu tua. (Puitis pulak bunyinya.) Jujur cakap, aku bukannya manusia yang sempurna pun. Dari segi fizikal banyak cacat cela. Dari segi akhlak apatah lagi.

Bila orang kata dunia ni dah tua, biasanya bayangan kiamat akan bermain di birai mata. Bersediakah aku nak hadapi benda ni semua ? Entahlah.

Balik-balik semuanya dijawab dengan "entahlah". Macam yang aku kata tadi, aku tak sempurna. Aku cuba menjadi yang terbaik. Tetapi pada kebanyakan waktunya selalu kalah dengan emosi dan amarah.

Andainya kiamat datang esok lusa, aku dah sedia ke untuk menghadapi semuanya. Tanya diri sendiri dan jawab dalam hati.

Orang selalu kata, kita nih cemburu tengok kekayaan orang, cemburu tengok kecantikan orang, tetapi kenapa kita tak cemburu tengok orang lain yang lebih berilmu daripada kita ? Tak cemburu tengok orang lain yang lebih banyak amalan daripada kita ?

Kadang-kadang bila orang cakap macam tu dekat aku, dalam diam aku terasa nak herdik dorang semua. Siapa cakap aku tak cemburu tengok orang yang lebih berilmu ? Siapa cakap aku tak cemburu tengok orang yang banyak amalan dia daripada aku ?

Aku tak sempurna.



Tapi aku akan cuba. Sebelum dunia ni jadi lebih tua, aku akan berusaha.

Note: Tak selalu aku jadi puitis macam nih. Baca banyak karya sastera sejak akhir-akhir ni sebab tu kot.

More notes: Dah lama tak post apa-apa. Rasa pelik pun ada. Macam banyak perubahan dari segi penyampaian. Aku akan cuba active. Nampak gayanya mungkin aku akan post entri yang pendek-pendek je sekarang memandangkan aku dah tak segiat dulu dalam blogging.


Harry Potter Glasses
click this small box to pause