Hambar yang Melampau

Kadang-kadang aku rasa hidup aku hambar. Takde feel. Pendek kata, boring. Generally macam-macam yang aku nak buat dalam hidup ni tapi tak boleh disebabkan kekangan waktu, transport dan pada kebiasaannya kebenaran ibu bapa.



Aku jeles tengok remaja-remaja lain yang selalu outing dengan kawan. Aku tak tahulah dorang banyak duit ke apa tapi macam selalu je buat mini gathering.



Lepak tengok cerita dekat rumah member, keluar main dekat taman, jalan-jalan sekitar kawasan perumahan. Benda-benda yang kecik je pun bukannya yang grand gila macam birthday party dekat hotel lima bintang ke apa.

Macam yang aku cakap tadilah. Hangout dekat taman ke. Even pergi library dengan member pun boleh dikategorikan sebagai aktiviti outing bagi aku. Last time aku lepak dengan member dekat library masa tahun PMR. Nak siapkan folio dan habiskan homework.

Last aku keluar dengan kawan pulak aku tak ingat bila. Oh kejap aku rasa aku dah ingat. Time tuh dekat Pizza Hut.

Lagi setahun je sebelum aku habiskan zaman sekolah. Aku rasa macam aku banyak habiskan sisa remaja aku dekat rumah.



Entahlah. Semalam member buat perbincangan nak pergi Sunway main ice skating. Aku nak ikut. Tapi aku tak rasa parents aku kasi.



Jujurnya duit tak pernah jadi masalah bagi aku. Yang selalu membejatkan otak adalah masalah transport. Ayah aku confirm tak percayakan aku nak guna kenderaan awam. *padahal rumah dekat je dengan commuter



Mungkin risau sebab aku ni perempuan kot.

Selain yang dah disebut, aku jugak teringin nak buat aktiviti lasak. Aku tak minat sukan tapi aku teringin je. Last time aku buat aktiviti lasak dekat Gua Tempurung. Explore gua tu sampai dalam2 termasuklah mendaki, turun cerun, merangkak dalam air dan akhir sekali mandi dekat sungai yang ada dalam gua tu.

Aku teringin nak buat aktivit macam berkayak. Tapi family aku punya idea of having fun biasanya ber-shopping. Entahlah. Aku bab-bab shopping nih tak minatlah. Kalau keluar jalan pun biasanya aku akan singgah kedai makan, MPH, Speedy and then aku dah mula gatal nak balik.

Duduk rumah pun biasanya aku study je atau baca novel Ramlee Awang Murshid. Itupun susah nak dapat A+ dalam exam. Pernah dapat pun 2-3 kali je. Boleh kira dengan jari.

Sebenarnya yang lagi satu ni tak penting pun tapi aku jealous jugak. Aku jeles dengan orang yang dapat jumpa artis feveret dia. Sama ada terjumpa ataupun memang rancang nak jumpa. Aku bukannya cerita pasal jumpa artis dekat concert ke apa. *concert itu sarang maksiat lol*

Maksud aku jumpa artis dekat fansign event atau fan-meeting. Amek tanda tangan, amek gambar. Then sembang2 sekejap. Harituh aku jumpa novelist feveret aku pun terasa macam jumpa retiss.

Lepas tu aku teringin gak nak pergi kenduri dekat rumah kawan. Aku jarang buat benda macam tu. Kenduri keluarga dah selalu sangat pergi jadi aku tak ada perasaan. Tahun lepas kot tak silap, kawan aku abang dia kahwin. Yang lagi sorang pulak kakaknya kahwin. Dua-dua aku tak pergi. Biasanya masalah dia serupa je. Transport.

Lepastu mulalah jeles tengok gambar2 dorang yang dorang share dekat group whatsapp atau dekat social network yang lain.

Entahlah. Hidup aku ni hambar betul. Bertambah hambar bila dengar lagu Spoiler. Lagu nih takde kaitan pun dengan kehidupan yang hambar tapi aku rasa kosong bila dengar lagu nih.



Design by | SweetElectric