Terasa Lebih Bahagia

Fuh. Bila baca balik entri sebelum nih, rasa macam terlebih puitis pun ada. Nampak gayanya aku terlebih-lebih emosi.



Tapi bagus gak bila mood gitu datang sebenarnya. Buatkan aku lebih tenang dan lebih muhasabah diri.



Mudah-mudahan selalulah mood tu datang mwehehehe.

Apa-apa pun sekarang, aku terasa macam terlebih bahagia pulak. Sebab apa ? Sebab aku dah tutup ruangan comment. Muahahahahahahahah ! *evil laugh*

Bukannya apa, bila ruangan comment tuh bukak, aku selalu rasa tak sedap hati.



Boleh diumpamakan paranoid yang berlebih-lebihan. Rasa macam bila-bila masa orang boleh datang serang blog ni dengan kutukan-kutukan dorang.



Yelah, dalam ber-blog ni, kadang-kadang tanpa sedar kita ni boleh jadi kurang sensitif terhadap isu-isu tertentu. Salah cakap sikit, beramai-ramai puak pembangkang datang woih macam politik pulak. Aku tak rasa aku ada haters taraf retiss. Namun demikian, aku akan sentiasa berwaspada >:D

Ya. Harus. Harus berwaspada !

Lama tak berblogging. Maksud aku lama tak post entri dekat blog nih. Aku rajin update dekat blog lagi satu je itupun sebulan sekali. Segala-galanya bergantung kepada mood pemiliklah yakni aku.

Exam amali belum lepas lagi. Buku pun aku belum selak.



Tapi kadang-kadang bila aku dah terlajak baca novel, aku rasa malas pulak nak bukak buku ilmiah. Novel Ramlee Awang Murshid yang Raudhah tuh menarik betullah. Well, sekurang-kurangnya lebih menarik daripada Ranggau lah. Ranggau tuh, first half of the book rasa macam slow. Bila dah second half baru ada rising action.


Design by | SweetElectric