This is Not The End This is Not The Beginning

Dapat paper chemistry tadi. Teramatlah mendukacitakan. Aku rasa aku dah berusaha gila bersungguh-sungguh dah.



Aku tak suka perasaan di mana aku dah berusaha kuat tapi usaha aku tu masih belum cukup. Nampak gayanya aku kena late night lagi. Aku tak kisah late night kalau untuk belajar tapi masalahnya bila nak membuahkan hasil ? Alahai tepuk dada tanya perut kenapa setiap kali belajar aku rasa lapar *tak ada kena mengena namun demikian sebab dia berirama bolehlah dijadikan pantun

Tak apalah. Ini bukan penghujung usaha aku. Tapi ini jugak bukan permulaan -____- Alahai. Entah bila nak sampai titik penghabisannya -______- Tahun depan SPM. Kena berusaha lebih. More late nights, more revision, more of everything. Pfftt.

Paling penting, tak boleh menyesal di kemudian hari. Tapi macam yang telah diperkatakan tadi, aku dah berusaha gila dah. Kenapa begini ? KENAPA ? KENAPA ?

Orang yang bijak tidak akan kata "kenapa" tapi akan tanya "bagaimana?".



Kata-kata semangat yang aku petik daripada buku yang aku dah lupa. Tapi macam mana pulak kalau soalannya bercampur aduk macam rojak ? Penuh dengan pertanyaan "kenapa" dan "bagaimana" yang digaul sehingga sebati. Contohnya, "kenapa dan bagaimana aku boleh jadi begini? kenapa dan bagaimana ini boleh terjadi?" Hah macam mana tu ?

Ah penat nak fikir. Otak terasa membejat lepas hampir dua bulan exam. Ini semua exam amali tu punya pasal. Kalau tak, boleh dikatakan exam sharp2 je sebulan. Sekali lagi aku malas nak prolong kan discussion tersebut maka akan ku cuba untuk menyingkirkan segala-galanya daripada kotak memori.

*Oh dunia. Kenapa kau kejam.

Apa-apa pun aku akan berusaha bersungguh-sungguh. Ya. Bersungguh-sungguh. Tapi satu masalah aku, kalau aku dah fokus dekat pembelajaran, aku tak akan fokus dekat benda lain. Bila minda aku dah terlatih untuk belajar je sepanjang tahun, dunia keliling aku, aku dah tak endah. Boleh diumpamakan seperti mencapai tahap fokus yang luar biasa.

Sebab sikap aku ni, aku banyak menyusahkan orang sekeliling terutamanya orang dalam rumah aku. Aku jarang-jarang buat kerja rumah. Aku cakap ni general je. Kerja rumah sama ada homework sekolah ataupun kerja rumah macam lipat baju dengan sidai kain. Entahlah. Setiap kali aku buat benda tu semua, aku rasa aku dah membazirkan waktu yang sangat banyak.



Memang buat kerja rumah tu benda yang baik tapi aku selalu beranggapan macam tu. Aku rasa macam waktu tu sepatutnya aku ulangkaji dan kalau aku baca buku, macam-macam aku boleh dapat berbanding buat homework.

Entahlah. Aku tak nak susahkan orang sekeliling tapi sebab dulu aku dah biasa kakak aku ada dekat rumah, dia yang rajin tolong buat benda tu semua. Aku terpuruk dalam bilik belajar je. Bertahun-tahun aku buat macam tu dan Alhamdulillah membuahkan hasil yang sangat sangat memuaskan. Sekarang bila kakak aku takde, kerja lipat baju jarang gerak. Dari segi akademik pun aku sangat sangat struggle berbanding tahun-tahun lepas dan aku jadi makin sibuk dengan dunia aku sendiri.

Susah nak kikis sifat ni sebab dah sebati dengan diri aku sejak aku sekolah rendah.

Nasib baik tahun depan SPM. Aku akan berusaha sungguh-sungguh, dapat result cemerlang, then boleh tinggalkan rumah ni. Tak adalah orang lain rasa terbeban dengan aku. Lagipun selama aku ada dekat sini pun aku bebanan je. Bukannya cakap sebab nak mintak simpati ke apa. Itu memang kebenaran.

#BerhentilahMenjadiBebananKepadaKeluargaDenganBelajarBersungguh-sungguhDanPindahDariRumah



Design by | SweetElectric