Gambar

Lama-lama aku boring pulak asyik guna gambar gif je dekat blog. Teringin nak ada kamera lawa macam DSLR ke.



Sebenarnya kalau nak diikutkan, aku memang nak blog nih penuh dengan gambar. Tapi gambar yang aku tangkap sendiri.



Tapi malangnya gambar yang aku tangkap tak lawa sebab kamera dia. I mean, okeylah. Not bad. But not that great either.



Macam contohnya, kalau pergi bercuti ke, aku nak amek gambar sendiri. Parents aku memang banyak amek gambar tapi dorang nih suka sangat guna flash. Aku tak suka. Flash buatkan gambar tuh nampak teruk sebenarnya. Tapi malangnya orang yang lebih berusia selalu tak paham. *sigh

Aku bukannya nak amek gambar muka aku sendiri.



Nak amek gambar pemandangan je. Tapi kalau setakat guna camera phone, tak lalulah nak amek gambar pemandangan.



Nantilah. Bila ada banyak duit aku beli DSLR. Setiap kali aku pergi mana-mana aku akan bawak benda tu. Barulah best sikit nak update blog dengan gambar2 yang aku tangkap sendiri. Lagi2 kalau pergi tempat makan best. Kalau sekarang nak cerita pun tak menarik sebab gambar tak ada.

Apa-apa pun. Aku dah terasa lapar sekarang. Urgh.


Design by | SweetElectric