Kecelaruan yang Mencelarukan

Post pertama untuk tahun 2015.



Entahlah. Aku memang sejak zaman PMR, mood nak post tuh hilang. Dulu active jugaklah berblogging.



Tapi tu 3 tahun yang lalu bersamaan tahun 2012. Time tuh aku tak banyak fikir sangat and memang aku rasa senang nak bahagi2kan waktu aku study, waktu aku blogging, waktu fangirling, waktu update fanfic.

Cerita pasal fanfic plak, memang dah lama aku teringin nak siapkan satu fanfic lengkap dekat AFF tapi tak pernah menjadi. Tahun lepas aku ada post cerita kedua tapi sampai sekarang baru sampai chapter dua je. Entahlah. Memandangkan sekarang wifi aku tak ngam dengan rumah aku yang deserted tuh, aku memang boleh online time hari cuti aje.

Sekarang nih pun dapat update blog sebab aku dekat luar. Makan angin dengan family. Hotel provide free wifi so aku pun enjoy lah. Tadi layan drama sampai tertidur2 aku dibuatnya. Bila dah keluar makan angin pulak, ceritanya mood study aku macam evaporate sikit. Bukanlah tak ada langsung. Mood tuh ada lagi tapi macam yang aku cakap, dah evaporate. Dah tinggal saki baki.

Tapi tak apa. Itu aku boleh fix. Esok aku study bila dah balik rumah. (Bila dok rumah yang wifi tak boleh bukak nih memang tak banyak pilihan pun. Sama ada tengok tv, study, buat homework atau tidur).

Banyak pro dan kontranya jugak.



Yang pronya bila rumah takde wifi, aku boleh fokus. Tak banyak gangguan pun. Aku boleh study berapa jam straight. Tapi tu lah. Bila dah jadi gitu, asal dapat keluar jalan je aku jadi jakun sebab aku tahu itu peluang keemasan aku untuk bukak internet. Maklumlah. Jarang2 online.

Ini pun (memandangkan hotel punya wifi laju gila) aku plan nak tidur lambat. Aku nak layan puas2. Lagipun dua malam je. Lepas nih aku dah boleh fokus semula dekat pelajaran tanpa distraction.

Banyak jugak benda yang mencelarukan fikiran aku sekarang sebenarnya. Selain masalah wifi, hal kedua masalah pelajaran. Aku dah study sebenarnya. Bukanlah full tapi boleh dikatakan separuhlah. Tapi semalam, aku buat latihan Maths. Aku lupa macam mana nak selesaikan equation yang dia kasi. Aku serious blank.

Nasib baik Nini tolong. Aku dah gabra dah. Mungkin aku study cepat sangat harituh. Bila dah buat bio, chemistry, sejarah apa semua, aku dah lupa pasal maths. Sakit jugak kepala otak aku fikirkan. Dahlah semalam time packing2 barang nak pergi hotel, aku plan nak bawaklah homework kan. Last2, aku baru sedar buku literature component dengan kertas maths aku hilang. Aku tak tahu kerja siapa. Aku syak aku tinggal bawah meja belajar. Then again, maybe Nini atau Syahi teramek sebab aku belajar dengan dorang semalam.

Pendek kata memang otak aku celaru gila walaupun dalam aku dok rilek2 nih.



Balik rumah nanti memang aku tekad aku nak study Maths dengan English. Kemudian dalam aku fikir2 pasal maths dengan english, aku risau jugak dengan physics. Entahlah. Sakit kepala aku dibuatnya.



Aku nak relax2 selagi aku tengah makan angin. Tapi.... aduhhh. Tambah2 bila aku dapat tahu yang harituh, postman ada kirim parcel untuk aku. Aku pulak tak ada dekat rumah. So, dia ada tinggalkan nota suruh aku amek parcel tuh. Tarikh pungutnya semalam. SEMALAM.

Meaning dah terlambat untuk aku collect benda tuh. Aku pulak tak perasan yang posmen ada tinggal nota dekat peti surat. Aku memang bengang gila dan rasa nak flip semua benda. TAHU TAK BETAPA LAMANYA AKU TUNGGU UNTUK PURCHASE BENDA TUH?? THEN BILA DAPAT PURCHASE, KENA TUNGGU LAGI SEMINGGU UNTUK DIA HANTAR BARANG. DAHLAH BENDA TUH MAHAL.

Aku memang bengang sekarang. Bengang tuh tak surut2 dari semalam. Memanglah tak mahal sampai RM1000 tapi benda tuh over RM150. Untuk online shopping, itu harga yang mahal dan agak menakutkan beli online. Bila tak sampai meaning sia-sialah duit pelaburan. Buang duit je beli barang tapi barangnya resend balik dekat penghantar. Bengkak pulak hati aku.

Dahlah tahun nih pun tak berjalan lancar seperti yang aku harapkan. Bagi aku first few months 2014 lagi okay daripada 2015. Tahun nih macam2 benda yang menyakitkan hati aku jadi. Dengan orang yang suka hina orang lain, pandang rendah dekat orang lain, fikir diri bagus sangat. Aku menyampah betul surrounded dengan orang macam nih.


Design by | SweetElectric