Tragedi Hari Cuti

Hati aku masih bengkak nih. Tadi phone aku hang. Aku doklah tekan2 punat on tuh banyak kali lepas tuh tak ada pape jadi.



So aku google lah apa nak buat bila note tak boleh bukak. Adalah satu page nih, dia kasi arahan apa nak buat. Masalahnya timbul bila aku tak baca arahan tuh sampai habis.



Lepas tuh yang tragisnya aku ter-wipe off semua data yang ada dalam phone tuh. Beratus2 video, dekat 600 lagu dalam phone dan paling sedih sekali gambar2 semua hilang.

Habit aku nih bila aku install or download something, aku tak suka save dalam memory card. Aku rela save dalam phone sebab pada pendapat aku, bila memory phone penuh barulah guna memory card.



Dah tu kejadah haram nih pulak jadi. Yang paling sedih tuh gambar aku dengan nenek aku semua hilang. Time tuh nenek aku sihat lagi. Sekarang nenek aku dah sakit. Gambar2 dengan dia dengan atuk aku semua gone. Macam dihanyut ombak. Tapi kalau dihanyut ombak tuh boleh tahan lagi. Yang tak tahannya benda2 tuh semua macam hilang kena tarik oleh kuasi graviti dekat segi tiga bermuda.

Aku memang sedih gila. Sejak tahun lepas, bila balik kampung belah Johor Bahru, sebelum balik semula ke Selangor, aku akan amek gambar dengan nenek dengan atuk aku. Sebab aku tahu masa dorang tak lama so sebagai kenang-kenangan lah. Lepas tuh dalam phone tuh jugak ada gambar rumah lama aku. Setiap sudut yang aku amek sebelum aku pindah. Bila aku rindu rumah tuh, aku akan tatap gambar2 dia. Lepas tuh gambar2 kucing aku sebelum dia kena buang sebab jiran sebelah aku asyik complain. Aku sayang gila benda2 tuh semua. Tapi sekarang semuanya dah hilang. Lesap. Phone tuh dah macam phone baru beli. Kosong. Gambar pun gambar awan je.

Kenangan tuh semua aku dah tak boleh replace dah lagi. Entahlah. Aku rasa kosong gila. Tadi aku cerita dengan parents pastu dorang pun macam nak tak nak je dengar apa aku cerita. Dahlah kalau gitu. Lepas tuh bila cerita mak aku lagi marah adalah.


Harry Potter Glasses
click this small box to pause