Block Orang di Laman Sosial

Baru habis tengok Jurassic World. Okeylah. Cerita tuh not bad. Frankly speaking the movie was way better than the previous Jurassic movies.



I think mainly its because of the actors ? Hahahah aku pun tak tahulah. Mungkin dia lagi best sebab dia punya theme park tuh lagi menarik kot. Lagi2 part yang dia naik bende alah kenderaan yang bentuk macam sphere tuh.


Dahlah benda tuh transparent lepas tuh boleh nampak semua dinosaur yang berkeliaran dekat sekeliling. Nasib baiklah dinosaur nya jinak2.



Tapi last2 benda bulat tuh pecah jugak sebab ada dinosaur jahat pecahkan benda tuh. Cian... Nasib baik bebudak tuh sempat lari.

Anyhow, sebenarnya aku rasa bersalah sikit sebab online. Aku ada benda yang kena buat nih. Sepatutnya setiap hari aku buat benda tuh tapi dah dua hari aku tak buat. Aku target malam nih aku buat sebab kalau tangguh2 lagi boleh hancur masa depan aku :S

Okey baiklah kita proceed dekat tajuk entri nih harinih.

Block orang di laman sosial. Aku rasa bersalah kadang2 tapi aku suka block orang dekat laman sosial lagi2 dekat Twitter.



Dekat Facebook dulu2 selalulah jugak buat kerja terkutuk nih tapi memandangkan aku dah tak active ber-Facebook, aku block orang dekat tempat2 lain.

Al-kisahnya harituh orang terjumpa ada orang punya tweet tuh. Dia kata dia tak kenal pun aku nih siapa tapi kenapa aku block dia. Yang "kelakar" nya, kenapa aku dah block orang tuh pun aku masih boleh nampak tweet dia? Twitter nih actually very user friendly dan the main point in the creation of Twitter itself is to allow people to communicate and share things with other people. Way better than Facebook actually. So, kalau block orang pun tak ada makna sangat tapi at least bila dah block orang tuh, dorang takkan muncul dekat timeline lagi. *so adalah kot function nya :/*

 Actually banyak sebab aku block orang dekat Twitter nih.


Sebab Aku Block Orang 


1. Tweet copypaste 

Kadang2 ada orang tuh, tweet dia menarik gila. Then followings aku pun doklah meng-retweet account2 nih. Then beberapa saat kemudian, nampak balik tweet yang sama dekat TL tapi account yang berlainan. So dekat sini, timbullah kemusykilan... Siapa yang ciplak siapa ? Bosan dengan TL yang dah macam siaran ulangan, tangan aku pun gatal nak block dorang nih semua. Salah aku ke dorang kena block? :P

2. Kaki bash

Yang nih aku tak paham. Balik2 nak bash orang.


Kadang2 post benda tak pakai akal pulak tuh. Aku faham. Kadang2 orang suka lepaskan geram dekat laman sosial. Tapi berpada-padalah sikit. Ini kalau dah scroll profile dari atas sampai bawah asyik dok condemn semua orang pe cita ?

3. Desperado / Kaki unfollow

Sesetengah orang tuh barangkali dia nak rasa jadi hot stuff Twitter. Mula2 dia follow semua orang, sampai beribu2... Lepas tuh bila dah banyak followers, dia unfollow semua orang. Yang ini buat aku gelak sebenarnya. Aku block dorang sebab aku nak elakkan daripada ter-follow orang macam nih. Sesetengah orang pulak, unfollow orang lain sebab tak suka dengan apa dorang tweet atau tak nak TL berserabut. Okeylah. I'll let that slide. Tapi yang kejar fame nih yang aku tak paham.

Dekat blog tak ada butang block orang. Aku rasa tak perlu kot sebab kalau dekat blog nih.... katakanlah aku tak suka sesuatu blog nih, aku senang elak. Tak payahlah bukak website dorang. Kan senang. Tapi Twitter ke Facebook ke dia lain. Kalau setakat unfriend atau unfollow orang, nanti kalau friend list ada buat interaction dengan account yang kita tak suka tuh, dia akan masuk jugak dalam Newsfeed atau TL. Better block.

Some people might say yang itu semua dorang punya account so dorang ada hak nak buat apa2 yang dorang suka. Yup. Thats true. Dan aku pun ada hak untuk block dorang.

MUAHAHAHAHHAHAHAH



Design by | SweetElectric