Ice Cream Cake

Entah sejak bila entah aku craving makan benda nih.



Lagi2 red velvet cake yang bersalutkan ice cream. Aku rasa lagi sedap kalau makan gitu. Bila ice cream nya mencair perlahan-lahan dalam mulut. Kemudian dia memenuhkan segenap ruang tekak. Then dia slide ke dalam oesophagus. Pergh.



Kadang-kadang kalau makan ice cream, atau telan apa-apa benda yang sejuk, walaupun dah kunyah, bila time telan tuh terasa-rasa lagi dekat tekak.

Pelik tapi benar.

Selain ice cream cake atau red velvet cake, aku jugak craving makan macaroon. Yang nih sebab ada retiss feveret aku tuh dia kata dia nak namakan kelab peminat dia macaroon. Lalu aku pun tetiba mengidam sejak hari dia membuat pengakuan sedemikian rupa.



Tak sepatutnya aku ceritakan pasal makanan dekat blog memandangkan bulan puasa dah nak dekat. Nanti bila baca balik entri sendiri, mulalah perut buat bunyi2 macam kereta berderam.

Apa-apa pun, cuti sekolah dah nak habis. Assignment Add Maths aku masih belum siap. Baru masuk part 1. (memandangkan itu je yang paling aku confident buat). Dia ada tiga part tapi yang selebihnya tuh semua kena guna calculation dan formula. Aku agak blur2 lagi. Takpelah. Pandai-pandailah aku handle sendiri nanti.

Sekejap je cuti sekolah dah nak tamat. Homework Maths dengan Add Maths belum sentuh. Once again, nevermind, pandai-pandai akulah handle benda tu nanti. Paling penting, aku nak layan movie.

Dari harituh aku nak usha cerita Guardians Of The Galaxy nih tapi selalu tak berkesempatan. Boleh je kalau nak tengok dekat internet tapi nak tunggu dia buffer lagi. Baik tengok dekat tv. Smooth sailing. Lancar bergerak. Tak tersekat-sekat.

Bercerita pasal movie, malam semalam aku tengok cerita Captain America lagi.



Entah berapa kali dah aku asyik ulang benda tuh. *maklumlah ada DVD :p

Tapi malangnya tak sampai separuh jalan aku dah lentok.

*tukar topik*

Lately aku terpikir nak bukak balik ruang comment.



Kerja aku asyik tutup bukak tutup bukak ruang comment je. Aku tutup ruang comment sebab *aku dah explain dalam entri aku yang lepas*. Selain daripada alasan tersebut, aku tutup ruang comment sebab aku dah tak active update entri. Tak ada point pun bukak ruang tuh. Tapi sekarang rasa macam nak bukak balik pulak.

Takpelah. Aku main tutup bukak tutup bukak lah kot.


3 comments:

  1. adoiii tetiba craving aiskrim dengan macaroons juga... aiskrim dah dapat aritu, macaroons je dah lama tak makan..alaaa alaaa....
    :(

    ReplyDelete
  2. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : asianbet77@yahoo.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    http://asianbet77.com/

    ReplyDelete
  3. tetiba rasa craving jugak. thanks to you. haha

    ReplyDelete

silalah komen :)

Design by | SweetElectric