Pembaziran di Bulan Puasa

Yang aku perasan, tahun nih bulan puasa aku tak banyak membazir sangat. Okeylah generally penyumbang utama kepada pembaziran nih bukanlah aku tapi bapak aku.



Tahun2 sebelum nih, ayah aku rajin betul beli makanan banyak2. Most of the time memang tak habis pun. Biasanya aku yang tolong habiskan semua benda. Namun demikian, keupayaan setiap manusia ada hadnya. Aku nih memanglah kuat makan tapi aku bukanlah tong sampah bergerak yang sentiasa ke hulur ke hilir menelan sisa2 semua orang.



Yelah. Bila tong sampah dah penuh, apa kena buat ? Mestilah kena clear kan tong sampah tuh biar kosong balik. Aku memang boleh makan banyak. Tapi bila muatan dah terlampau sarat, aku pun tak boleh support.



Macam lift yang dikhaskan untuk maksimum 1000kg, tapi dipaksa menampung lagi sejuta. Tak ke gila tuh ? Boleh bawak MAUT TAU TAK.

Apa-apa pun, macam yang aku cakap tadi, tahun nih tak banyak membazir sangat. Setiap kali ayah aku gatal tangan nak beli makanan banyak2 dekat bazar, kakak aku terus "sound" dia (in a good way of course).

So in the end, ayah aku dah tak beli makanan banyak2 lagi. Sebenarnya aku pun tak tahulah kenapa ayah aku macam tuh. Aku cerita dengan kawan aku, Haliza. Dia kata mak dia pun macam tuh jugak. Aku rasa barangkali itu memang benda yang kebanyakan parents ada kot. Yelah. Sebagai parents, mestilah dorang akan jaga betul2 kita dan pastikan yang kita nih cukup makan minum apa semua. So mungkin, bagi dorang, kalau makanan banyak tak apa asalkan jangan tak ada langsung.

Bak kata pepatah oleh sahabat aku yang duduk dekat kelas sebelah yang bernama Dhaniyah, "biar terlebih jangan terkurang."

Tadi ayah aku dah bising2 dah suruh kitorang semua mandi. Lepas nih nak bertolak balik kampung. Actually aku tak kemas lagi barang. Lepas subuh tadi aku langsung tak tidur. Dok dalam bilik mak ayah guna internet.

Pagi tadi wifi terlaju pulak. Macam2 gaklah aku download. Scene dan cuts daripada Pitch Perfect. Then aku layan YouTube. Lepas tuh tengok balik cerita Penguins of Madagascar. Cerita tuh kelakar and comel gila. Antara empat penguin yang ada tuh, favourite aku Private sebab dia cute gila :3



Harry Potter Glasses
click this small box to pause