Buku

Aku dah lama dah perasan yang aku banyak gila buku.



Buku yang dimaksudkan tu bukanlah buku macam buku ilmiah atau novel. Tapi kalau nak diikutkan, banyak jugaklah novel yang aku ada tersimpan kemas dalam bilik tu.

Tapi buku yang dimaksudkan disini ialah buku tulis. Aku rasa aku dah sarat sangat dengan buku tulis dan aku tak tahu nak buat apa dengan buku tu.



Baru-baru nih ayah aku ada belikan satu buku tulis yang bagi aku sangat cute sebab muka depan dia ada gambar kucing tapi dia pakai costume Captain America. Gila tak suka ? Aku suka gila ! Dahlah aku minat gila Captain America ((walaupun aku tak minat sangat dengan negara tu kahkahkah)).

Muka surat dalam dia biasa-biasa je. Tapi nampak macam diperbuat daripada kertas recycle sebab warna dia coklat-coklat gelap gitu. Takdelah gelap sangat tapi boleh tahanlah. At least aku rasa, kalau aku tulis apa-apa dalam buku tu, still boleh nampak lagi tulisannya.

Tapi tu lah. Sampai sekarang aku tak tahu nak tulis apa dalam buku tu.



Aku ada google "what to write in a notebook" tapi suggestion dia tak menarik. At least tak menarik bagi akulah. Entahlah. Buku tuh comel. Aku tak nak bazirkan dengan sekadar tulis benda-benda entah apa-apa.



Yelah, kadang-kadang time tuh je rasa apa yang kita tulis tu best. But then dah beberapa bulan berlalu, baca balik benda yang ditulis, rasa nak muntah sebab baru sedar benda yang kita tulis tuh sakai sangat sampai tak boleh hadam.

Aku nak tulis benda-benda yang long-lasting. Means, katakanlah buku tu still selamat sampai 10 tahun akan datang. Then diri aku yang dah 10 tahun lebih tua tu baca balik buku tu. At least diri aku pada masa akan datang akan rasa benda tuh ada sentimental value instead of rasa nak buang buku tuh ke laut.



Anyway, bukan buku tu je yang kosong actually.



Tahun lepas ayah aku ada jugak beli satu buku tulis gambar Avengers. Sampai sekarang tak ada isi apa-apa. Kononnya nak tunggu "the right time". Masalahnya the right time tuh tak tiba-tiba. Aku rasa aku out of time je adalah.



Yelah. Barangkali, akhir bulan May atau awal June nanti dah start sambung belajar dekat mana-mana. Time tuh langsung dah tak boleh fikir apa dah selain belajar aje. Waktu senggang macam ni lah nak pikirkan benda-benda remeh entah apa-apa yang tak boleh difikirkan pada waktu-waktu lain. Kalau lambat-lambat alamatnya kosong je lah buku tu sampai bila-bila.

Buku-buku nota yang kawan aku hadiahkan untuk hari jadi sebelum-sebelum nih pun sebenarnya aku tak sentuh lagi. Ada satu buku tu, dah tiga tahun aku tak sentuh kahkahkah. Kalau dia tau nih, menyesal dia jadi kawan aku.


Harry Potter Glasses
click this small box to pause