Jealous

Kadang-kadang aku tak dapat bezakan antara "jealousy" dengan "envy". Dulu sebelum aku dapat tahu perbezaanya secara mendalam, aku ingatkan envy tuh macam jealousy cuma lagi kurang emphasis atau penekanan.

Rupa-rupanya tak.

Jealous (cemburu) - is when you're worried that someone will take what you have.

Envy (iri hati) - is when you want what other people have.

Honestly I thought it was the other way around. But one thing I can be sure of is that when you feel envious of others it doesn't necessarily mean that you hate them.



Boleh jadi kau cuma teringin nak miliki apa yang orang lain ada but you still want to keep that friendship (or apa-apa hubungan yang kau ada dengan seseorang tuh) going.

Aku bukan manusia yang paling baik dan suci dalam dunia. So kedua-kedua benda tuh aku pernah rasa.



Tak guna rasanya nak berselindung daripada hakikat sebenar. Lagipun aku rasa topik nih bukan personal pun sebenarnya. Benda nih benda yang hampir semua orang rasa.



Aku cakap hampir semua orang dan bukan semua orang sebab, yelah, bukan semua orang hati kotor macam kita-kita yang pernah rasa jealous terhadap seseorang nih (lols). Okay. Bukanlah hati kotor.



Bahasa baiknya, hati kurang tenang (kahkahkah).

Tapi aku rasa kan, malay translation for "envy" tuh macam heavy sangat untuk situasi yang dijelaskan. Iri hati tuh bunyi dia heavy macam kau memang betul-betul tak senang sangat tengok apa yang orang lain ada. Aku bukannya nak cakap aku tak senang tengok apa yang orang lain ada. Aku cuma nak rasa perasaannya bila ada apa yang orang lain ada.

Antara masanya yang aku rasa envy dengan orang adalah apabila dorang senang cari kasut. Yelah. Aku agak envy tengok perempuan-perempuan lain yang senang je cari size kasut. Lepas tuh biasanya size kasut yang kecik nih banyak yang fancy dan lawa walaupun harga tak mahal.

Yes. I was born with very "un-girlish" feet. Bukan dari segi rupalah tapi. Aku rasa kaki aku lawa (ahahahha) tapi dia panjang. Kalau kaki panjang meaning length dari bahagian peha sampai tumit tuh panjang, memang bukan masalah. Kaki panjang yang aku maksudkan dekat sini ialah bahagian tapak kaki. Aku biasanya pakai size 7 onwards. Rata-rata perempuan normal (aku gelarkan perempuan yang bersize kaki kecik ini sebagai normal ya) biasanya pakai size 4 atau 5. Paling-paling pun 6 je.

Nasib baiklah tahun lepas jalan-jalan shopping ada kasut lawa. Beli dekat Sembonia. In the end, Sembonia jelah harapan aku untuk meneruskan hidup sebagai manusia normal kahkahkah. Aku dan dramatic memang tak dapat dipisahkan.

Lepas tuh, at time aku rasa envious dengan anak-anak jutawan. Lagi-lagi yang memang born with a silver spoon dan memang tak pernah rasa perasaannya bila barang yang dimintak, parents tak belikan sebab tak ada duit.

Aku mengakulah actually keluarga aku boleh dikategorikan senang jugak. But it wasn't always like that before.

Sekarang alhamdulillah lagi stable dari dulu tapi yang buatkan aku jeles dengan golongan anak jutawan nih is the fact that dorang macam tak pernah rasa hidup susah. Bukan nak cakap yang dulu family aku susah gila ke apa.

Just, bila tengok anak-anak jutawan nih, macam senang sangat je dapat apa yang dorang mintak. Benda yang dapat pulak bukannya benda-benda macam dvd ke pencil case ke. Tapi barang-barang yang gila branded dan gila mahal. Yang gila-gila mahal yang memang out-of-your-mind punya mahal sampai aku rasa macam "Eh memang ada beg-beg tangan yang harga berpuluh-puluh ribu ni ya??" Contohnya macam keluarga Kardashians tu haaa.


Beli rumah macam beli ikan.

Then kadang-kadang bila tengok lelaki yang skin gila lawa pun aku boleh envy jugak (ahahahha). Yang ini boleh dikatakan envy yang light punya envy lah. Bukan level emotional punya.

I'm here like, "Y'all are DUDES FOR GOD SAKE HOW CAN YOUR SKIN BE THIS PRETTY!" Kalau nak skin lawa nih memang kadang-kadang kena melabur sikit. Bukan semua orang boleh preserve kecantikan muka masing-masing dengan tidak membuat apa-apa.

Trust me. Been there. Done that. Aku biarkan je muka aku tak pakai apa-apa for almost a year and crap started to happen. And I was like "Where did I do wrong?" when the real question should really be "Why didn't I do anything?".

Aku dah mula start balik jaga muka last year. Sebab jerawat dekat bahagian pipi sebelah kanan nih dah makin membuatkan aku sakit mata menengoknya. Membiak tanpa diundang di atas tanah yang bukan milik dorang. Dorang fikir dorang siapa??

Bercerita pasal lelaki skin lawa nih, teringat pulak dekat cerita The Danish Girl.



Baru tengok The Danish Girl tadi. Aku tak sangkalah pulak cerita tuh pasal golongan transgender. Daripada poster-poster yang aku nampak, aku ingatkan cerita pasal dua orang British woman yang mempunyai dua life berbeza kemudian mereka bertembung suatu hari dan berlaku twist dalam perkembangan cerita. Lol rupanya tak. Lagipun film tuh berasal dari novel. Novel tu pulak based on a true story. Tak pernah baca pun novelnya.

Terkejut aku tiba-tiba nampak Newt Scamander dalam cerita tuh ahahahahah dan rupa-rupanya "perempuan" dalam poster tu adalah dia. Pandai dia berlakon jadi perempuan. Dia memang next level lah. Kalau dekat Malaysia, for me, yang bila berlakon jadi nyah dan memang betul-betul convincing cuma Que Haidar dengan Rusid Ramli je.

Anyways harituh Eddie Redmayne ada menang anugerah Oscar.

Aku tengok Academy Awards harituh tapi tak tengok part dia menang. Tengok award show tuh pun tak habis. Cerita Danish Girl banyak tercalon tapi tak ingat berapa kali menang. Macam sekali je aku tengok. Entahlah. 

Tapi serious, Eddie Redmayne dalam cerita nih lagi lawa and feminine dari aku yang perempuan asli nih. Tercabar kewanitaan gua.

Apa-apa pun, aku kena bersyukur yang aku nih semula jadi perempuan though I am not exactly the most beautiful maiden in the land or the most feminine lady you'll ever meet.



Anyways, back to the whole point of the entry. Rasa cemburu atau iri hati nih memang common. Tapi kebanyakan yang aku jumpa dekat Twitter, cemburu-cemburu nih semua mainan perkataan bagi pasangan yang sedang bercinta. Aku yang sedang menjalinkan hubungan dengan seorang penyanyi terkenal nih tak dapat relate dengan pasangan-pasangan dramatik nih semua.Kitorang dah lama together tapi tak adalah dramatik macam dorang.

Lagipun, penyanyi tuh tak sedar pun aku wujud. #Nangis

Anyway, konklusinya, there are a lot of things in the world, a lot of people around you that would trigger your insecurities and make you feel jealous or envy. Tapi tak semestinya kau perlu jadi hamba kepada rasa-rasa yang kurang menyenangkan nih. But at the same time, memang perasaan nih bukan benda yang kau boleh control. Sekurang-kurangnya bukan sepanjang masa. Kita semua manusia kan. Memang itulah kekurangannya.



In the end though, you can never change the fact that when you feel envious or jealous of others, the number one reason is because you're ungrateful. That's the harsh truth ladies and gentlemen. Other factors may contribute but lets be real. Being ungrateful would be in the number one spot 90% of the time. (Saving the 10% for special cases lols).

Banyak benda yang boleh buat kita cemburu tapi banyak jugak benda yang boleh buat kita bersyukur sebenarnya.

Size kaki anda besar? Still better than having no legs at all. Rasa iri hati tengok orang-orang kaya? Bersyukurlah sekurang-kurangnya ada jugak rumah untuk berteduh. Cemburu tengok kulit orang lain lawa? Hah yang tuh salah ko sendiri ahahahahhaha!

Jangan marah. Aku cakap dengan cermin.


2 comments:

  1. normal kadang2 untuk beperasaan mcm tu,,tp lepas tu mula reflect balik,,kdg2 ada org nak life mcm kita,,kita nak life mcm org lain,,:)

    ReplyDelete
  2. Ohh baru tahu perbezaan envy tu.. Memang lumrah kita envy dgn seorang yg berjaya.. Seseorang jutawan yg sukses business dsb.. Tapi iri hati tu bukan bermakna kita dengki dgn cara cuba menjatuhkannya dgn jumpa bomoh & buat benda-benda tahyul yg selalu diamalkan orang-orang yg busuk hati ni, tetapi sebaliknya kita iri hati menyebabkan kita lebih berusaha & Cuba meniru jejak langkah mereka..

    ReplyDelete

silalah komen :)

Harry Potter Glasses
click this small box to pause