Watak Jahat

Entah kenapa aku rasa kadang-kadang aku senang jatuh cinta dengan watak jahat. Aku tak tahu pahal.
Lelaki mahupun perempuan, aku senang tertarik dengan dorang walaupun kadang-kadang (okay bukan kadang-kadang, tapi memang selalunya) dorang nih annoying.

Bukanlah selalu pun aku suka. Sekadar kadang-kadang.



Tapi yang aku realize, "kadang-kadang" aku dah jadi semakin kerap ahahahaha.

Sekali lagi aku tekankan, BUKAN SELALU. Okay? Tapi kadang-kadang.

Contohnya dalam cerita Divergent, aku suka gila watak Eric tuh. Sebab dia jahat yang sangat berkarisma kahkahkah. Yelah. Gila tak suka? Aku tahu dia jahat. Tapi dia tough kot.



Lepas tuh dia kan orang Dauntless so memang nampaklah leadership dia tuh walaupun kepimpinan dia menjurus ke arah yang menjahanamkan tamadun ahahhaha. Ada lagi watak jahat yang aku suka dalam cerita nih but so far Eric memang nombor satu di hati.

Kemudian seterusnya cerita Star Wars. Okay seriously aku minat Kylo Ren. Adik aku cakap dia buruk. Tapi aku tak kisah. The moment dia turun dari kapal dia, dengan outfit dia yang gila cool, aku tak sangka aku akan jatuh hati dekat watak nih. Lightsaber dia pulak masyaallah cool gila serious aku cakap. Dahlah benda alah tuh dia buat sendiri. Hah ko. Lagi aku suka.



Lagi pun aku rasa agak jelas kot aku suka dia. Nama pena aku sekarang Amy Zana Kylo. Haaa. Kylo mana lagi wak? Kylo Ren lah kahkahkah!

Then, aku tak tahulah korang pernah tengok ke tak cerita The Devil Wears Prada. Cerita nih best bagi aku. Sebab dia ada kaitan dengan magazine dan fashion.



Watak Meryl Streep memang evil gila. Evil bukannya evil apa. Aura dia tuh lain macam. Dia garang tapi garang dia bukan yang jenis suka membebel tak tentu hala sampai hilang point bebelan. Arahan-arahan yang dia kasi dekat pekerja-pekerja bawah dia sangat banyak tapi dia cakap in the most polite way possible. Lepas tuh bila dia hina pekerja dia, dia tak herdik. Tapi dia kutuk dalam bahasa yang sopan but sangat menyakitkan hati.



Sama ada dia guna sarcasm atau diplomasi or dia straightaway cakap dia tak suka. Nama watak dia Miranda Priestly. Aku suka watak nih sebab ((bad personalities aside)) dia seorang yang sangat confident, berkarisma dan ada kelas.




Yelah nama pun chief editor majalah fesyen kan? Memang stylish lah dia nih.

Okay mungkin yang nih akan kedengaran sedikit pelik tapi President Snow salah seorang watak jahat favourite aku. President Snow nih dari cerita Hunger Games. Dia nih lebih kurang je macam Miranda Priestly tapi versi lelaki. Ucapan dia memang penuh dengan diplomasi, leadership dan keyakinan. Tapi dia nih sangat sakai. Compare dia dengan Donald Trump, aku tak tahu mana satu lagi sakai.



Aku rasa dua-dua sama sakai but at least President Snow nih fiction so aku boleh tolerate lah lagi kahkahkah.

First of all, untuk karakter yang ini, aku tak tahu macam mana nak describe dia. Dia nih, boleh dikatakan tak betul, mental pun boleh jugak. Psychotic itu sudah pasti. Lol. Bellatrix LeStrange.

Kalau layan Harry Potter tahulah dia nih siapa. Dia bunuh Sirius Black dalam cerita kelima. Memang aku mengaku kepala otak dia nih macam short circuit sikit. Rambut dia pun serabai nak mati. Maklumlah. Bertahun lamanya hidup dalam penjara. Sebelum ada Death Eater datang bebaskan dia dari kurungan, dia tengah jilat tangan dia. So dia nih pengotor jugaklah. Tapi aku suka cara dia bercakap. Macam orang sewel. ((Dia memang sewel pun)). Memang applause dekat pelakonnya. Helena Bonham Carter. Dia buat watak nih sangat hidup walaupun dia muncul akhir-akhir Harry Potter series.



Sebenarnya banyak lagi watak jahat favourite aku tapi aku tak nak ulaskan panjang-panjang. Okay. Actually, ada lagi sorang watak favourite tapi entah kenapa aku lupa nak mention dia awal-awal. Padahal dah lama dah aku minat dia nih. Dulu aku simpan video2 dia dalam handphone. ((Tapi malangnya dah delete sebab terpaksa)). Nama dia Loki. Dia nih adik Thor. Kalau pernah tengok cerita Thor, dia adik Thor yang anak angkat tu. Kemudian bila dapat tahu dia anak angkat dalam family Thor, kepala otak dia terus jadi weng sikit. Balik-balik nak rebut kuasa. Memang gila kuasa betul aku cakap.

Loki ada buat major comeback dalam Avengers the first movie. Sama macam Bellatrix, aku suka bila dengar Loki nih bercakap. Kadang-kadang entah apa-apa dia merapu. Tapi watak dia sangat appealing lah bagi aku.



Not in terms of looks but in the way he presented himself. Sangat berkeyakinan. Mengarut. Ya. Tapi sangat berkeyakinan. Body posture dia campur dengan kata-kata dia yang penuh dengan metaphor campur dengan evil smile dia. Aku kasi 100 bintang untuk watak nih lols wkwkwkw.

p/s: Dalam post aku yang pasal Novel Melayu tuh aku tak sangka ada orang akan setuju. Okay. Exaggerate. Memang aku tahu ramai yang tak suka novel melayu. Walaupun begitu, aku actually agak surprised tak ada siapa yang kritik entri aku yang tu. Yelah. Pembaca novel-novel melayu yang typical ramai kan? Manalah tahu akan ada yang datang dan pertahankan gila-gila novel kegemaran dorang kekeke. Apa-apa pun, aku thankful at least ada orang faham apa yang aku cuba sampaikan.


2 comments:

  1. yeahhhh.... kadang2 lagi suka watak jahat dari watak baik... kan??? hihihi

    ReplyDelete
  2. Haha pelik juga taste kau ni.. Tapi mmg certain cerita akan buat watak jahat lebih cool Dari watak baik.. Cthnya aku tgk The Flash ada watak jahat nama Captain Cold yg memang Cool, Shishio Makoto dalam Rurouni Kenshin, Joker dlm The Dark Knight dsb

    ReplyDelete

silalah komen :)

Harry Potter Glasses
click this small box to pause