A Blog A Day Keeps The Stress Away

Lately rajin pulak aku update blog lols. At least dalam dua hari mesti sekali aku update. Tak apalah. Selagi ada masa nih selagi tuh aku update.



Masuk akhir bulan May nanti confirm dah tak ada masa dah.

Tapi aku cuma sekadar update je dan tak blogwalking pun macam biasa. Tak apalah. Lagipun blog yang selalu aku stalk bukannya update apa-apa pun.

Ada sesetengah blog tuh lagi best. Dalam sehari sampai 2-3 entri update haaa. Mesti meriah gila blog dia.

Aku rasa aku dapat kurangkan stress bila blogging.

Lagipun blog nih aku jadikan medium untuk meng-ekspres je. Bukanlah cerita pasal benda-benda heavy tapi benda-benda remeh yang aku rasa tak penting nak ceritakan dekat orang. Kadang-kadang tuh update lah jugak pasal benda-benda heavy tapi tak selalu. Bagi aku benda-benda heavy nih biasanya entri yang berkaitan pendapat aku pasal something.

Dah bercerita pasal blog nih, aku perasan makin lama aku makin malas nak cantik-cantikkan blog sangat. Blog aku yang khas untuk fangirling tuh pun dah tukar kepada simple template. Putih je semua dari atas sampai bawah. Suci je bila tengok. Sesuci lebaran (kahkahkah!)

Bukannya apa. Sepanjang beberapa tahun nih aku selalu terlebih rajin nak hias blog letak macam-macam tapi makin lama aku makin letihlah. Lagi-lagi kalau guna blogskins. Blogskins dahlah sekarang macam ghost town. Macam laman web tinggal dah.



Tak semeriah dulu. Lepas tuh bila apply template blogskins dekat blog ada je link yang broken, image yang tak keluar etc. Penat nak fix -____-

Memang tema aku black and white jelah sekarang. Bila ada mood nanti mungkin aku akan meriahkan balik design blog nih. Mungkin.



p/s: Semalam aku baru terjumpa satu cerita ada Daniel Radcliffe dengan Adam Driver. Lawaklah tengok trailer dia sebab pada pandangan aku bukannya Daniel dengan Adam berlakon sama-sama tapi Harry Potter dengan Kylo Ren.




Harry Potter Glasses
click this small box to pause