Entri Pendek vs Entri Panjang

Lately aku perasan yang makin lama, entry dalam blog aku nih makin panjang.



Serious. Dulu-dulu, entri aku pendek-pendek je. Topik pulak yang light-light je.



Yang buatkan dia nampak panjang pun sebab gambar (aku mana boleh update entri tak ada gambar. Tak syok.) But lately, aku rasa aku selalu cerita pasal benda-benda yang heavy. Lepas tuh entri pulak panjang berjela. Actually banyak lagi blog-blog dekat luar sana yang entri dia lagi berjela dari aku tapi entahlah nak.

Mungkin sebab aku dah semakin matang (kahkahkah!) dan gaya penulisan aku pun makin lama makin berubah. Tak teruslah tapi just benda tuh berubah dalam kadar yang berdikit-dikit. Bak kata orang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Orang yang kata. Bukan aku yang kata.

Seterusnya, aku rasa entri aku makin berjela barangkali sebab aku dah lama tak online. (Barangkali ya barangkali.) Yelah. Last aku online pun tahun lepas.



Itu pun, kalau tak silap, sepanjang tahun lepas, sepanjang 12 bulan tu, aku cuma post dalam lima entri je. Sikit. Yes.



Aku active balik pun since awal March harituh sebab rasa macam banyak sangat je benda nak cerita. Lagipun wifi tengah gempak sekarang. Lebih baik kita gunakan sebaik mungkin (lols).

Lagi satu, macam yang aku cakap tadi, entri aku banyak ketengahkan topik yang heavy so aku rasa inadequate kalau nak cerita pendek-pendek je. Takut points yang aku nak deliver tak sampai. Yelah. Kalau dah cerita pasal benda yang berat, and then buat pulak pendek-pendek, bila aku baca semula, rasa macam entri tuh berlubang-lubang. Macam jalan tar yang tak rata.

Entahlah. Bila aku dah puas mengekspresikan diri, maybe aku akan post semula entri pendek-pendek. Mungkinlah. Aku sendiri tak sure. Kadang-kadang rasa entri pendek nih best. Tapi kadang-kadang rasa bila post entri panjang-panjang nih lagi memuaskan. I don't know man.

Anyways, lagi satu bahagian komen. Urm, bagi yang tak biasa, actually memang bukan style aku nak reply comment orang dekat ruangan komen tuh. Cara aku, kalau dia dah drop comment dekat blog aku, aku akan return the favor by leaving my comments at their blogs. Kalau baca post-post aku yang lepas, kalau perasan, memang aku jarang sangat nak reply comment dorang on the spot. Ada. Tapi jarang.

And lagi satu tengok jugaklah. Sebab certain user, dia tinggalkan komen dekat entri, and then bila aku bukak blog dia nak tinggalkan komen dekat bahagian entri jugak, aku tak jumpa ruangan komen nya.



Barangkali sebab layout blog. Ada yang ruangan comment dia susah nak nampak dan ada jugak yang tutup ruangan comment.



So in the end aku just tinggal jejak dekat shoutbox je.

Cerita pasal blog nih pulak, lately, aku banyak jumpa bloggers yang sama umur dengan aku. Memang rare lah seriously. Sebab dulu, masa aku mula-mula blogging, ramai bloggers yang aku jumpa kebanyakan akak-akak atau abang-abang yang 16, 17, 18 (waktu tuh aku 13.)

So sekarang, bila aku pulak yang dah 18, rasa teruja pulak bila jumpa seangkatan (seangkatan kauu) blogger yang sama umur.



Sorry lah kalau pelik bunyinya tapi aku rasa benda nih menarik.



Dekat mana korang selama ni haaaaa???? #Nangis

p/s: Patutlah harituh aku tak nampak pun Eddie Redmayne dekat anugerah Oscars rupa-rupanya itu klip tahun lepas punya ahahahhaha ! Punyalah aku fikir macam mana aku boleh langsung tak nampak kelibat dia nih padahal aku tengok Academy Awards harituh dari awal sampai nak dekat habis walaupun tak habis kahkahkah!

p/sss: Eeeeeeee tak sabarnya nak tengok Captain America: Civil War! ^o^ #TeamCaptainForever #SampaiHatiIronManBuatAkuMacamNih #TakPahamKenapaBlackWidowJoinTeamIronMan #ApaYangSpiderManBuatDalamCeritaNih #SpiderManNihTeamSiapaSebenarnya #AkuAgakSpiderManNihTeamIronMan #CaptainAmericaMestiMenang


Design by | SweetElectric