Menggamit Memori

Tak berminat sangat nak menggamit memori tapi kadang-kadang bila rasa rindu, maka unconsciously aku akan mula tengok cerita-cerita yang aku selalu tengok masa zaman kanak-kanak dulu. \\can't help myself.

Tengah tengok Camp Rock.



Haaaaaaaa dah lama tak tengok cerita nih. Semalam nak tengok dekat Disney Channel tapi terlepas. Tahu-tahu je dah habis. Masa kecik-kecik dulu aku memang banyak layan benda-benda Disney Channel.



Paling aku rindu dalam banyak-banyak adalah cerita Lizzie McGuire dengan That's So Raven.



Aku tak tahulah kalau ada orang ingat lagi ke tak benda nih. Dulu-dulu series nih memang gempak gilalah.

Actually boleh je download balik series nih dekat YouTube tapi masalahnya kualiti video lah. Rata-ratanya lame belaka. Tak sanggup nak download benda yang low quality. Sakit mata tengok gambar pecah-pecah.

Berbalik kepada Camp Rock tadi, aku kadang-kadang tak percaya yang dah 8 tahun sejak Camp Rock movie nih keluar. 8 tahun wakk 8 tahun. 8 - FREAKIN - YEARS.



I feel so old man. Seriously. Beberapa minggu yang lepas pulak, Hannah Montana baru sambut anniversary dia yang ke 10. Ke sepuluh wakkkkkkkk. Aku layan Hannah Montana gila-gila dari the first episode from the first season. Aku tak percaya dah 10 tahun. Bila cakap 2006, aku tak rasa macam tua sangat. Aku rasa macam 2006 tuh baru tahun lepas. Tapi bila orang cakap 10 tahun, aku macam, woahhhhhh mannnnnnnn tuaaaaanyaaa akuuuuuuu.

Disney movies and series give me so much feels man ;;~;; Dah cerita pasal disney movies nih, aku rindu pulak High School Musical especially the first movie. Disney paling jarang nak air balik HSM the first movie. Balik-balik cerita yang ketiga je selalu keluar tv. Aku tak minat sangat yang ketiga sebab terlalu focus dekat percintaan antara Troy dan Gabriella. Dah lari daripada tajuknya dan feel daripada movie pertama.

Dulu bila aku suka certain series atau movie series, aku mesti nak kumpulkan barang-barang dia. Aku tak perasan sangat habit aku nih sampailah bila aku dah besar sikit. Dulu memang rajinlah mengumpul merchandise Hannah Montana dengan High School Musical. Dari buku tulis, file, stationery set sampailah ke beg sekolah dengan majalah.

Yes. Zaman-zaman kegemilangan series nih dorang selalu keluarkan majalah dan akulah pembeli setia dorang kahkahkah! Memang kerja aku mengkayakan disney je lols.

Kadang-kadang aku rindu zaman tuh. Bukan bermaksud aku nak putarkan balik masa pergi ke zaman-zaman yang dimaksudkan. Tapi rindu as in, aku nak tengok balik diri aku masa kecik fangirling over Disney series nih. Macam bila kita mainkan video dalam handphone, haa macam tu lah maksud aku. Nak tengok diri aku yang kecik nih macam orang tengok video dalam handphone.

Tetiba syahdu pulak rasa lols.


Harry Potter Glasses
click this small box to pause