Tak Pandai Bahasa Inggeris

Tak ada masalah pun tak pandai bahasa inggeris nih sebenarnya. Kalau pandai bahasa inggeris pulak lagi tak ada masalah. But the good thing about english is that it's an international language. Bahasa komunikasi umat manusia. Bila dah master, senang nak communicate dengan foreigners. Sebab yelah, kalau kita dah guna bahasa ibunda kita, foreigner yang kita jumpa tuh pulak pun cakap guna bahasa ibunda dia, so dekat sini, masalahnya timbul bila dua-dua tak paham apa yang masing-masing cakap.

Dulu topik nih pernah dibangkitkan dalam bengkel Tokoh NILAM peringkat daerah Klang. It was 2009 back then. Serious aku tak sangka yang aku masih ingat lagi benda nih. Dia kasi topik pasal kepentingan bahasa inggeris, lepas tuh calon-calon Tokoh NILAM nih pulak kena bahas pasal issue nih. Tapi kalau nak dikatakan bahas pun tak jugaklah sebab dia boleh dikatakan macam open speech pun ada.

Bila dia dah kasi topik tuh, sesiapa yang berminat nak bahas apa-apa boleh terus angkat tangan dan bangun kasi hujah.



Waktu tuh aku darjah lima. Banyak sebenarnya hujah yang aku nak kasi tapi aku tak utarakan apa-apa pun. Bengkel tuh campur budak sekolah menengah dengan budak sekolah rendah.

Long story short, budak sekolah menengah je lah yang conquer sesi bahas tuh (lagi pun dorang lagi banyak ilmu so kitorang yang sekolah rendah nih diam jelah tengok dorang gaduh ahahahahha). Kemudian nak dijadikan cerita, adalah sorang abang nih, hujah dia berbunyi macam ni, "Habis kalau bahasa antarabangsa kita bukan bahasa inggeris? Macam mana pulak? Katakanlah bahasa antarabangsa kita tukar jadi bahasa German, so adakah patut kita semua belajar bahasa German?"

Soalan tuh memang melekatlah dalam kepala aku. Melekat sampai sekarang. Tapi sayangnya aku hanya mampu bagi pendapat kepada soalan tuh 7 tahun kemudian (ahahahahha).

In my very honest opinion, macam yang aku cakap, bahasa inggeris nih dia bagus sebab dia bahasa antarabangsa. Dan katakanlah, apa yang abang tuh cakap menjadi kenyataan. Suatu hari nanti, bahasa German pulak jadi bahasa komunikasi alam sejagat, aku tak kisah. Barangkali aku akan terus belajar bahasa German.

Sebab in the end, communication guna bahasa antarabangsa nih sangat penting kalau nak expand apa-apa. Ceritanya aku think big lah dekat sini. Kalau nak buat business expansion sampai ke luar negara dan rata-rata pelabur memang paling fluent bahasa German, aku tak akan waste the opportunity on communication macam tuh je. One way or another, I must learn that language.

Harituh ada orang pernah kata, (aku dah tak ingat siapa orangnya), gerangan manusia tuh cakaplah kalau tak boleh faham sesuatu bahasa tuh, memang tak salah nak bawak translator pergi official conference, tapi nanti conversation nya jadi tak telus sebab guna orang tengah. Orang tu jugak kata, bukannya semua benda yang translator tuh cakap tepat dengan apa yang wakil tuh sampaikan. So yeah. Memang kena fluent dalam bahasa antarabangsa tak kisahlah kalau bahasa tuh bahasa inggeris ke bahasa German ke apa ke sebab kita nih nak ber-business. Effort kena ada.

Anyways, on the other hand, bagi aku, kalau penggunaan bahasa inggeris tuh tak penting dalam apa yang korang tengah buat sekarang (contohnya belajar dalam bidang sastera ke atau menguruskan apa-apa benda yang memang tak payah guna english), benda tuh bukan big deal pun. Seriously. Tak payah nak rasa rendah diri sangat.

Ramai lagi haaa orang yang tak reti bahasa inggeris.

Kalau yang tak pandai tapi nak belajar tu, memang sangat dipersilakanlah sebab menarik bila kita faham dan boleh cakap lebih dari satu bahasa nih. Lepas tuh macam-macam ilmu boleh dapat sebab ada certain buku-buku ilmiah dekat luar sana, hanya available dalam bahasa inggeris. So dekat situ dah ada extra knowledge untuk kita bila baca buku dalam bahasa inggeris.

Lagi satu bila dah pandai bahasa inggeris, janganlah perlekehkan pulak orang yang tak pandai. Bantu-membantu amalan mulia. Tapi aku jujurlah, kadang-kadang, segan nak betulkan orang yang grammar dia terang-terang salah nih sebab first of all, aku tak suka jadi grammar nazi.

(Lagipun kadang-kadang aku pun buat kesalahan grammar jugak bila nak cepat je cakap. We are imperfect anyway. Making mistakes is what makes us human.) And then second, bila dah tegur grammar orang, situasi biasanya akan jadi awkward. Kadang-kadang ada orang dia memang pro english tapi tak sengaja buat simple grammar error. So bila tegur, nampak macam kita perlekehkan keupayaan dia pulak.

Sampai sekarang aku tak jumpa cara paling subtle nak tegur orang punya grammar depan-depan sebab benda tuh benda yang hands down antara benda yang paling rude nak buat especially bila kau bukan english teacher. So in the end, aku biarkan jelah. Lagi pun in time, mesti english dorang akan improve dengan sendiri especially bila dorang jenis yang sentiasa tak penat nak belajar benda baru.

Tapi satu tips lah untuk orang yang tak pandai bahasa inggeris nih, kalau nak berdebat pasal apa-apa topik dekat social network dan dalam bahasa inggeris, korang kena expect situation di mana akan ada manusia acah-acah mat salleh entah dari mana datang bash korang punya english.

Sebab based on my very own observation, ada sesetengah manusia nih yang dia agak, urm, boleh dikatakan bongkak jugaklah mentang-mentang pandai english, dia jenis suka tegur secara kasar dekat orang sebelum dia point out dia punya pendapat. Aku selalu nampak benda nih jadi dekat Twitter.

Katakanlah ada sorang manusia yang tak pandai english nih memang terang-terangan dia di pihak yang salah, contohnya, dia support orang yang hidu gam dan ambik dadah kemudian nak kutuk-kutuk orang yang tak pernah telan pil kuda guna bahasa inggeris tunggang-langgang. Memang patut pun lah kena bash.

Tapi andainya korang di pihak yang benar dan suci (ecececeh) dan cuma nak menyampaikan pendapat secara baik, memang satu disadvantage lah kalau grammar tak proper. Mesti ada yang akan serang english korang punya.

Kahkahkah bunyik macam nak menakut-nakutkan. Okaylah okaylah. Bukan benda tuh benda yang memang pasti akan berlaku pun but just precaution je lah.

But in the end, the most effective way for you to learn is by making mistakes. I stated out the tips above just for preparation je. If you're the type to not give a damn about what people think then pakai redah pun tak apa. Lepas tuh belajar jelah dari kesilapan kan?

Anyways, Star Wars The Force Awakens dah officially keluar dalam bentuk dvd!!! Tak sabar nak beli weyhhhhhhhh Kylo Ren my baeeeeee <3333 br="">



#jeritsampaipengsan

p/s: Baru tengok teaser Rogue One tadi. Mengingatkan aku dekat Hunger Games .__.



1 comment:

  1. dan utk saya pulak skrg,,english sgt la penting sbb bahasa perantaraan sy dengan lecturer,:)

    ReplyDelete

silalah komen :)

Harry Potter Glasses
click this small box to pause