Jangan Tegur

Best pulak call-call orang nih. Baru lepas cakap dengan ayah dekat telefon. Nak settle kan hal-hal yang sepatutnya memandangkan dia tak ada dekat rumah sekarang.



Ayah dengan adik balik kampung jenguk family.



Aku teman mak dekat rumah.

Actually sebelum call ayah sebenarnya ada telefon orang lain. Mula-mula memang plan nak call nenek je tapi lepas tuh tetiba rasa nak call kakak pulak. Lepas tuh baru call ayah. Tadi rasa macam nak call kawan tanya khabar tapi aku serta-merta melupakan hajat tersebut sebab aku rasa dorang busy (walaupun aku tahu dorang tak busy kahkahkah!).

Jakun sikit sebab aku dah lama tak ada telefon rumah. Harituh baru install sebab alang-alang TM nak pasang wifi, pasanglah sekali phone rumah. Dah lama tak buat kerja-kerja call orang nih. Tapi kalau aku rajin, mungkin aku akan call kawan-kawan (kahkahkah!). Nanti mesti dorang fikir aku buang tabiat sebab tak pernah terfikir nak buat benda se-sakai nih. Yelah zaman teknologi nih, mana ada orang call-call kawan guna telefon rumah dah. Biasanya terus whatsapp je atau whatsapp call guna handphone.



Tadi time call nenek, aku rilek-rilek atas tilam dalam bilik je. Malas nak golek-golek dekat tempat lain. Lagipun dekat sini air-con dah on dari tadi. Syok lah sebab sejuk. Lepastuh dalam dok sembang-sembang dengan nenek tuh, tetiba dia tegur. Dia tanya aku apa benda yang riuh-riuh tuh. Bising-bising tuh buat apa. Ada apa.

Actually, mana ada sesiapa dalam bilik nih selain aku.



Aku pun bukannya buat apa-apa time tuh. Aku golek-golek je. Lagipun dekat rumah sekarang tinggal aku dengan mak je. Ayah dengan izzah dah balik kampung macam aku cakap tadi. Aina pulak ada dekat Melaka sekarang.

Aku dalam hati macam apa benda pulaklah yang nenek aku nih dengar. Alamak ai. Habislah. Tamatlah hubungan aku dengan bilik aku. Malam nih berhijrah ke bilik mak lah jawabnya.

Disebabkan signal pun tak berapa nak best dekat bilik aku, aku pun bangunlah pergi masuk bilik mak.

Lepas dah habis sembang kencang dengan nenek, aku pun call lah Aina (kakak). Aku cerita pasal apa yang nenek aku cakap tadi. Tak pasal-pasal aku pun terbuat kakak aku seram sorang-sorang kahkahkah! Roommate dia semua balik jumpa family masing-masing sebab cuti. Tinggallah dia sorang-sorang dekat rumah sewa layan movie. Lepas tuh dia siap pesan dekat aku. Dia kata kalau aku dengar apa-apa bunyi dalam phone nih jangan tegur. Sebab dia tengah sorang-sorang. Lol k. Tu lawak.

Tak cukup complain dekat kakak, aku call ayah pulak. Ayah aku cakap alah tak ada apa-apa tuh bla bla bla.

Mungkin betul jugak apa yang ayah cakap.

Mula-mula tuh memanglah seram, bila difikirkan semula, aku rasa logik jugak nenek aku dengar bunyi bising riuh. First of all, macam yang aku cakap tadi, air-con bilik bukak. Yang aku tau air-con York dalam bilik aku nih bunyik nak gempak je. Lagipun aku dah set supaya kipas air-con tuh swing 180 darjah. Lepas tuh temperature letak 16 degree. Kekuatan kipas air-con pulak maksimum. Itu tak termasuk lagi bunyi kipas bilik. Then bunyi tv. Line dalam bilik aku nih pulak tak clear. So aku rasa sebab tuh kot.

Kemudian waktu aku nak berganjak dari bilik aku ke bilik mak, aku lalu family hall dulu. Kipas dekat situ pun bukak speed tahap maksimum walaupun tak ada siapa dekat situ kahkahkah!

Walaupun in the end aku rasa tak ada apa-apa, aku akan tetap berhati-hati because you never know right?

Sebenarnya kalau nak diikutkan, area rumah aku nih okay je. At least better lagi dari rumah aku sebelum nih. Rumah yang sebelum nih jangan ceritalah. Dahlah kawasan besar. Banyak semak. Banyak pokok.



Lepastuh menurut ayah, ada "sepasang suami isteri" tinggal dekat pokok besar sebelah rumah. Lols. Nasib baik tak pernah nampak dorang. Kakak aku pulak beberapa kali kena kacau time tidur. Bila dok rumah tuh sorang-sorang pulak, bunyi tapak kaki dengan bunyi guli jatuh ke lantai tuh memang benda biasalah.

Tapi walaupun rumah lama tuh macam tuh, aku tetap rindu tempat tuh sejak pindah rumah baru T_____T . Dapat visit pun dalam mimpi je.

#Emosi

p/s: Seriously dude. Kalau tengah call orang, kemudian dengar ada bunyi-bunyi bising on the other end of the line, tolonglah jangan main sambar je tanya bising-bising tuh buat apa. Sebab dulu dekat rumah lama, kakak aku tinggal sorang-sorang then kawan dia tanya macam tuh. Kes dia lain dengan aku sebab air-con tak bukak. Kipas tak bukak. Dan dia time tu bukannya tengah duduk dalam bilik. Tapi dekat tangga. Ha kauu. Tak pasal-pasal.

p/ss: Lately makin obsess dengan General Hux lah pulak. Lagipun dia ada berlakon dalam Harry Potter jugak jadi Bill Weasley. My heart is weak man. Tapi aku tetap prefer watak General Hux over Bill Weasley kahkah!


Harry Potter Glasses
click this small box to pause