Expectation

Antara benda yang aku belajar sepanjang aku hidup sebagai homosapien yang sekadar menjadi penumpang di atas muka bumi yang fana ni ialah, aku tak boleh meletakkan expectation yang tinggi dekat semua benda. Sebabnya, bila kita letak expectation yang tinggi dekat something, bila benda tuh tak mencapai jangkaan, memang akan terasa kecewanya sekaligus mengganggu emosi aku.



Lalu, tak dapatlah aku melalui liku-liku hari aku sebagai seorang manusia yang mempunyai jiwa yang normal.



Tapi, macam yang aku selalu sebutkan, benda nih sebenarnya easier said than done. Bukannya apa. Memang setiap masa aku akan berhati-hati dan tak letak expectation tinggi tapi benda tuh actually bukan benda yang kita boleh kawal sepanjang masa.

Sebagai contoh lah, aku nak travel ke satu tempat yang sangat menarik nih. Like, Paris for instance? Then beberapa minggu sebelum travel tuh aku dah mula berangan-angan benda-benda yang indah yang aku akan nampak dan experience. Tapi bila dah sampai sana, hakikatnya tak sama dengan apa yang aku impikan. Paris memang tempat yang menarik untuk melancong tapi pengelaman aku sepanjang dekat sana tak menarik langsung. Dah duduk dekat hotel tiba-tiba pulak demam ke, badan sakit-sakit ke, beg baju tiba-tiba hilang ke, kena tengking dengan mat saleh ke, orang tersalah anggap yang aku ni terrorist ke.

Macam tu lah lebih kurang.

The thing is, bila kita memang sangat-sangat look forward to something, tanpa kita sedar kita akan jangkakan suatu yang menarik yang akan jadi dekat kita. Lagi-lagi bila benda tuh benda yang kita nak sangat of course lah kita akan letak expectation yang tinggi kan? Then bila semua benda tak seperti apa yang diidamkan, memang frust menonggeng lah cerita dia.

Aku kasi lebih contoh. Katakanlah kau nak buat kerja part time jadi cikgu tuition ke cikgu apa ke. Kau dengar cerita budak-budak dekat situ baik-baik belaka. Perangai macam malaikat. Kau pun dah happy-happy lah semangat gila nak mulakan hari pertama sebagai seorang cikgu. Sekali bila kau sampai sana rupa-rupanya perangai dorang mengalahkan setan.

Memang sedih dan menghampakan.

Tapi seriously. Kadang-kadang aku memang tak dapat nak mengawal benda-benda nih semua.

Antara benda biasa yang aku akan letak expectation tinggi of course lah dari segi academic. Tapi orang selalu kata, kalau bab-bab academic misalnya, kau berusaha bersungguh-sungguh, study gila-gila, doa lah apa semua, tapi lepas dah jawab paper better kau jangan letak expectation tinggi sangat sebab takut kecewa.



Kiranya macam kau tawakkal je lah apa nak jadi baik atau buruk. Yelah, bila kita dah banyak study kan, dah confident apa semua, memang kita nak yang baik-baik je. Nanti kalau dapatnya yang entah apa-apa tak mampu pulak nak terima.

Apa-apa pun, bagi aku, target biar tinggi, tapi expectation biar moderate lewls.

Aku rasa kalau aku cakap macam nih dekat orang mesti dorang confuse dan fikir target dan expectation mempunyai konsep yang sama. Tak jugak sebenarnya.



Aku bagi contoh lagi, kau masuk pertandingan choir peringkat kebangsaan, dan kau target untuk dapat TOP3. Bila kita target something, kita automatic akan berusaha lebih. Then lepas kau dengan group choir kau dah habis perform yang terbaik, kau tak expect apa-apa sangat sebab group-group lain pun ada yang hebat. Macam tu lah.

Kiranya macam yang aku cakap tadi lah. Expectation biar moderate tuh macam tawakkal je apa nak jadi baik atau buruk.



Lol pabila aku berfal-sampah.

p/s: Aku dah check rumah aku apa dekat Ilvermony School. Aku dapat Pukwudgie. Lain macam bunyinya.

Design by | SweetElectric