Semester Break and Unexpected Event (Kononnya)

So it has been about five days sejak aku balik dari matrikulasi dan so far I'm enjoying myself at home.



Okay actually tak adalah enjoy sangat pun sebab aku cuma boleh keluar weekends je (which sucks because the other day my friends ajak aku keluar tapi aku tak boleh pergi).



Sepatutnya aku cakap dulu dekat dorang yang aku tak sure sebab rupa-rupanya kawan aku dah book ticket wayang untuk aku. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa bersalahnya aku rasa.

Tapi sebenarnya ini bukan kali pertama. Tahun lepas pun ada jadi macam ni jugak. Aku dah confirm apa semua dengan kawan aku tapi last-last aku cancel last minute. Dan pada waktu tu kawan aku pun dah tempah ticket wayang untuk aku. Kitorang plan nak tengok Star Wars sama-sama. Sedih gila doe aku time tuh.

Balik matrik nanti aku bayar baliklah ticket wayang. Yang beberapa hari lepas punya incident, kawan matrik ajak keluar tengok Fantastic Beasts. Aku memang excited gila ah cerita dia. I've been waiting since January for this movie wakkk but last-last macam nih pulak jadinya.

In the end it all comes down to whether or not my father can send me pergi KTM pada waktu yang munasabah. Masalahnya ialah, Fantastic Beasts start pukul 11.30 am. Tapi ayah aku keluar kerja dalam 6.30 pagi. Meaning kalau dia hantar aku pergi KTM waktu tuh, maybe aku sampai KTM dalam 6.45 pagi. And then train ke KL biasanya sampai dalam 6.50 or 6.55 pagi. Okey katakanlah aku naik train yang itu gi KL, meaning, aku akan sampai KL dalam roughly pukul 8.00 pagi. NU Sentral pulak bukak dalam 10.00 pagi. Memang nonsense lah cerita dia. Tu yang aku cancel tuh. Kawan aku sampai call dua kali. Sebab dia ingat aku main-main.

Ayah aku takleh hantar gi KTM pukul 9.00 or 10.00 sebab macam biasalah, ayah aku memang sejak azali meeting je tak habis-habis so memang susah nak keluar.

Dalam hati aku macam, aish patutnya dari dulu lagi aku amek lesen.



At least boleh gi KTM sendiri. Last-last dok rumah je tengok cerita "W: Two Worlds" then layan Harry Potter (macam biasa) .

p/s: Nyesal layan Two Worlds. Cerita tuh tak best. Pfftt.

p/ss: Aku dengar cerita Big Bang nak buat comeback. Tapi masalahnya, dari October harituh aku asyik dengar cerita je tapi dorang tak jugak muncul-muncul. *sigh*

Design by | SweetElectric