MUET, Homesick dan Penyakit Malas

Muet Speaking Test sudah melabuhkan tirainya pada 16/2 yang lepas. Dan aku, sebagai manusia yang mudah rasa tertekan, berasa sangat gembira yang speaking test tersebut dah tamat. Tak payahlah pening-pening lagi practice bagai nak rak sampai tak tidur malam. (exaggeration).

Bila rasa tertekan duduk kolej, memang aku teringin nak balik je. Biasanya penyakit ni lah yang orang katakan homesick. Tapi yang peliknya, sedangkan orang lain semua homesick apa bagai, aku lebih kepada room sick sebenarnya.

Ya. Istilah yang memang tak pernah orang dengar.

Takdelah. Orang lain semua bila dah lama tak balik rumah atau tertekan assignment banyak atau sarat sangat dengan konfik kehidupan hidup sebagai perantau, mulalah rindu-rindu rumah. Tapi aku, aku sebenarnya rindu bilik tidur aku dekat rumah je lewls. Ya. Bilik tidur memang sebahagian daripada rumah tapi bukan sepenuhnya rumah.



Lagi satu bila orang kata homesick nih biasanya termasuk sekalilah rindu nak jumpa family. Aku rindu kakak aku kadang-kadang tapi dia suka tak nak layan aku dekat WhatsApp. #menangissendu

Berbalik kepada room sick tadi. Aku rasa aku lebih kepada room sick sebab dulu aku paling banyak membazirkan masa aku dalam bilik.



Tengok movie dalam bilik. Makan dalam bilik. Main laptop dalam bilik. Baca dalam bilik. Menari dalam bilik. So bila aku tertekan duduk dekat matrik, aku bayangkan bilik aku. Bilik memang tempat aku lepaskan stress dan tempat yang paling aku selesa sekali dalam dunia nih. Tak ada apa yang dapat menandingi keselesaan bila ada dalam bilik sendiri. Walaupun hotel lima bintang biliknya lebih eksklusif, in the end bilik tidur akulah yang aku akan carik. Paling rindu sekali meja belajar, lampu meja, novel-novel dengan anak patung captain america dekat atas katil.

Cerita pasal meja belajar, tadi aku baru membuat proses mengemaskini meja belajar. Hehe sebab harituh balik London banyak gila barang Harry Potter aku borong bhai. Aku pikir nak susun-susun benda tuh atas meja. Dalam banyak-banyak barang, favourite aku sekali of course lah container kayu tulis Diagon Alley dengan Ollivanders.



Barang-barang dekat sana murah-murahlah aku rasa nak nangis. Dahlah banyak gila barang Harry Potter. Mak aku jumpa karpet "Welcome To Hogwarts".



Karpet Darth Vader pun ada. Karpet "Alohomora" pun ada. Nak beli tapi ayah aku tak kasi sebab takut beg berat. Sedihlah gak nak tinggalkan karpet tuh. Sampai sekarang imej karpet tuh melayang-layang dalam minda. Kadang-kadang aku tak fokus time kuliah. But then again.... aku memang tak fokus pun time kuliah kahkahkah!

Anyways, actually meja belum siap kemas pun. Baru halfway. Nanti lepas maghrib kot aku sambung. Tengoklah macam mana. Lagipun, mid sem break nih mulalah aku rasa nak malas-malas. Assignment dahlah berlambak tapi masih nak malas-malas lagi. Sebenarnya ada outdoor assignment aku kena buat tapi setiap kali aku keluar jalan, aku lupa terus. In the end aku end up shopping beli benda-benda tak penting (lol). Homework pulak berlambaklah jugak but I just don't have the mood lah. Aku harap esok ada mood. At least ada mood untuk study business sikit. Lepas cuti ada exam. Exam tuh lecturer kata gabung sekali dengan kuiz. Dahlah previous business kuiz aku flop gila. (London punya pasal kahkah!).

Ini belum lagi aku beli novel baru. Kalau aku beli novel baru... mesti lepas tuh rasa malas gila nak buat assignment. Aduyai.



p/s: Rasa nak tengok movie lah pulak. Dekat luar tengah hujan. Memang sesuai sangatlah nak golek-golek sambil menonton.

p/ss: Weyh rasa malas gila nih weyhhhh #nangis


Harry Potter Glasses
click this small box to pause