The End of Matriculation

Dah habis matrik dah aku. Sedar tak sedar dah hampir setahun aku belajar dekat situ. Banyak pengalaman yang mematangkan (walaupun aku rasa aku masih tak berapa nak matang untuk menjalani kehidupan sebagai seorang manusia yang boleh dikatakan dah dewasa).



Bila dah keluar matrik rasa macam tak real. Rasa macam aku sekarang nih sebenarnya tengah cuti sem je.



Budak-budak matrik dekat grup whatsapp dah soseh-soseh dah cakap dorang rindu matrik. Padahal baru Selasa harituh keluar (kahkahkah!).

As for me, aku rasa masih terlalu awal lagi untuk aku cakap yang aku rindu matrik sebab, ya, macam yang aku cakap tadi, aku rasa macam aku tengah cuti sem je. Tapi aku memang susah nak rasa rindu. Feeling dia lambat sampai.

Rindu tuh belum lagi rasanya.



Tapi sedih tuh ya.

Secara jujurnya aku dah start rasa lain masa aktiviti basikal dua minggu sebelum study week and approximately sebulan sebelum matrik habis. Masa tuh satu kelas berkumpul untuk main basikal sama-sama. Round-round dekat kawasan bukit yang sama je pun. Tapi mood dia lain sikit time tuh, Mood aku soranglah tapi.

Mula-mula aku naik bike saing-saing dengan dorang tapi lama-lama aku decide nak pusing bukit sorang-sorang je. Naik basikal sambil dengar lagu. Time tuh pulak aku bukak playlist. And salah satu lagu dalam playlist aku lagu Say You Won't Let Go - James Arthur.

Rasa sedih pulak dengar lagu tuh. Dia lagi sedih sebab aku sorang-sorang kot time tuh. Memang sengaja tak nak saing sekali dengan orang lain. Berbasikal sorang-sorang macam orang tak ada kawan.

Lepas habis aktiviti berbasikal, balik bilik rasa sebak. Mengalir jugaklah. Tapi macam biasa, aku kalau mengalir roommate aku memang takkan perasan. Nampak macam tidur.

Matrik nih memang stress sebenarnya sebab belajar laju gila. Tapi yang buatkan dia best mostly kawanlah.

My one year at matric kinda made it up for my 5 years of shitty high school life. Masuk universiti nanti tak tau lah. Hopefully okay jugak.

p/s: Baru dengar lagu Peterpan - Exo M. Teringat malam sebelum exam account. Sepatutnya aku study tapi aku dah rasa lain macam so layan lagu tu.

"Your Peter Pan feels a little lonely leaving you
Come back to our Never Land 
The memories are still there 
Our smiles as we gazed at each other are still there


Harry Potter Glasses
click this small box to pause