Bubble Wrap

I'm definitely addicted with bubble wraps. Sounds kinda weird but I feel at ease every time I pop em bubbles.



Especially bila aku tertekan.



Bila tension, main bubble wrap, tension hilang sikit. I'm not sure whether it has been proven scientifically or not tapi aku rasa bila aku main bubble wrap aku dapat kurangkan tekanan lewls.

Mak aku cakap aku tak ada kerja. Hmm. Susah nak bangkang sebab technically memang betul aku tak ada kerja.



Start belajar bulan September nanti meaning aku ada lagi lebih kurang tiga bulan untuk mereput dekat rumah. Selama tempoh aku mereput tu memang aku tak apply mana-mana kerja. Aku nak habiskan masa berehat sambil main bubble wrap BECAUSE I FREAKIN DESERVE THIS! \emo kejap.

Belajar ni memang benda yang memenatkan.



Tapi antara kerja dengan belajar, aku tak pasti mana satu lagi penat. Stress gila masa final harituh.



Dahlah banyak buat salah dalam paper economy. Math pulak jangan cerita ah. Merapu-rapu. Business pun tak kurang jugak merapu dia. Account aku tak pasti. Tak nak sure sangat.

Urgh whatever. What pass is pass. Now adalah waktu cuti.

Actually sepanjang cuti nih kawan-kawan ada jugak yang ajak keluar. Classmates ajak keluar lepak KL (sebab dorang masing-masing duduk dekat KL and dekat dengan areal KL). Tapi aku tak boleh ikut. And then roommate ajak lepak sebab dia ada dekat Selangor area Ampang. But in the end dia sendiri yang cancel (lewls). Tak apalah. Lagipun dia duduk Terengganu. Tak lama pun duduk Selangor. Dia ajak keluar hari Jumaat. Tapi cancel sebab dia kata dia kena balik awal.

Bercerita pasal hari Jumaat, ayah aku dah book Segamat Rel untuk buka puasa Jumaat ni. Dah lama tak makan situ. Tapi sebenarnya aku lagi nak pergi @Grill sebab tengah craving daging grill. (Banyak sangat tengok scene makan-makan daging dalam drama korea. Tak menahan aku dibuatnya. Dahlah daging dia nampak juicy gila. Kena simbah dengan black pepper mesti sedap.)

Terliur aku dibuatnya. Heh.



Anyways, raya dah nak dekat. Tapi baju raya belum beli lagi. Dengar cerita H&M ada sale. Nak shopping dekat H&M untuk raya for a change memandangkan baju-baju VOIR makin lama dah tak menarik hati. Nampak gayanya H&M is my new bae.


2 comments:

silalah komen :)

Design by | SweetElectric