SPM Tales and Future Talk

Risau pulak hati nih bila fikirkan document yang dah dua hari tak print tu. Beberapa hari yang lepas pihak Yayasan Tenaga Nasional ada cakap yang aku dah di-shortlisted untuk dua program yang aku ada apply.

Memang aku bersyukurlah dapat. Tapi aku tak tahulah. Aku rasa ini bukan final decision dorang sebab waktu aku terima offer tu, dorang ada sekalikan document yang aku kena fill in. Dia ada kasi notis sekali dekat situ. Dia kata kalau document nih tak dihantar dalam masa 11 hari selepas tawaran nih, dia takkan terima.

Aku agak takut jugaklah.

Sebab macam aku cakap tadi, dah hari kedua sejak aku dapat e-mail tu tapi masih belum print.

Maksudnya tinggal 9 hari lagi. Tapi memandangkan sekarang dah lebih pukul 12.00 malam, kalau nak dikira balik, tinggal 8 hari je.

Aku tengok dalam borang yang dia hantar, macam-macam jugak document yang aku kena kepilkan sekali. Jadi takut pulak. Sebab aku dah mintak ayah aku print kan (sebab rumah tak ada printer) tapi dia asyik busy lately. Meeting and then kena jenguk site ke apa benda entah and then meeting lagi. Aku tak ada lesen so nak pergi kedai print yang terdekat pun tak boleh. Tapi kalau nak diikutkan, nak cakap kedai tuh dekat pun tak jugak. Sebab kalau jalan kaki memang boleh tahan jauhnya. Kena lepas dalam empat simpang haaa kau. Bukannya macam kedai runcit depan rumah.

Apa-apa pun, aku harap lepas hantar borang tuh dorang pertimbangkan everything and finally accept me. Sebab just because dia kata aku dah di-shortlisted kan, tak semestinya benda tuh final. I hope by this Sunday semua dah settle. Aku tak nak fikir lagi pasal borang tuh. Hati aku tak keruan dan susah tidur malam.

Entahlah sebenarnya awal-awal tadi, entri yang aku buat nih nak cerita pasal benda lain.



Kisah document tak siap print nih sekadar cerita sampingan je. Tapi lama-lama banyak pulak aku elaborate.

Bila dah bukak cerita pasal soal masa depan nih, aku tak boleh berhenti. Ya. Macam-macam benda yang aku risaukan bila cerita pasal masa depan nih. Lagi-lagi bila aku sedar yang aku bukan budak sekolah lagi. Dulu time sekolah bolehlah delay-delay pasal topik masa depan nih kan? Tapi bila dah sampai masanya aku dah habis sekolah, benda nih benda yang memang kena fikir. Kawan aku cakap jangan fikir lambat-lambat.

Tapi percaya atau tidak, dari awal tahun SPM harituh aku dah planning siap-siap. Apa aku nak jadi and how am I gonna get there. Sebelum nih aku ada mention yang aku nak master dalam field marketing. So memang aku dah research habislah pasal bidang nih, tips dan sebagainya.

Aku siap tulis plan aku nih atas kertas mahjong untuk presentation kelas bahasa inggeris. (Tapi last-lastnya tak jadi sebab aku tak datang pada hari presentation tuh dan aku terpaksa tukar topik sebab partner in crime aku dah bentang topik nih. Tsk tsk).

Sekarang nih aku just nak sambung belajar somewhere. Mana-mana local university. Memandangkan result SPM aku bukan straight A mahupun straight A+, memang peluang dapat scholarship untuk pergi luar negara tuh tak ada. Masa mula-mula tuh aku memang sedih gila lah. Aku memang dah target Physics dengan Bio aku at least, AT LEAST, A-. Tapi last2 jatuh ke B+ kedua-duanya sekali.

Chemistry tuh lain ceritalah aku memang tahu aku tak ada harapan untuk dapat at least A- pun. But seriously aku memang frust gilalah sebab trial SPM both Physics dengan Bio dapat A-. Aku tak pernah fikir pun yang aku akan jatuh ke B+. Dalam kepala aku cuma ada A- je. Tapi apakan daya.

Time dapat result tuh aku tak sedih. Dia mula start rasa lain macam bila nak mohon scholarship. Rata-rata scholarship yang untuk ke luar negara nakkan pelajar straight As. Paling best sekali, dahlah nak straight As, lepastuh ada lagi syarat tambahan. Dia nak yang straight As nih ada at least four A+.

Aku straight As pun tak, inikan pulak four A+. Lagipun A+ aku ada dua je haaa. Itu pun generally result aku bukannya straight As pun. So memang sah-sah tak layak.

Dekat situ aku mula rasa lain. Satu perasaan yang sangat tak menyenangkan. Memang sedihlah. Aku nak sangat belajar luar negara. Negara eropah to be more specific. Nakkan pengalaman tuh.

Paling tak boleh blah, hari dapat result SPM tuh hari jadi aku. Memang hari jadi yang paling hambar sekali setakat nih.

Masa balik rumah tuh parents macam dah lain macam je. Mula-mula tuh aku cool lah. Tapi macam biasa, sebagai seorang manusia yang jarang nak ada emosi, aku memang tak sedih sangat. Effect dia datang lambat sikit. Dalam empat hari lepas dapat result SPM, baru aku rasa lain macam (sebab masa tuh baru lepas survey detail scholarship). Aku fikir aku boleh control cool sampai bila-bila. Tapi akhirnya goyah jugak. Lagi-lagi lepas dengar lagu Melanie Martinez - Pity Party. Walaupun ada certain phrases yang tak kena dengan situasi aku, tapi kebanyakan liriknya aku dapat relate. Lagipun waktu birthday aku tuh memang tak sambut pun. Sampai sekarang tak sambut. But then again, tahun lepas pun tak sambut. Last sambut masa form 4. Aku tak datang sekolah dan kakak aku buatkan aku no-bake cheese cake dekat rumah. Lepas tuh aku makan kek tuh sambil layan video baru 2NE1. (Time tuh 2NE1 baru buat comeback.)

Kadang-kadang aku tertanya-tanya apalah yang akan jadi dekat aku 10 tahun akan datang nih. Adakah aku dah capai apa yang aku nak? Kalau belum, how close am I towards my dream? Aku gembira ke tak time tuh.

Aku dikelilingi orang yang buat aku gembira ke tak. Adakah aku masih seperti aku yang sekarang dari segi gaya. Atau aku dah mula jadi hijabista nanti? (ahahahahha) Aku dah mula start pakai make-up tebal-tebal ke. Skin aku masih berjerawat ke. Kereta apa aku pakai nanti. Ke aku masih tak ada lesen ? (Please please please janganlah tak ada lesen lagi)

Kalau time-travelling satu benda yang real, aku nak jugak try time-travel pergi masa depan. Nak tengok apa yang jadi dekat diri aku yang akan datang tuh. Tapi kadang-kadang kan, katakanlah memang time-travelling nih benda yang real, aku rasa, barangkali aku pikir masak-masak dan akhirnya tak pergi. Tak pergi ke masa depan. Yelah katakanlah masa depan aku tuh disappointing. Aku tak seperti apa yang aku harapkan. Masih tak ada lesen. Masih tak boleh berdikari. Entah-entah masih tak bekerja pun sebenarnya. Scary bila fikirkan.

Aku rasa kan, lebih baiklah tak payah nak travel ke masa depan. Kalau kehidupan aku 10 tahun akan datang tuh gempak, barangkali akan buat diri aku yang sekarang leka. Kalau kehidupan aku tuh pulak menyedihkan, mesti diri aku yang sekarang rasa down dan tak bermotivasi. Yelah. Usaha keras-keras tapi result-nya menghampakan. In the end, lagi selamat tak payah tahu apa-apa. Hanya focus on the present moment. Fokus pada apa yang aku nak sekarang. Bukan pada masa akan datang. Perbaiki kekurangan aku sekarang. Bukan kekurangan aku pada masa akan datang.

Apa-apa pun, future talk aside, aku harap aku dapat mulakan kehidupan baru lepas sambung belajar nanti. Ramai yang cakap kehidupan dekat college dan university nih tak seperti apa yang dorang harapkan.

Means letih, sangat busy dan sebagainya. Aku harap dalam aku letih-letih buat assignment tuh semua, adalah jugak manisnya life sebagai student nih. Tak akanlah sepanjang masa teruk sangat kan? Aku tengok kakak aku macam enjoy je life. Memang dia cakap penat tapi dia nampak sangat seronok. Lagipun kakak aku nih seorang yang boleh dikatakan happy-go-lucky dan sangat positive. Dia selalu ceritakan pengalaman dia dekat aku bila balik rumah.

Dia buatkan aku sangat tak sabar nak masuk university.

p/s: Tengah layan video pasal college survival guide. Aku memang perlukan tips-tips nih semua sebelum memulakan kehidupan sebagai student kahkahkah!


2 comments:

  1. Hi ! :) First, congrats sbab nama di-shortlisted kan utk scholarship YTN ^^ Sy ada minta tp rasa2 mcm nama tak di-shortlistkan kot haha dah lah tu jer scholarship yg sy minta sbab scholarship lain x lepas requirement dia :) Second, yup, memang betul, mula2 time ambik result sy pun tak rasa apa2 tapi after a few days terkena lah juga tempias sikit sbab semua scholarship tak lepas requirement minimum dia haha ( sbab sy lngsung tk dpt A utk 3 sbjek sc tu ) :D Third, yup, kalau fikirkan tntg masa dpan, dlm 10 tahun lagi memang rasa mcm , " Aku ni jadi apa nanti eh ? Kalau tersilap langkah habis semuanya. " Sebab tu dah masuk 4 kali dah sy update choices UPU haha xD Fifth, kan ? Tengok org bljr luar negara memang best. Bleh tmbh pengalaman hidup di negara orang. And yeah, selagi kita boleh sambung belajar dulu maybe, just maybe ada lagi peluang untuk kita fly overseas- kalau kita guna chances yg kita ada tu sebaik-sebaiknya ( I pray for your dream to be achieved ) :)

    Macam panjang pula comment haha sbab I could actually relate to your situation right now sebab kita sendiri tak tahu apa yg sebenarnya yg terbaik utk kita so yeah just focus on the present moment and follow the flow :) Nanti adalah satu hari nanti tu kita kata, " Oh. I was born to do this. " Haha xD Salam perkenalan and terima kasih <3

    ReplyDelete
  2. Hello :D Saya cuma blogwalking dekat sini tapi tak jumpa shoutbox nak tinggalkan tapak kaki. So alih-2 terbaca entri awak hehe XD Saya ingat seminggu ke dua minggu lepas saya dapat result saya, saya confess dekat mak saya "Mama, saya bersyukur sebab tak dapat result yang membanggakan," dan mak saya tanya "Kenapa?" dan saya balas, "Sebab nanti saya lalai. Saya leka. Saya dah fikir saya dah cukup bagus dan mula berbangga. Saya takut saya jadi macam tu."

    Saya pun ada keinginan nak pergi luar negara tapi mak saya halang. Katanya saya tak bersedia. Sebab dia tak dapat terima kenyataan saya dah mencapai usia yang dikatakan boleh menjaga diri sendiri (sebenarnya kadang2 terfikir apa yang mak saya cakap tu ada betulnya) but nevertheless saya tetap nak buktikan yang saya mampu hidup berdikari. Saya dah plan siap-2, siap buat peta minda (macam awk nak kena present tu), lepas sambung belajar dalam negara sendiri, baru plan pergi oversea, maybe waktu nak ambik degree nanti, maybe waktu nak ambik master nanti. Jadi sekarang saya cuba tanamkan semangat nak mencari ilmu tu supaya saya tak menyesal atau putus asa satu hari nanti. Keputusan SPM saya sekarang ni antara pembakar semangat saya.

    Oh, btw, hello fellow potterhead! XD

    ReplyDelete

silalah komen :)

Shawn Mendes