If You're Nothing Without It

They say if you're nothing without it, then you shouldn't have it.



Okay. Honestly, it wasn't a "they". More like a question of "who". The person who said that was Iron Man. (I got that from Spiderman Homecoming.)

Actually sebelum nih aku pernah jumpa benda yang lebih kurang macam tuh. Tapi itu Captain America punya quote. Then again, aku pun tak sure itu memang betul something yang dia cakap or just caption yang dicipta oleh fans dekat Tumblr.



It goes a little something like, kalau benda tuh kita boleh pakai (he was referring to his mask), means we should be able to take it off.

When I read the quote, my interpretation was deeper than the literal meaning. Actually, if you really think about it, quote tuh boleh jadi umum.

Ceritanya semalam aku baru je tengok balik The Mask (1994). Lol memang throwback gila lah. Bertahun tak tengok tiba-tiba tengok pulak. Kalau tak disebabkan movie recommendation dekat YouTube, memang aku tak terfikir pun nak tengok cerita nih.

Nak dijadikan cerita, mamat nih loser habis. Long story short, dia jumpa topeng muka kaler hijau dekat dalam tasik (?). Topeng tuh magic. Bila dia pakai topeng tuh, dia berubah karakter.



Dia jadi orang yang sangat berkeyakinan. Dia kata bila dia pakai topeng tu dia rasa dia boleh buat apa-apa je. So kiranya macam dia lebih suka diri dia bila pakai topeng daripada diri dia yang sebenarnya iaitu seorang loser.

Mula-mula orang tak tahu pun mamat topeng hijau tuh dia. Tapi lama-lama ketahuan jugaklah kahkah.

Itu yang buatkan aku teringat dekat apa yang Tony Stark cakap. If you're nothing without it, you shouldn't even have it.

Ada betulnya jugak.



I mean, dalam Spiderman pun si Peter Parker nih kan stok-stok loser jugak.



Bila dia pakai suit yang Tony Stark tuh kasi dia nampak hebat. Actually dia memang hebat lepas dah kena gigit dengan labah-labah but dia rasa dia lagi awesome bila dah lengkap dengan suit tuh semua.

Mengingatkan aku dekat Hannah Montana. Kan sebenarnya Hannah Montana nih persona yang dicipta oleh Miley Stewart. Tapi lama-lama macam dia lebih suka jadi Hannah daripada jadi diri dia sendiri.



Kalau dalam series, ada satu episode je dia sentuh bab nih. Tapi dalam Hannah Montana The Movie, benda ni lah yang dijadikan konflik untuk menggerakkan cerita.



Dalam movie, Miley dah tak boleh balance antara life as Miley Stewart iaitu seorang pelajar sekolah yang biasa-biasa je, dengan life dia sebagai Hannah Montana, a famous singer.

Persamaan antara Hannah Montana, The Mask dengan Spiderman, dorang ni semuanya adalah persona yang tuan punya badan create.

Miley create Hannah sebab dia nak jadi penyanyi but at the same time tak reveal identiti dia yang sebenar. Stanley Ipkiss pulak jadi The Mask sebab obviously dia nak jadi gempak. Peter Parker jadi Spiderman sebab nak selamatkan dunia.

They create these personas sebagai medium untuk jadi something yang dorang tak boleh jadi dalam kehidupan normal dorang.

Everything is okay and all until these personas start to take over their lives. I mean their real actual lives.

Entahlah bagi aku lama-lama apa yang dorang buat nih boleh menyebabkan kecelaruan identiti jugak sebab kalau makin lama kita makin suka dekat persona kita yang lain, macam mana pulak dengan identiti sebenar kita? Are we gonna start abandoning that? Pursuing our dreams is a good thing but isn't being true to ourselves equally important?

Aku pulak yang pening kepala memikirkan ahahhahaha!

Moral of the story, kalau nak jadi apa-apa, tak payah nak create identiti lain. Jadi jelah diri sendiri. Senang hidup lol.

p/s: Lagi dua bulan sebelum buku Harry Potter baru akan di-release.



Buku yang 20th anniversary edition tuh pun tak beli lagi. Actually harituh memang nak beli tapi firasat aku kuat mengatakan yang aku patut beli buku lain. So aku pun belilah buku lain kahkah!


Shawn Mendes