Kalau Aku Kaya

Waddupp people. Lama sungguh wa tak update blog ni brohohohoho. Maklumlah, akhir2 ni, aku addict betul dengan YouTube. Eh pembetulan, bukan YouTube. Tetapi video yang ada dalam YouTube tu.

Aku addict dengan YG WIN.



Tapi kalau nak cakap addict pun, macam tak kena je sebab bukannya addict pun sebenarnya. Just demam. Ya. Demam YG WIN =______=

Okeylah malas plak aku nak cerita pasal YG WIN ni. Kang frust menonggeng kang sebab syahdu sangat bercerita.

Baiklah. Lets proceed to the topic shall we ?



Kalau aku kaya, aku nak beli monyet banyak-banyak dekat zoo. Then burung flamingo, tapir, panda, then kumpulkan semuanya dekat rumah aku jadi binatang peliharaan wkwkwkwkw. Amboih imaginasi aku katakooo.

Tak adalah. Saja aku buat lawak hambar dekat situ.

Sebenarnya kaya ni pun dah bawak banyak makna. Yalah nak jadi orang kaya tapi kaya dengan apa ? Kaya dengan duit ? Kaya dengan budi bahasa ? Kaya dengan baju, kasut, make-up ? Kaya dengan handphone samsung?

Walaupun kaya ni macam-macam jenis kaya, tapi yang aku tengah cerita sekarang ni adalah kaya dengan idea. Kiranya orang yang kreatif lah.

Aku nak jadi orang yang macam tu. Aku nak otak aku ni selalu fikirkan benda-benda baru yang menarik. Contohnya, sekarang ni aku tengah buat satu fanfic nih. Action fic. Aku nak idea aku menarik dan lain daripada yang lain. Itu yang dah dekat sebulan masih tak update2 ceritanya.

Idea tu memanglah ada tapi aku nak yang terbaik. Walaupun fanfic nih aku buat sekadar untuk suka-suka, tapi aku tetap nak yang terbaik. Sekurang-kurangnya boleh buat aku puas hati.



Bukan setakat ada idea nak update fanfic je, tapi ada idea nak update blog pun sama. Aku salute betul dekat orang yang banyak gila idea nak update blog sampai sehari je 10 POST ! Mak aiihhh. Aku ni maximum sebulan pun 4 post je tau.



Aku banyak idea sebenarnya. Tapi tak nak update selalu. Bukan apa, bila aku asyik update je, nanti mulalah nak addict2 apa semua sampai benda lain pun tak boleh buat. Cukuplah aku addict a.k.a demam dengan battle show nama YG WIN nih. Itupun dah cukup untuk jadikan aku seorang yang pemalas hahahaha.

But then again, aku memang pemalas pun XD

Tapi bukan maksud aku kalau asyik blogging atau asyik update cerita ni buatkan kita jadi orang pemalas.



Buatkan kita jadi rajin sebenarnya. Rajin update dan berkarya di samping mempunya pemikiran yang kreatif.

Tapi aku macam biasalah. Kalau dah syok sangat blogging, update blog, update Facebook, update itu ini, bila orang asyik suruh aku buat kerja, mulalah aku rasa malas nak buat dan asyik tangguh2kan semua benda. Last2 satu apa pun tak jalan.

So dalam erti kata lain, aku kena berpada2 kalau ber-social network nih. Nanti kalau addict susah. Aku tak tahulah orang lain. Kalau aku, macam tu lah. Sedih cerita aku ni sebenarnya. *ce nangis sikit



Lagi pun aku banyak benda nak buat. Cuti macam nih macam biasalah. Banyak tugas yang mak aku suruh buat. Kang syok sangat blogging, kerja yang mak aku suruh buat semua aku lupa.

So conclusionnya, kalau aku kaya, aku nak kaya dengan idea dan kalau boleh nak update blog sampai 100 entri sehari hahahaha


22 comments:

  1. bila ada idea je, cepat2 log in blog sebelum idea tu terkubur.. haha~ lets visit o.O blog
    http://refl-lurvee.blogspot.com/2013/12/pelangi-selepas-hujan.html

    ReplyDelete
  2. memang tak boleh addict sangat ni dgn media sosial tapi kalau dah terjebak pandai2 ler bagi masa..hmmm, kalau aku kaya, nak pegi melancong :D.. klu x kaya dgn harta skrg biarlah kta kaya dgn budi bahasa kan :)

    ReplyDelete
  3. Gambar GD dan TOP diedit. Hahaha..
    Sejak dah habis sekolah ni, saya memang dah ketagih dengan blog ni. XD
    Btw, awak ditag
    http://madihahdaisy.blogspot.com/2013/12/giveaway-giga-join-win-by-wanie-putri.html

    and jom join GA ini?
    http://madihahdaisy.blogspot.com/2013/12/super-duper-awesome-giveaway-by-hannan.html

    ReplyDelete
  4. bagus cita-cita tu dear. hihi..
    hm.. licha kalau kaya nak beli cottage. then duduk situ diam2.

    ReplyDelete
  5. Thanks for the comments ! And Nur Madihah, thanks invite join GA. Awak ni mmg rajin join GA ya ? ^^

    ReplyDelete
  6. Nie Mesti Peminat kpop :)

    http://shafiqhashim.blogspot.com/2013/12/tutorial-pop-up-facebook-fanpage.html

    ReplyDelete
  7. singgah malam..kalau aku kaya..mcm2 nak buatkan...kadang2 mmg pening nak buat entri ni..taip2 terus dapat ideakan...was here amy zana..

    ReplyDelete
  8. ada fanfic sndri?wahh hebat nye..akk nie lagi la ,takde makne nye nak buat sebab tak kreatif and takde idea hehe

    ReplyDelete
  9. hari2 makan serikaya pun tak kaya2 jugak..:)

    ReplyDelete
  10. Shafiq Hashim : Ya saya -w-

    anajingga : terima kasih singgah *Bows*

    ezyra daniel : saya ada idea tp kadang2 tu tak tertulis :/

    Kamsiah : hehehehe ^^

    ReplyDelete
  11. kalau kaya harta, susah gak hidup.. haha.. eh?

    ein gile kat Siwon Super Junior.. erkkkkk

    ReplyDelete
  12. kalau zana update 100 entri sari pun akk baca 4 entri je...hhaaa...
    kalau kaya jgn lupa bersyukur...walaupun kaya idea je

    ReplyDelete
  13. kalo jadi kaya tolong bayar sekali bil air ngan letrik eh..hehe

    ReplyDelete
  14. huhu kalau idea mencurah2 boleh je 100 entry sehari pun..tapi mlngnya sy nak taip se-entry sehari pun xmpu..blank..huhu

    ReplyDelete
  15. E'in : hahaha ttibe confess ya XD

    msredcheesecake : Insyaallah. Tapi memang saya takkan update 100 entri. Takkan pernah !

    Nick Nashram : no no no no no no bayar sendiri XD

    Mime MF : Saya taip suka2 je. Setakat ni tak pernah blank. Tapi tak mampu nak update 100 sehari :S

    ReplyDelete
  16. bila kaya , macam2 nak buat kan ?
    hahaha

    ReplyDelete
  17. Kalau saya nak kaya dengan masa..hehhee geram asik xcukup masa je...pandai awak buat animation pic tu

    ReplyDelete
  18. wah baru tahu amy peminat tegar korea.. hehe

    p/s: dusun taman warisan tu kt precint 16.. dlm tu ada cafe2, boleh singgah makan.

    ReplyDelete
  19. Salam.

    Amy.. bulan 10 thn lps amy singgah blog lana, this is ur comment, "Saya baru singgah blog Lana nih selepas berhenti blog selama 6 bulan, tup tup Lana pulak yang dah kurang aktif blogging =________="

    Dan baru skrg lana reply,hahaha,lambatnya T__T So, skrg takmau update kah? Lama tinggal nih,hoho

    ReplyDelete
  20. Elvy: Tahu takpe ^^

    Bitt: Ohh tu semua bukan saya yg buat. Amek dr tumblr ^^

    Amanina Mads: Obvious sangat ke. Nanti saya pandai2lah cover supaya org tak tahu saya minat kpop :PP

    Azian : Terima kasih singgah ^^

    Tintan Lana: Lol baru perasan TL drop comment. Baru online ni hah. Rasa macam nak aktifkan balik blog ni

    ReplyDelete

silalah komen :)

Shawn Mendes