Motivasi

Kadang-kadang aku tertanya kenapa eh ada masanya bila orang nak memotivasikan orang, dia kebanyakan masa kena menjatuhkan orang lain?

Bukanlah sepanjang masa aku jumpa orang macam nih tapi boleh dikatakan kebanyakan masa macam yang aku cakap tadi.



Contohnyalah, orang nih dia keputusan SPM dia tak gempak, lepas tu kawan dia yang dah lepas SPM nih pun cakaplah dengan dia "Alah relax lah... SPM je pun..."



Entahlah. Bagi aku tak ada salah pun cakap macam tuh asalkan bukan dekat public atau dekat social network.



Bukannya apa. Dalam dia menaikkan semangat orang lain, ada orang lain yang akan rasa jatuh semangat. Yelah. Kalau budak straight As tuh baca "Spm je pun" tuh mesti ada yang akan rasa agak sedih sebab macam orang perkecilkan kejayaan dia.

Samalah macam time aku PMR dulu. Orang asyik kata "Alah PMR je pun bukannya boleh bawak pergi kubur bla bla bla". Aku dalam diam terasa hati jugaklah. Yelah sebab aku dah usaha sepenuh jiwa raga untuk dapat keputusan cemerlang, lepas tuh orang boleh senang2 je cakap "PMR je pun".



Sama jugak kesnya dengan nak memotivasikan orang yang terlebih berat badan. "Alah tak payahlah stress-stress pasal badan besar. Badan kurus pun bukannya lawa. Macam jerangkung."



Kenapa kena macam tu ya ? Dalam nak memotivasikan orang yang berbadan besar, orang berbadan kurus pulak yang terkena tempiasnya.



Mengingatkan aku dekat lagu Meghan Trainor - All About That Bass. Orang kata lagu tuh dia memberi motivasi pada orang sebab suruh kita sayang dan appreciate dengan badan kita. Tapi masalahnya dalam lagu tuh kalau orang perasan dia ada kritik orang yang badan kurus in order untuk buatkan orang yang badan besar rasa bermotivasi barangkali ?

Kalau tak paham maksud aku tadi, sila klik >>link ini<< .

Kalau tak paham lagi... aku tak tahulah kahkah. Everyone is entitled to their own opinion and yeah. These are my opinions.

In the end, antara ayat yang paling selamat untuk motivasikan orang adalah seperti "Alah takpelah its not the end of the world" "Rezeki kau bukan dekat SPM" "Nevermind. Cuba lagi."

Kalau rasa tak ada benda yang lagi baik nak cakap tanpa menjatuhkan orang lain lebih baik takyah cakap apa-apa.


3 comments:

  1. Betul jugak tu amy..baru perasan :)

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan pendapat Amy yang last tu...adalah lebih baik berdiam diri kalau tiada apa2 perkataan yang baik nak diucapkan...

    ReplyDelete
  3. Maybe dia nak sedapkan hati orang tu agak nya. Tapi kan? Yela betul jugak tak boleh cakap macam tu, macam menjatuhkan semangat orang tu. Betul ayat last, diam diri lebih baek. :)

    ReplyDelete

silalah komen :)

Shawn Mendes