Novel Melayu

Jujur cakap aku tak minat sangat novel melayu. Sebab.. entahlah. Novel yang aku maksudkan tuh bukan novel-novel yang aku selalu baca zaman kanak-kanak pra matang dulu macam novel-novel karya Ain Maisarah yang siri "Aku Mahu" tuh ke atau novel Dear Yayah ke.



Actually aku tak minat sangat pun novel Dear Yayah nih. Aku baca sikit je aku rasa. Itu pun aku tak ingat apa jadi.



Entah-entah aku sebenarnya tak baca tak ? Kahkahkah.

Apa-apa pun, kalau you alls batch 90s yang book worm aku rasa korang akan tahu pasal novel nih.
Agak gempak jugak siri Dear Yayah nih dulu. Tapi, ya, macam aku cakap tadi, aku tak ingat sangat apa yang jadi.



Anyways, zaman Dear Yayah dah lama berlalu. Aku tak tahu budak sekarang baca ke tak lagi cerita tuh.

On the other hand, based on my observation, novel Ain Maisarah masih meletup lagi di kalangan pre-teens so boleh dikatakan novel-novel dia tak pernah ditelan zaman dan akan sentiasa relevan.

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal novel pre-teens. Aku nak cerita pasal novel young adults or adults yang ada dekat Malaysia nih. Dan genre yang aku nak tekankan dekat sini ialah romance.

Aku rasa local romance novels sekarang makin mengarut. To be more specific, local romance novels yang diadaptasi ke drama. Novel-novel romance yang dapat publisiti lebih kebanyakan jalan cerita hampir sama, tajuk mengarut dan gaya bahasa dia pun mengarut. [No offense writers but please be offended.]

Ada je novel-novel romance yang tak typical (contohnya macam Uda dan Dara) yang diadaptasi jadi drama tapi tak se-famous drama adaptasi novel lain yang entah apa-apa.

Macam yang aku cakap tadi, aku tak minat sangat novel Melayu. Dan aku memang sangat picky lah when it comes to novels in general. One local writer yang aku sangat minat ialah Ramlee Awang Murshid. Serious. Dia sangat best gila. The way he describes every event in his novel is just superb.

Aku dah biasa baca novel-novel Ramlee Awang Murshid so bila aku cuba untuk baca certain novel-novel yang drama adaptasi nih aku rasa lain macam bila baca gaya bahasa author nih. Sebab... urm... hahaha. Bunyinya macam budak-budak sangat.

I really appreciate good literature so bila aku baca snippet novel Tundukkan Playboy Itu aku rasa macam, kenapa gaya bahasa dia macam ni? Macam mana novel ni boleh femes? I mean. Memanglah. I know. This is not William Shakespeare. It's just a novel and not a book solely for literature education but aku rasa bila story line dah cikai, at least dari segi gaya bahasa dia boleh buat lebih rasanya.

I don't know maybe its her first novel. Heh. Nevermind.

Once again, like I said before, aku dah biasa baca karya-karya Ramlee Awang Murshid, bila aku try baca novel melayu yang lain especially novel melayu yang diadaptasi ke drama aku rasa uncomfortable gila dengan susunan ayat dia.

Tapi aku percaya bukan semua novel melayu macam nih. Walaupun aku tak minat novel melayu, mustahil tak ada satu pun novel melayu dekat luar sana yang tak bagus. I mean, novel Ramlee bagus apa. Kalau bukan Ramlee pun, mustahil tak ada yang okay. Tapi yelah. Bila dah asyik novel yang lebih kurang sama je yang diadaptasi ke drama, orang jadi bosan. Lepas tuh automatic orang akan anggap semua novel melayu tuh sama.

Lagipun drama adaptasi novel nih kebanyakannya media amek yang terbitan Alaf 21. Tak tahu kenapa.

Anyways, kalau agak-agak dah bosan dengan novel yang diadaptasi ke drama yang makin lama makin typical, anda dipersilakan untuk baca novel Ramlee Awang Murshid - Bagaikan Puteri kah kah kah.

Aku emosi betul bila baca cerita nih. Sebab ending dia memang macam sampah. Okay. Kasar bunyinya. Bukan sampah maksud aku cerita nih teruk. Sampah in the sense that it sucked every happy feeling inside of me. Memang sampah. Semua novel best yang ending dia buat aku emosi semuanya SAMPAH. #nangis

Hopefully in the future, novel melayu in general ada improvement dari segi kualiti. I'm actually looking forward to see one of fixi novels diadaptasi ke layar perak atau drama sebab novel-novel terbitan fixi nih, walaupun gaya bahasa dia kadang-kadang entah apa-apa dan cikai, tapi topik-topik yang dia sentuh sangat deep dan rare. Contohnya macam novel Kelabu. Dia cerita pasal love life pengkid tak silap dan berdasarkan review-review yang aku baca untuk cerita nih, ada yang kata novel dia heavy. Ada yang kata novel nih ada ulas isu sensitif tapi disampaikan dengan cara berhemah.

Furthermore, buku fixi nih bukan ada bahasa melayu je. Buku yang bahasa inggeris pun ada. One of them is KL Noir. Agak top jugaklah buku nih sebab dulu banyak kali aku masuk MPH balik2 buku ni jelah yang ada dalam senarai best-selling books. Unfortunately aku tak pernah beli. Just belek-belek je dulu. Topik-topik yang dia sentuh memang sangat heavy so aku tak sure whether aku nak terus purchase atau nak tunggu sampai aku bersedia (kahkahkah dramatic sungguh).

Apa-apa pun, aku still number one fan Ramlee Awang Murshid dengan J.K. Rowling kekeke.


2 comments:

  1. Dear Yayah is one of my fav novel during my elementary life. I SHIP JIHAN AND HAZMAN SO MUCH T.T AND I'VE THE COLLECTION TILL THE 5TH BOOK (yang kat Eau Claire and still waiting for the 6th T.T) <3

    And I am so agreed with you. Mostly watak hero je mesti kaya, ada company sendiri, anak Tan Sri or orang kenamaan and heroin tu just an ordinary person :/ Tapi teringin pulak nak baca satu buku di mana watak heroin kaya and hero tu biasa-biasa je. LOL mungkin ada la tapi masih belum jumpa lagi.

    Gaya penulisan la yang persoalannya. Dah macam biasa and penggunaan bahasa tu macam perbualan harian dengan orang. Like a very informal err how should I say this. Harap awak dapat faham apa yang saya cuba sampaikan T.T

    Last but not least, I really love your writings and the way you express your opinion. Keep updating! <3 *thumbs up*



    ReplyDelete
  2. It's not only me yang rasa sebegini. ahahahha. buku fixi skrg makin popular ek. tak pernah beli dan tak pernah bacapun. lepas ni ingat nak try fixi, dah lama tak merasa baca novel melayu yang best-best. sebab sekarang ni, novel melayu balik-balik cerita nya sama. ahahah

    ReplyDelete

silalah komen :)

Harry Potter Glasses
click this small box to pause