Matrikulasi Perakaunan

[Updated on July 2021]

Dulu waktu-waktu macam nih aku masih lagi dok meng-google macam-macam pasal matrik especially pasal aliran perakaunan.

Serabut jugaklah kepala nih memikirkan.



Mainly because aku daripada aliran sains dan aku betul-betul tekad gila nak tukar ke akaun. Alasan? Of courselah sebab aku tak minat sains.

Aku dok google macam-macam pun sebab aku nak rasa secure. Nak rasa selamat bila dah tukar jurusan tuh. Nak prepare segala apa yang patut dari segi mental dan fizikal.

Sebelum Tukar Jurusan dari Sains ke Akaun




Waktu nih bagi aku boleh diklasifikasikan sebagai dugaan fasa satu. Dugaan sebab apa? Dugaan sebab time nih lah aku mula persoalkan apa yang aku buat nih betul ke tak.

Bagi orang yang tukar aliran nih korang prepare lah dari segi mental ya. Persetankan apa yang orang lain cakap.


Selepas Tukar Jurusan dari Sains ke Akaun



Yang ini aku classify kan sebagai dugaan fasa dua.

Mula-mula masa tukar jurusan tuh memang semangatlah nak belajar benda baru. And then baru beberapa hari berlalu aku dah mula rasa bebanannya.

Aku dahlah slow learner and masa first week tuh baru aku faham kenapa sesetengah orang tak boleh catch up dengan life matriculation. Pembelajaran sangat laju. Seminggu boleh habis dalam 3 bab sekaligus. And kalau tak silap aku, asasi pun macam nih jugak. Yelah. Matrik dengan asasi nih kan fast track ke degree.



Kalau dah namanya fast track, memanglah semua benda macam bullet train sebab nak habiskan syllabus dalam setahun.

Aku tak rasa menyesal pun tukar course despite the culture shock matric life had gave me (kahkahkah!). Sebab bayangkan kalau aku tak tukar course, aku rasa I'm gonna do worse sebab tak minat apa yang aku belajar.



Tapi seriously speaking memang peritlah pengalaman belajar akaun as a beginner. Sebab aku tak ada basic. Dalam kuliah memang terkial-kial gila and panic attack every now and then especially bila lecturer tiba-tiba buat pop kuiz atau tiba-tiba attack student "Hah awak! Apa jawapan bagi sekian sekian sekian" "dan sekian sekian sekian".

Betapa stress nya aku duduk dalam dewan kuliah. In the end paling aku suka tetap kelas tutorial. Dekat sinilah aku boleh tunjukkan kebodohan aku sebagai pelajar tak ada basic (kahkahkah!). Pening lecturer yang ajar aku tuh.



Tapi memang sayang gilalah aku dekat dia. Dalam banyak-banyak lecturer, bagi aku dia paling penyabar sekali. Dia ajar aku step by step. Dari A sampai Z. And dia layankan je soalan merapu aku walaupun budak-budak lain dah gelak-gelak sebab maybe soalan aku di luar kotak sangat dan tak tercapai akal normal seorang manusia.


Subjek Aliran Perakaunan




Subject utama aliran perakaunan ialah, akaun, ekonomi, matematik dan perniagaan.

Akaun - kalau tak ada basic tuh kena pandai-pandai cari masa untuk belajar sendiri especially kalau jenis lambat catch up (like me, because matric life waits for no one. #menangissendu).

Ekonomi - ini kena banyak faham konsep dan buat analisis graf.

Matematik - subjek nih memang dah sedia maklum susah so kena buat banyak latihan lah ya.

Pengurusan Perniagaan - subjek yang sangat menarik tapi kalau dapat lecturer yang mempunyai bakat untuk tidurkan orang barangkali akan hilang tarikannya di situ. Business nih sebenarnya macam Sejarah (untuk sem satu lahh). Kalau semester dua business banyak kira-kira so mata aku lagi celik huhu.

Kalau nak diikutkan ranking yang aku buat untuk diri sendiri, bagi aku subjek yang paling susah nak faham ialah akaun (sebab aku slow learner). Tapi akaun adalah yang paling senang nak skor.



Subjek yang paling senang nak faham pulak ialah business. Tapi berdasarkan result keseluruhan semester satu (aliran perakaunan) yang matrik aku dapat, business paling susah nak skor. Killer section untuk business nih sebenarnya bahagian esei. So kena usaha lebih untuk esei.

Carry Mark 

Setiap subjek ada assignment so yeah. Tabahkan hati. Kuatkan iman.

Carry mark adalah 30%. Dulu, carry mark atau nama lainnya markah untuk penilaian berterusan adalah 20% tapi dah jadi 30% sekarang.

That's why kena buat betul-betul sebab kalau dapat full mark tuh, memang sangat membantu untuk mencantikkan lagi pointer.



Buku

Kalau pasal buku-buku latihan yang akan digunakan, actually beli dekat matriks je. Beli dekat lecturer. Kalau buku rujukan bolehlah beli dekat luar tapi tak sama sangat dengan syllabus matrik. 

Akaun untuk first sem boleh beli buku rujukan luar tapi kalau untuk second sem aku tak pernah jumpa buku rujukan luar. Math, business dengan eko pun sama. Buku rujukan memang ada dekat luar tapi tak sama sangat. Pada kebiasaannya memang kitorang rujuk nota kuliah. 

Jangan risau. Nampak macam tak cukup bahan kan untuk belajar? Tapi percayalah. Nota kuliah yang korang akan dapat nanti time matrik akan lebih daripada cukup. Sebab apa? Sebab dekat matrik ni pensyarah memang akan drill students dengan banyak gila latihan sampai tiada ruang untuk bernafas. 

Bukan auta malah fakta. 

Language

Business dengan Ekonomi guna Bahasa Melayu. Account dengan Math guna Bahasa Inggeris. 

Add Math

Math yang dibelajar dekat matrik adalah math add math. Bukan modern math. Masa zaman sekolah memang add math lah killer subject tapi bila masuk matrik, bagi aku killer subject adalah ekonomi *sigh*. Masa sekolah memang rasa susah gila nak mati add math tapi bila masuk matrik dia jadi senang.



Tak adalah senang sangat macam ABC. Adalah bahagian-bahagiannya yang susah tapi tak sesusah add math zaman sekolah.

Pada pendapat aku, dia jadi lebih senang sebab kita belajar benda tuh buat kali kedua. Dia buatkan add math zaman sekolah nampak sangat remeh dan buatkan aku rasa macam "eh apahal benda macam nih aku tak boleh faham dulu?" 

Tapi kalau untuk kos perakaunan, math punya silibus bukan semua cedok dari spm add math. Sem dua silibus lebih fokus ke arah economic math dengan business math.

Matrik atau Asasi

Dua-dua okay je. Dua-dua fast track.



Paling penting kena pandai catch up. Dulu aku dapat asasi tapi aku tolak. Bukan sebab asasi tak bagus ke apa. Aku tolak sebab kewangan sebenarnya sebab tempat asasi yang aku dapat tu mahal gila. 

Bagi aku soalan 'Matrik atau Asasi?' nih terlalu general. Tak boleh nilai mana satu yang lagi okay sebab semuanya kena ikut orang. Kalau ada peluang untuk cuba matrik dulu, cubalah dulu.



Kadang-kadang kan offer ada yang lambat dapat. Offer matrik yang dapat dulu. So try jelah. Kalau tak ngam, bolehlah blah awal-awal (kahkahkah!). (Jangan risau. Ramai yang buat macam nih dekat matrik dulu. Budak kuliah aku pun ada. Kira macam trial and error lah.)

Ada orang tak boleh ngam dengan life matrik (sebab matrik nih macam boarding school tapi peringkat lepasan sekolah menengah) in which dari segi pakaian ada dress code and then kalau nak keluar jalan pun ada peraturan, ada curfew etc.

Ada orang pulak jenis tak kisah dengan lifestyle matrik. Dia boleh ikut je.



And then ada pulak orang yang pilih matrik atas dasar kewangan. Matrik dapat elaun setiap bulan. Maybe family dia susah so thats why dia pilih matrik.

Macam tu lah..

Bagi aku faktor-faktor gitu pun amek kira jugak. Macam sesetengah orang dia anggap diploma amek masa lama sangat and dia tak nak guna banyak duit so dia pilih matrik dengan asasi. Ada orang pulak, maybe kewangan bukan masalah. Tapi dia jenis lambat catch up so dia pilih diploma sebab biar lambat asal selamat.

Thats why aku cakap benda nih semua ikut orang sebenarnya. Tak boleh nak generalize. Kalau aku nak generalize pun, aku akan cakap yang matrik dengan asasi laju, diploma lambat. Tu je.

Apa-apa pun buat keputusan ikut hati sendiri. Terima pendapat orang lain pada masa yang sama ambil berat pasal kehendak sendiri. Sebab yang akan mereput dekat tempat belajar tuh bukan orang lain.

Hala Tuju Selepas Matrik

Dapat je result final exam, tunggu result UPU. Sama je macam dapat keputusan SPM, and then kena tunggu result UPU. Tengok dapat tak universiti yang di apply etc.



For now aku tengah tunggu result final harituh. Lepasan diploma dengan matrik semua sama je. Kena tunggu result final and then tunggu result UPU.

Kalau result gempak, bolehlah mohon scholarship.



Kalau rezeki lebih, boleh fly ke mana-mana. Apa-apa pun, semua mesti based on result final lah. I

Kalau kos perakaunan, masa mohon UPU tu, bolehlah apply bidang-bidang lain selain perakaunan. Option tak limited to accountancy je. Asalkan bukan apply sains sebab kalau matrik dari kos perakaunan memang takkan dapat sambung degree ke sains. Aku rasa memang tak pernah dibuat orang. Siapa yang nekad amek akaun zaman matrik memang takkan terpikir pun nak apply jurusan sains.



Contohnya aku (kahkahkah)...

Degree Yang Boleh Di Apply Bagi Lepasan Matrik Perakaunan

Banyak. Sangat banyak. Antaranya ialah: 

                    Account (of course!)
                    Business (Marketing, International Business, etc)
                    Banking
                    Economy
                    Finance (Islamic Finance, Investment Analysis, etc)
                    Language 
                    Law 
                    Pendidikan 
                    Quantity Survey 

Ini baru sikit tau. Nak ikutkan lagi banyak sebenarnya. Dia macam ni, asalkan degree tu bukan yg heavy on science or science related macam engineering or medic, semua okay je. Semua onz.

Tak Ada Basic Tapi Nak Tukar ke Aliran Perakaunan

Kalau dah rasa tak boleh bawak sains dan nak tukar ke aliran perakaunan, dipersilakan. Jangan paksa diri terima benda yang kau tak boleh bawak.

Satulah aku nak cakap. Struggle untuk benda yang kau minat nih dengan struggle benda yang kau tak suka memang lain rasa dia.



Kisah apa tak ada basic? Nanti dah belajar, pandai-pandailah polish skill. Lecturer ada. Kawan-kawan ada. Kata Michael Jackson "You are not alone..." (lol).

Aku zaman baru tukar aliran tu memang struggle. Sebab aku bukan fast-learner jujur aku cakap. Aku tak boleh terima a huge chunk of information sekaligus. Kena cut them into small pieces dan hadam satu-satu.

Tapi bukan semua orang macam aku.

Dalam kelas aku ada lima orang yang tak ada basic termasuk aku dan aku sorang je yang slow. So I think it goes without saying that accountancy is actually a lot easier to digest compred to science sebab kalau tak mesti dorang semua pun terkedek-kedek gak (kekeke).

Account masalah dia bukan kira-kira sebenarnya. Nombor-nombor yang dia kasi tak adalah gempak. Dia banyak understanding of concept dan hafal penyata. Contohnya macam topik pelarasan, dia nak test sama ada kita paham tak duit tu keluar atau duit tu sebenarnya masuk. Gitu..

Tips Dapat A Subjek Akaun



Subjek akaun tak susah nak dapat A macam yang aku cakap sebelum nih. Dia susah nak faham je. Tips nak dapat A untuk akaun sama je dengan tips nak dapat A untuk subjek yang lain. Buat banyak latihan. Rajin jumpa pensyarah. Tanya kawan-kawan. Buat review sebelum study. You know. Benda-benda basic macam tu. Nothing new. Cuma bergantung pada diri sendiri je lah sama ada semangat kuat ke tak nak amalkan benda-benda basic nih setiap hari.

Anyways, I think that's it. Kesimpulannya, life dekat matrik memang ada ups and downs mostly dari segi mental. But then again, that's pretty much how life works.

Aku anggap matrik nih tempat aku untuk prepare for whats really out there. But generally, my life at matric was okay. Friends were nice. Some lecturers really helped me a lot. Paling penting sekali tak ada assembly setiap hari macam sekolah kahkahkah!


354 comments:

  1. lol yeay for no more assembly! Hahahahahahahah goodluck by the way, whenever you would be placed later :D

    ReplyDelete
  2. faten.banana: Thank you so much ! Harap2nya dapatlah result yg menarik sikit and dapat masuk U pilihan pertama ^o^

    ReplyDelete
  3. Betulke lepasan matriks akau boleh ambik law ... Civil law waktu degree

    ReplyDelete
  4. Hai kak, so kalau nak ambil degree law, maksudnya nanti lepasan matriks perakaunan ni takde basic law la kan? So ada masalah tak nanti time nak further ke degree law nanti? Sebab macam students asasi law nanti, rasanya takde masalah lah sebab diaorang ada basic law.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haluu¬! A'ah kalau nak amek degree law kalau datang dari matrik memang takde basic lah. Tanya orang sekeliling, ada je yg dari matrik perakaunan and degree amek law. Masalah memang takde but kawan akak kata, kawan dia struggle lah jugak degree law sebab dia tak ada basic. But boleh je sambung law...

      Delete
  5. hai akak.. jurusan perakaunan ni degree boleh sambung ape je? selain kewangan , business and akauntan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua boleh kecuali subjek2 sains macam engineering and medic :))

      Delete
    2. kalau ambik sains komputer boleh x?

      Delete
    3. kalau nak ambik sn komputrr boleh x?

      Delete
    4. kalau nak ambik sn komputrr boleh x?

      Delete
    5. Means dari akaun nak ke sains komputer ke? So far yg saya tau tak boleh.

      Delete
  6. akak, dkt matriks ni byk tak presentation? tq

    ReplyDelete
  7. hai akk, nk tnye dkt matriks ni byk tak presentation? and dlm skls tu brape org? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. This one depends on the matriculation and lecturer itself. Macam akak, dalam kelas tutorial memang banyak presentation but only for subjek ekonomi. As for presentation dalam kuliah pulak, matrik akak presentation dalam kuliah hanya sekali satu semester je. So sebenarnya tak banyak pun kalau nak dibandingkan dengan peringkat universiti :D

      Delete
  8. macam mana nak fly after dapat result matrics. sbb certain scholarship dia mintak letter of admission. overseas unis recognize matrics malaysia ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada uni luar yg iktiraf sijil matrik tapi kene betul2 carik. thats why kalau nak mintak uni luar, lagi senang apply through agent macam mabecs (mabecs cover untuk universiti dekat uk).. biar dorang yang handle kan hal2 uni mana yang terima matrics punya qualification..kita tinggal carik scholarship je

      Delete
  9. Haii akakk..sya nk tnya ni..takpa ka kalau kita ambil spm sains tulen tak ambil akaun n mohon matrik bidang sains but nnti kalau dapat matrik nak tukar ambil akaun..boleh ke kalau takda basic akaun langsung������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bleh... Masuk daftar sains cam biasa sampai nanti ada borang pertukaran aliran baru tukar... Sains tukar akaun boleh tapi akaun tukar sains xbleh

      Delete
  10. Haii kakk..sya nk tnya ni..boleh ke kalau dlm spm kita ambil sains tulen dan mohon matrik pon sains tulen but nanti kalau dapat saya nak tukar ke jurusan akaun??Boleh ka kalau langsung takdak basoc akaun😊😊😊

    ReplyDelete
  11. excited la baca blog akak!!! saya pun nervous sangat ni sebab saya apply matriks course account and saya pun budak aliran sains huhuhu T_T saya pun slow-learner akak!!!!!!!!!!! huhuhuhu akak boleh tak share apa2 link notes ke apa ke yang saya boleh ready dulu kat rumah? hihu thanks akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Tahniah dapat matriks! ^^ Kalau link notes tuh mintak maaflah tapi akak takdek.. sebab nota semua dapat dekat matriks je. Nota matrik mmg susah nak dapat online. And then nota untuk ekonomi matrik kitorang pulak confidential.. Takleh share

      Delete
  12. Assalamualaikum kak amy.Betul ker semua subjek dalam matrik akaun belajar dalam bahasa melayu kecuali maths

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman akak dulu ya maths je. tapi sekarang maths dgn account yg belajar dalam bahasa inggeris

      Delete
  13. Kak, selain daripada 4 subjek tu subjek apa lagi yang ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain dr 4 subjek tuh ada KD (kemahiran dinamika), english dgn koko.. tp tuh subjek2 yang tak effect cgpa heheh

      Delete
  14. hai , elaun bulanan dpt berapa ye? hihi sbb sy org susah

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum akk. nak tanya msa akk matrik akk sempat belajar kos sains? kalau sempat saya nak tanya akk blajr physic chemistry semua tu macam spm dulu ke?maksud saya mcm buat exp, masuk lab belajar hukum physic yang memeningkan tu ? tp more deeper lah eh bezanya matric dgn spm dulu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Sempat. Tapi mereputlah gak sebab tak minat lols. And yes. Belajar mcm spm dulu. Tapi adalah sikit bab2 yang extra yg tak belajar dkt sekolah. Experiment still ada. Still kene buat lab report etc

      Delete
  16. hi kak. kalau nak sambung degree architecture lepas amik matriks akaun boleh kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang itu macam tak boleh je... sebab architecture ada architectural science... so masih kena amek sains dari matrik... sebab kalau dr akaun mmg takleh sambung degree ke course yg ada science related subjects. Nak pastikan betul2 better google or tanya orang yg amek degree seni bina

      Delete
  17. Wah!! Semangatnya saya nak ke matrik and saya bakal student matrik n9 . Saya pon macam sis takde basic akaun and i really hate science espeacially chemistry... i hope i can accomplish my dream tu ba accountant yg success. Thank you sis for the info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haluuuu ! Saya pun student matrik N9 XD AHAHAHAH! SAMALAH! DULU PUN CHEMISTRY JUGAKLAH YG PALING RENDAH RESULT X'DDD and welcome¬!

      Delete
    2. Saya punya subject scinece alhamdulillah 1B 2C+ . But , saya mmg dah taknak amek sains bcs of byk words yg weird and long to memorize...T^T

      Delete
    3. Nih mesti sebab tak minat kan? Sebab nak menghafal nih serius kene ada minat. Kalau tak memang ke laut XD Nasib baik akak mmg minat business so bila belajar tuh walaupun lecturer bosan, tapi bila baca sendiri dia jadik semangat pulak XD

      Delete
    4. Assalamualaikum Sis, saya nak tanya kalau subjek math aliran akaun boleh amik apa untuk degree?

      Delete
    5. Boleh amek semua kecuali course yg ada subjek sains sebab math aliran akaun dengan math aliran sains lain topik2 dia

      Delete
  18. Hai kak, Tq so much. Actually I pelajar lepasan SPM 2017 n i got metrik n also asasi. So, im wondering nak kemana sebenarnya. Banyak research yg I buat sblm masuk metrik n asasi. Tp lepas baca apa yg akak tulis tu, I felt macam yes..you r true. Life matriculation ni mmg ada ups and down. N bila u said tht metric is the place to prepare for whats really out there. I rasa bersyukur sngt. I harap I boleh bawa diri di metric n berjaya dlm hidup even kena hadap life yg mencabar. Tq again sis.

    ReplyDelete
  19. hai, kak. nak tanya, matriks perakuanan ni ada byk guna komputer tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak banyak. Mostly guna untuk subjek english dgn business. Tapi itupun sekali je setiap sem..

      Delete
  20. ada tak student yang free hair? or is it wajib bertudung?

    ReplyDelete
  21. hai kak, kalau saya dari matrik bidang akaun nak sambung degree untuk Quantity Surveyor boleh tak? saya memang nak try QS,tapi sebabkan matrik sampai dulu, takkan saya nak reject. Takut pula tunggu punya tunggu tak dapat surat tawaran QS, then matrik pun terlepas.

    ReplyDelete
  22. Kak susah tak subjek akaun dlm english

    ReplyDelete
  23. Kak susah tak subjek akaun dlm english

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak. Dia lagi senang kalau nak diikutkan

      Delete
  24. Kalau ambik matrik acc. Bileh ke sambung ACCA lepas matrik? Ke CAT je yng boleh ambik ACCA?

    ReplyDelete
  25. assalam kak :) nak tanya betul ke lepasan matriks acc susah nak sambung degree pilihan sendiri even dpt pointer 3.5 and above ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jugak. Dia takdek kene mengena dengan matrik sebenarnya. Dia ada kene mengena dgn pointer. Kalau nak dpt uni pilihan pertama make sure pointer kena 4flat. Akak 3.96 pun tak dapat first choice. Dia jadik macam tuh sebab kita bukan bersaing dengan budak matrik acc je utk masuk course pilihan. Contohnya ada je orang yg dari science, tp masuk uni dia pilih account. Thats why susah nak dpt first choice. Kiranya kita bersaing sekali dgn budak2 yg bukan account

      Delete
  26. Hai kak. Nak tanya, elaun tu mmg semua students dpt or yg tertentu je?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman akak semua student dpt elaun. Tapi zaman sekarang nih kalau tak silap yg tertentu je dpt sebab kerajaan kekurangan duit

      Delete
  27. Asslm kak amy zana.. Nk tnye klau mula² dh konfem nk msuk matrik n dh dftr online dh pon.. Tp ble dh dpt yg upu n nk g upu plak.. Yuran tu blh claim balik x? Sbb dftr online tu dh tempah bilik skli dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tuh akak tak tau sebab tak pernah tanya pulak student2 yg keluar matrik lepas dpt upu mcm mne urusan kewangan semua

      Delete
  28. Asslm kak.. Mula² dh konfem nk msuk matrik n dh dftr online pon.. Tp ble dpt yg upu n rse nk g upu plk.. Duit yuran yg dh byr tu blh claim balik x?

    ReplyDelete
  29. Salam kak , saya nak tanya berapa pointer yg saya perlukan utk sambung ke degree in accounting ?? Sbab ada anak kawan ibu saya dpt 3.4 pointer tapi tak dpt sambung degree in accounts . Mohon balas huhu minggu depan dah nak gerak ke KMNS . Harap2 sume berjalan dgn lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Mintak maaf balas lambat. Pendapat akak, better awak dapatkan 4flat. Sebab nak apply jurusan account nih dorang memang sangat utamakan budak2 yg 4flat. Akak dapat 3.96 harituh pun tak dpt sambung accounting. Akak dapat business. Tapi nasib baiklah business pun akak minat gak so no hal lah. Good luck ya hidup di KMNS! Akak pun KMNS dulu heheheh

      Delete
    2. Senang ke nak dapat 4 falar😁

      Delete
    3. Tak pasti nak jawab macam mana. Usaha kuat, study smart etc insyaallah akan mudah nak dapat 4flat. Kalau dari akak punya pengalaman, nak dapat 4flat dekat matrik lebih senang daripada dekat uni. Uni lagi susah. So better skor lah betul2 dekat matrik tuh

      Delete
  30. Assalamualaikum,, saya nk tanya di ipta/ipts mana ada tawarkan course sebagai dermatologi? Kalau nk smbung dermatologi selepas matriks boleh tak?

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum,, saya nk tanya di ipta/ipts mana ada tawarkan course sebagai dermatologi? Kalau nk smbung dermatologi selepas matriks boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak tahulah pulak pasal tuh. Tapi yg pastinya kalau nak sambung ke dermatologi boleh dari matrik tapi awak takleh amek course account dekat matrik kene amek science sbb dermatologi tuh under jurusan sains

      Delete
  32. Akak. How akak lnsung xde basic. So akak blajar mcm mne?

    ReplyDelete
  33. I mean akak belajar tu ikut google ke lmn web pape ke. Kalau ada boleh x nk link. Plisss 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak rujuk google or mne2 laman web. Akak belajar mmg rujuk nota kuliah semata2. And then buat latihan yg lecturer bagi. Latihan yg lecturer bagi tuh dah memadai dah sebenarnya. Setiap kali lecturer bagi kertas latihan akak tak buang. Jawapan bagi kertas latihan tuh pulak akak salin elok2. Akak simpan pastuh nak dekat exam nanti akak buat balik latihan based on kertas2 tuh semua. Yang senangnya sebab akak dah simpan jawapan siap2 so no hal :D

      Delete
  34. Kalau student PDT nak tukar ke perakaunan boleh tak kak?

    ReplyDelete
  35. Kalau student PDT nak tukar ke perakaunan boleh tak kak?

    ReplyDelete
  36. Student PDT boleh tukar ke perakaunan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mintak maaf ya balas lambat. Yang tuh saya tak tau

      Delete
  37. Akak amik masa bape lama nk tukar ke acc...sbb sy mohon nk tukar ke acc tapi tk lepas..pastu sy buat rayuan.dia kata kena tunggu sebulan..sempat ke nk kejar nanti..btw addmath akak bape

    ReplyDelete
  38. Akak amik masa bape lama nk tukar ke acc...sbb sy mohon nk tukar ke acc tapi tk lepas..pastu sy buat rayuan.dia kata kena tunggu sebulan..sempat ke nk kejar nanti..btw addmath akak bape

    ReplyDelete
  39. Salam akak..akak amik masa bape lama nk tukar..sbb sy mohon tukar ke acc pastu tk dpt..sy rayu..hep kata result dia sebulan...akak rasa sempat tak nk kejar bljr semua tu..doakan sy lepas sbb sy mmg takleh dgn sains ni..dh tk minat lgsg..😭

    ReplyDelete
  40. Eh knp lama sgt? Dulu akak amek masa dalam 2 minggu je. Kalau awak tak buat apa2 dalam masa sebulan tuh mmg tak sempat. So nasihat akak lah, betul2 nak account, dalam masa sebulan tuh mintak nota drpd budak2 akaun.

    1) Fotostat nota dorang, and mintak dorang belikan buku tutorial sekali. Awak bagi dorang duit suruh dorang belikan dekat lecturer dorang.

    2) Mintak dorang ajar (make sure budak yg ada basic yg ajar awak)

    Zaman akak dulu, masa sem 1, dalam sebulan tuh cuma belajar 3 bab je sebab bab 3 tuh heavy sikit. Banyak penyata. Penyata tuh semua pun awak hafal siap2 tau. Jangan teruskan dgn bende yg awak tak minat.

    ReplyDelete
  41. Hai akak sy nk mnta pndpt akak patut ke sy smbung ambil cost acc atau sains. Klas sy ni mcm klas acc tpi kitorang ada ambil bio kimia dgn addmath . Sy mnat bhgian medic tpi kimia x mnat sngat . Akaun tu bolehla . Sy bnggung nnti lpas spm apa cost yg patut sy ambil sbb akak kata klau matrik ambil cost akaun nnti kat u tk boleh ambil bhgian medic

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sekolah akak pun ada kelas yg mcm tuh. Tuh namanya science accounting tuh. So kiranya awak minat medic lah? Kalau camtuh masuk matrik nanti proceed je dengan aliran science. Semua aliran science dekat matrik ada chemistry.

      Delete
  42. sedihnya kehidupan aku ni kak ;( nak dekat pspm sem 1 bru tau budak sains boleh tukar pegi akaun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weyh sedihnyaaaaaaaa takpelah takdek rezeki. Nanti naik degree mohonlah account

      Delete
  43. thanks for your story. saya pun tahun ni spm and amik sains tulen but nak amik jurusan akaun sbb saya suka bab kira². i inspired.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully awak dapat apply jurusan akaun in the future ^^ and terima kasih kerana singgah blog saya ^0^ ¬!

      Delete
  44. hye, saya skrg tgh diploma acc and ada terfikir utk sambung degree law. memandangkan saya pon ada belajar commercial law so boleh ke nanti i apply degree law even law yg i ambil tu bukan core subject

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak silap saya boleh je sebab kawan saya punya member ada yg mcm tuh. Bukan dari diploma but dari matrik perakaunan and bila degree dia amek law. Kiranya dia langsung takdek basic law masa degree.

      Delete
  45. matriks acc mostly kat mana ye ? sbb setahu sy , matriks just for science student . or matriks acc yg terbaik . or maybe u can barely suggest me where to go after spm bcs i take accounting at sm teknik . dan sy nak sambung account till the end . what do u think sis ?? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most matrics memang ada jurusan perakaunan. Kalau pasal matrik mne yg paling okay in terms of jurusan perakaunan tuh sye pun tak tau sebab memang tak ada official ranking hehehe. Kalau nak sambung account, bagi sayalah, macam better masuk matrik. Sebab dekat matrik memang dorang akan guide step by step. Lecturer memang sangat amek berat pasal student so awak tak akan rasa macam ketinggalan sangat

      Delete
  46. matriks acc mostly kat mana ye ? sbb setahu sy , matriks just for science students . or matriks acc yg terbaik . or maybe akak can suggest me where to go after spm bcs i take accounting at sm teknik . dan sy nak sambung account till the end . what do u think sis ?? :)

    ReplyDelete
  47. Rase semangat pulak lps mohon akaun walaupun spm amik sains...so x de basic kne push skit👍

    ReplyDelete
  48. Akak kalau spm sains tulen boleh ke apply asasi akaun ,

    ReplyDelete
  49. Hai kak amy, saya thun ni f5 dn akan menduduki peperiksaan SPM.Saya ambik aliran akaun,termasuk addmath dn sains komputer sbg elektif.Saya plan nanti result keluar nk smbg matric.Tapi "klaulah" result akaun dn addmath x okey blh x msuk matric?pastu kalau blh msuk matric dh,then "kalaulah" result final exam pon x okey?nk bt mcm mna ����help me please kak amyyyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ^^ Bagi akak lah, asalkan bukan gagal, awak apply je matrik even result add math tak cantik sebab mne tau rezeki kan? Sekurang2nya awak cuba. Kalau result final exam matric awak tak okay, awak maybe tak akan dapat top choice course yang awak pilih dkt upu. Lagi2 kalau awak nak sambung degree account. Yang dari matric biasanya 4flat je yang lepas masuk course account nih. Degree account memang strict dik. Kena study betul2.

      Delete
  50. Skrg matric msh ad elaun tak kak amy?

    ReplyDelete
  51. Salam, kak. After matriks, boleh tak mohon degree sastera? like English degree.

    ReplyDelete
  52. mcm mana akk kuatkn semangat tukr aliran? how do u survives with addmath?

    ReplyDelete
  53. mcm mana akk kuatkn semangat tukr aliran? how do u survives with addmath?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya selalu fikir mcm nih je.. buat apa nak still fight for something yang saya tak minat. To me it's like a pointless internal battle. Sebab macam saya cakaplah, struggle dalam bidang yang kita minat dgn struggle dalam bidang yang kita tak suka nih lain rasa dia. Kalau yg pasal addmath tuh pulak, saya banyakkan buat latihan je. Tapi lagi satu, make sure carik kawan yang sentiasa willing untuk bantu so tak adalah rasa macam sorang2 je struggle ^^

      Delete
  54. hai akak saya ni lepasan spm2018,tgh tunggu result bulan 3 ni..huhuhu..saya masih pening nak amek kos apa,btw saya ni minat kira2,so sya anggap nk masok matriks amek kos perakaunan but still not sure because ragu ragu lagii takot tak dpt angkat subjek tu especially akaun dh dlm english, im so bad in english like seriously derr..so nk tnya akak if ada kos2 yg ngam sya yg melibatkan kira2 selain accoutancy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ^^ Kalau pasal akaun dalam english tuh awak tak payah risau sebab secara jujurnyalah belajar akaun dalam english lagi senang daripada bahasa melayu. Lagi mudah faham dan ayat2 dia pun lagi ringkas. Nanti bila masuk uni akaun dalam bahasa inggeris (kecuali UKM) so tak adalah rasa macam pelik sgt. Lagi memudahkan untuk adapt sebab guna bahasa yang sama dari matrik. Kos yg melibatkan kira2 selain account ialah course econonmy. Dalam course nih awak akan belajar subjek calculus and ada lagi subjek2 lain yg melibatkan kira2

      Delete
  55. Salam, dik ....
    Akak nk tanya....anak akak lepasan Matrukulasi jurusan sains module 1...
    Boleh tk kalau masa apply upu utk ijazah....nk ambil course accounting..mmg anak akak tk de basic accounts??

    ReplyDelete
  56. Salam, dik ....
    Akak nk tanya....anak akak lepasan Matrukulasi jurusan sains module 1...
    Boleh tk kalau masa apply upu utk ijazah....nk ambil course accounting..mmg anak akak tk de basic accounts??

    ReplyDelete
  57. akk...klau addmath D boleh dpt ke matriks akaun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang itu saya tak pasti. Sebab matrik nih biasanya ikut kuota. Dia akan dahulukan yg markah okay dulu. And then bila ada kekosongan baru dia amek yang selebihnya. Kalau dapat D saya memang tak berani nak jamin apa2

      Delete
    2. saya dapat D masih lagi dapat. ianya bergantung kpd keputusan keseluruhan spm

      Delete
  58. kalau addmath E buleh masuk tak kak?thankss

    ReplyDelete
  59. HAI. APA PENDAPAT AKAK KALAU SAYA AMBIK ALIRAN SAINS MASA MATRIK TAPI DEGREE NAK SAMBUNG AKAUN. SPM SAYA AMBIK PURE SCENCE PLUS AKAUN. ACTUALLY SAYA MEMANG NAK AMBIK MATRIK AKAUN BUT MY MOM ASK ME AMBIK SAINS DULU PASTU KALAUN TAK MINAT JUGAK BARU LA MOHON NAK TUKAR ALIRAN AKAUN. BOLEH KE MACAM TU? POSSIBILITY UTK DAPAT TUKAR TU TINGGI TAK? KALAU BOLEH TUKAR, AGAK2 SEMPAT TAK NAK CATCH UP SEMUA YANG ORANG LAIN BELAJAR? Excuse all the capital letter baru perasan ahahahaha -NAJWA-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay je bagi saya. Tukar akaun tuh maksudnya tukar dekat matrik ke? Dari sains ke akaun? Boleh tukar. Saya pun macam tu jugak. Possibility memang ada. Sempat nak catchup sebab awal2 tuh tak ada apa sangat

      Delete
  60. Assalamulaikum, subjek sains komputer takda ke kalau tukar aliran akaun . Sbb xsilap saya aliran sains ada sains komputer . N lepas matriks satu tahun kena mohon lgi ke upu macam saya dah mohon bru2 nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam. A'ah tak ada. Akaun tak ada sains kom. Aliran sains yg ada sains komputer tuh sains modul 3. Yup. Lepas setahun kene mohon semula dkt upu :)

      Delete
  61. Berapa lama stay di matrikulasi sains before decide to perakaunan?

    ReplyDelete
  62. Berapa lama stay di matrikulasi sains before decide to perakaunan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak cerita pasal decide tuh, sebelum masuk matrik lagi saya memang dah decide nak tukar akaun sebab matrik saya dapat sains. Kalau nak cerita dari segi duration, 2 minggu saya stay sains sebelum dapat tukar ke akaun..

      Delete
  63. hi kak.nak tyk waktu apply matriks dulu saya letak aliran sains but sy nak ambik akaun.
    but i got D for my chemistry.so,sy masih ada peluang ke nak masuk matriks?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peluang tuh memang ada sebab asalkan bukan add maths yg teruk. Cumanya barangkali tak secerah orang lain. Saya pun tak berani nak jamin dik. Mintak maaf ya

      Delete
  64. sis dulu after spm dapat matriks terus ka??berapa lama duduk kat matriks??b4 sis masuk matriks sis ada isi upu tak??selalunya bulan berapa masuk matriks??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu tak dapat matriks terus. Saya dapat asasi. Result matrik nih yg paling lambat dapat antara asasi, diploma etc. Duduk matrik setahun and before masuk matriks memang ada isi upu. Wajib isi upu. Kiranya upu apply. Matrik pun apply. Usually bulan 6 masuk matriks. Minggu pertama bulan 6 tapi memandang bulan 6 tahun nih raya so saya tak pasti untuk sesi kali nih macam mana

      Delete
  65. sis citer la lifestyle kat matriks mcm mana??peraturan kat sana ketat sgt ka??cuti mcm mana??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketatlah jugak kalau nak dibandingkan dengan uni. Saya pulak jenis yang tak suka kene control so bagi saya kalau dari aspek tuh saya memang struggle ahahahahha! Kalau cuti, setiap sem ada cuti mid sem seminggu. Bulan 8 dengan bulan 2. Cuti akhir sem pulak bulan 12 dengan bulan 5. Yang bulan 5 tu kiranya duration cuti dari awak habis matrik sampai masuk universiti.

      Delete
  66. sis citer la mcm mana lifestyle dekat matriks??peraturan dia ketat sgt ka??sis dulu b4 masuk matriks sis apply upu tak??bulan berapa sis masuk matriks??berapa lama belajar dekat matriks??

    ReplyDelete
  67. Assalamualaikum, akak kalau result SPM tak gempak means cuma 4A/5A tp dia sambung kat metrik 4 flat..Boleh ke further study kat luar negara

    ReplyDelete
  68. Hai kak.. mcm mana route after result final untk apply acca? Just curious sbb saya aliran sains agama tp nk amik akaun kat matrik sbb rasa mcm bnyk advantage dia.. tp tu la.. saya rasa saya bbrkeinginan pun because penggunaan otak saya lebih ke kiri 😂😂 so tu la.. nk tnya klau amik jurusan perakaunan then nk apply acca or acca-cat.. mcm mana tu?🤔🤔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Result final matrikulasi ke? Lepas dah dapat result final matrik, waktu isi upu tuh awak letak course account. Lepas degree account baru boleh sambung ACCA yang itu yang saya tau lah. Tapi apa2 pun time upu tuh WAJIB pilih course account

      Delete
  69. Hi akak. Just want to ask. Haritu sy apply matrik akaun. Then boleh Tak nnti dh masuk matrik, nk tukar kpd matrik sains plk? Hashtag I'm pure science student hehe. 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang itu saya tak pasti pulak dik. Sebab dari sains memang boleh sgt2 nak tukar ke akaun tapi kalau dari akaun susah sikit prosesnya.

      Delete
  70. Assalam kak..saya nak tanya..untuk matrik acc jurusan ape yg boleh diambil mse degree selain acc???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau course tuh memang banyak yang awak boleh apply. Tapi kalau nak listkan a few, economics, business, quantity survey, law etc.

      Delete
  71. Assalam kak..nak tanya kalau matrik acc..jurusan apa yg boleh diambil mse degree selain acc???

    ReplyDelete
  72. Sis..saya nak tanya..mne lagi better buat cat atau matrik akaun atau diploma akaun???????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bagi sayalah... sebab saya sebelum masuk matrik nih saya memang zero knowledge pasal akaun, masuk matrik dulu lagi better sebab dekat matrik lecturer memang akan guide awak step by step. Dorang sangat mengambil berat pasal students. And then lepas matrik akaun amek degree account dekat uni and then sambung ACCA. Kalau nak tgk infographic yg lebih jelas awak boleh rujuk link nih https://www.easyuni.my/en/malaysia-acca/

      Delete
  73. Hy kak . kalau addmath credit tapi kimia dapat D and then dapat matrik PDT . Boleh ke nak tukar acc nanti ? . Akak masa tukar tu memang zero basic acc or sebelum akak niat tukar akak dah study sikit2 untuk topup basic acc . Lepastu jadual bagi course acc ni padat tak ?

    ReplyDelete
  74. Hy kak . kalau addmath credit tapi kimia dapat D and then dapat matrik PDT . Boleh ke nak tukar acc nanti ? . Akak masa tukar tu memang zero basic acc or sebelum akak niat tukar akak dah study sikit2 untuk topup basic acc . Lepastu jadual bagi course acc ni padat tak ?

    ReplyDelete
  75. Hy kak . kalau addmath credit tapi kimia dapat D and then dapat matrik PDT . Boleh ke nak tukar acc nanti ? . Akak masa tukar tu memang zero basic acc or sebelum akak niat tukar akak dah study sikit2 untuk topup basic acc . Lepastu jadual bagi course acc ni padat tak ? Macam mana tips akak untuk orang yang zero acc untuk study dalam masa setahu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Maaf balas lambat. Tak silap saya boleh je nak tukar account. Maybe depends on policy matrik masing2. Masa akak tukar tuh memang zero basic account. Jadual bagi course account masih padat tapi tak sepadat budak science stream punya jadual. Tips akak ialah rajin tanya kawan and rajin jumpa pensyarah. Asal ada waktu free tuh pergi je jumpa dorang. Yang bagusnya dekat matrik nih lecturer tak particular sgt bab2 appointment. Boleh redah je bila2.

      Delete
  76. assalam kak... blh x kalau ambil matriks perakunan dan nnt mohon pendidikan untuk jadi guru.. banyk saingan tak? n pointer kena berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Saingan tuh memang kalau pergi mana2 memang banyak. Pointer dapatkanlah pointer yg paling bagus. In this case 4 flat lah

      Delete
  77. salam dik..tahu tak kolej matrik mana yg ada kursus perakaunan profesional? ank sy dpt matrik sains di kolej matrik perlis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam. Kebanyakan matrikulasi memang ada course account

      Delete
  78. Kak nak tanya ni, Maths kat Matrik susah ke? sebab katanya math untuk perakaunan dengan math sains ni lain skit. Kalau maths untuk perakaunan apa contoh syllabus dia ya? dan adakah maths perakaunan ni susah?

    ReplyDelete
  79. Kak,betul ke org kata maths untuk perakaunan dengan math untuk sains ni beza sikit?kalau maths untuk perakaunan ni syllabus dia mcm mana? n maths dia susah tak?

    ReplyDelete
  80. Kak,betul ke org kata maths untuk perakaunan dengan math untuk sains ni beza sikit?kalau maths untuk perakaunan ni syllabus dia mcm mana? n maths dia susah tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aáh maths akaun dgn math sains memang beza. Maths kalau gi mne2 memang susah

      Delete
  81. hai sis kalau dari matric acc nak sambung ke degree in history boleh tak

    ReplyDelete
  82. hai kak ,nk tanya ada tak course penilaian hartanah jika amik akaun kat matrik?

    ReplyDelete
  83. hai kak ,nk tanya ada tak course penilaian hartanah jika amik akaun kat matrik?

    ReplyDelete
  84. assalamualaikum kak, saya nk tanya :) saya dh dapat tawaran ke kmkn jurusan perakaunan dan msa spm saya ambik sains tulen , boleh tak kalau saya nak mohon pertukaran ke aliran sains? sebab sya takut takboleh nk catch up kalau ambik acc .

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam. Tak silap saya tak boleh. Biasanya dari sains nak ke akaun boleh. Dari akaun nak ke sains tak boleh. Sebab dulu saya ada classmate yang nak tukar dari akaun ke sains tapi tak dapat.

      Delete
  85. Assalam. Akak, exams acc dkat matrik ni totally soalan dri lect kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. For mid term, paper dari lecturer kat matrik yang awak belajar. For final, soalan semua standardize matrik satu malaysia :)))

      Delete
  86. hi akak nk tanya klau selepas blaja kt matrik acc nk sambung deg pendidikan kena dpt pointer brape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dik. Yang tuh akak tak tau pulak. Dapatkanlah yg terbaik yakni 4 flat heheheheh

      Delete
  87. Hi akak,saya hritu ada apply akaun,then saya dpt akaun,tpi saya rasa nak tukar sains . Boleh ke?saya kena urus tukar jurusan sebelum masuk matriks or lepas masuk nnti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi maaf balas lambat. Biasanya kalau dari akaun nak tukar ke sains nih memang susah sikit dik. Lepas dah masuk matrik baru boleh tukar jurusan...

      Delete
  88. salam kak, saya confuse sangat nak pilih matriks acc or diploma in mathematical sciencs....masalah saya satu je english saya teruk and saya takut nak sambung belajar..akak ade any advice untuk saya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w.salam. bagi akak, kalau english teruk tuh boleh improve. jadi, regardless of your english, awak pilihlah course yg awak betul2 suka dan betul2 minat. Kalau bab yg awak confuse nak matriks or diploma tu, itu akak tak boleh nak buat keputusan on ur behalf. Pilih mana satu yg awak betul2 nak. Hati awak lebih kepada diploma atau matrik. Selagi tak berkaitan dengan kewangan, jangan pikir sgt apa orang lain cakap :))

      Delete
  89. Hai kak, kalau kita dah confirm nak masuk matriks and dah bayar yuran semua but then tiba tiba rasa nak amik diploma. Boleh ke ? Yiran tu kita boleh claim ke kak ?

    ReplyDelete
  90. Kak, kalau kita dah confirm nak masuk matriks and dah bayar yuran semua but then suddenly kita nak amik diploma. Boleh ke ? Yutqn tu boleh claim tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haiii maaf balas lambat! Boleh tukar. Kiranya dah masuk matrik but then keluar and daftar diploma. Yuran tuh akak tak sure boleh claim ke tak. Maybe boleh try tanya dekat kaunter bhep matrik yg awak masuk tuh ya. Maaf sgt2

      Delete
  91. Assalam kak!
    Seronok saya baca blog akak pasal matriks ni. :)
    saya nak tanya, sekarang ni saya tengah tunggu result upu, and yea, betul kata akak, saya dapat keputusan matriks awal dari upu. Patutkah saya terima tawaran matriks lepastu tunggu upu, kalau dapat rezeki upu saya biaq pi je matriks tu? :D hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W.salam! By the time saya jawab nih mesti awak dah buat pilihan awak. Tapi takpe, in case orang lain nak jadikan nih sebagai reference saya jawab je walaupun lambat XD. Bagi saya, macam saya cakap dalam post nih, kalau tawaran matriks awak dapat dulu, terima je. Its like a backup just in case awak tak dapat mana2 upu. And if dah masuk matrik, awak dapat pulak tawaran upu, and course yang awak minat berbanding matrik, keluar je matrik (kalau tak ada masalah kewangan) and daftar upu ;))

      Delete
  92. Salam kak... Saya nak tnye.. Nk tukar akaun ke sains mmg xboleh ke... 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tak boleh tapi susah dik. Serious. Sebab classmate akak dulu ada yang nak tukar dari akaun ke sains. Tak dapat.

      Delete
  93. doakan saya kak
    saya mcm akak jugak dari pure sains kr acc
    ahad depan saye daftar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga awak lebih gembira dengan pilihan awak sekarang ^_^

      Delete
  94. doakan saya kak
    saya macam akak jugak dari pure sains kr acc
    ahad dpn saye daftar

    ReplyDelete
  95. Kak, akak ambil matriks setahun ke dua tahun? Thankuuuu answer mee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii ! Sorry reply lambat! Setahun je. Matriks akaun takdek dua tahun. Dua tahun tuh maksudnya repeat.

      Delete
  96. Alhamdulillah lepas baca ni xde rasa ragu ii sgt nk tukar course sains ke account kt matrik... Tq a lot...

    ReplyDelete
  97. langkah nakpertukaran tukaryang jurusan perlu ke jumpa kaunselor untuk maklum balas kaunselor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu saya tak jumpa kaunselor pun. Saya isi borang tukar and tunggu 2 minggu. Itu je.

      Delete
  98. Assalamualaikum...saya naknak tanya keputusan untuk tukar jurusan ni selalunya berapa lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 minggu sahaja. Yang saya punyalah. Kalau lebih daripada tu so far saya tak pernah dengar pulak

      Delete
  99. Replies
    1. Ayoo acano leh takdak ayaq tuh dik nonnn

      Delete
  100. assalamualaikum kak, boleh ke klau acc student nak ambik course sains kat matriks nnti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari akaun nak tukar ke sains susah. Sebab dulu saya ada classmate yang dia amek akaun, but then dia nak tukar balik ke sains. Proses dia sangat lama dan in the end dia stuck dalam jurusan akaun. Sebab matrik kalau dari jurusan akaun nak tukar ke sains tak boleh sebenarnya. So kalau saya nak cakap jujur, saya memang tak berani jamin apa2.

      Delete
  101. Salam sis, saya nak tanya..saya student PDT and akan start mohon upu in January next year.. Saya nak tanya, ada ke peluang saya nak dpt permohonan ipta dlm course math and science if masa spm addmath saya E 😢 tp masuk matriks sepanjang sem mmg 4flat.. Masa spm dulu math saya A account saya A physics and chem saya credit..ada ke peluang sis nak sambung course math and science? Sebab saya tk repeat paper addmath

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii waalaikumussalam.. Insyaallah peluang tuh ada. Sebab bila nak daftar upu ni, memandangkan awak dari matrik, memang dia akan tengok result matrik sahaja unless dia state awal2 dalam requirement yang dia nak tgk sekali result SPM. Semoga awak dapat course yang awak nak ya ^^

      Delete
  102. nak tanya.. kalau masuk matrik akaun boleh ke jadi cikgu math/addmath walaupun langsung x ambik sains??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang itu sebenarnya saya tak pasti. Pada pendapat saya, kalau nak pursue untuk jadi cikgu addmath, better dari matrik amek aliran sains. Sebabnya aliran sains time akaun nih dia basic untuk masuk ke degree. Nak lebih info boleh rujuk yang lebih pakar ya... Harap jawapan saya membantu ^^

      Delete
    2. Sorry2. Maksud saya, *aliran sains time matrik nih basic untuk masuk degree

      Delete
  103. Kak, betul ke mula2 masuk matriks cuma bayar duit pendaftaran je? Atau ada kena apa2 bayaran lain sepanjang setahun belajar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dulu macam tuh. Bayaran semua settle sebelum masuk. Tapi itu zaman akak lah. Kalau sekarang tak pasti masih sama atau tak. Better contact dengan pihak matrik untuk info yg lebih jelas

      Delete
    2. Akak eko n business dlm bm atau bi?patu akk dulu mmg dh amik eko dgn business ke time spm?ke zero basic jgk

      Delete
  104. Assalam kak nk tnye eko dgn business dlm bi atau bm?lepastu exam pun dlm language yg same ke?patu hahaha sorry kak saya mmg nak tahu.dulu time spm akk ade ke amik eko dgn business? Atau akk mmg zero basic jgk dlm eko n business?sbb saya pure science time spm ingt nk tukar acc klau dpt matrik nnti.so saya mmg xde basic dlm acc,eko n business lngsung,tolong kak saya dah bertukar skrng😂

    ReplyDelete
  105. Assalammualaikum kak saya nak tanya,saya lepasan spm 2019,saya nak tanya akak based on akak punya pemerhatian, student matriks akaun me student matriks sains yang lagi berpeluang sambung degree kat overseas... Sebab saya minat finance dan saya takde halangan dengan sains, jadi boleh tak akak bagi cadangan jurusan mana patut saya ambik untuk bagi peluang saya sambung degree finance kat overseas lagi tinggu...
    Terima kasih akak✨

    ReplyDelete

silalah komen :)

Shawn Mendes