Failure

Orang kata kalau takut dengan kegagalan, kegagalan akan datang. Masalahnya sekarang even time aku tak takut dengan kegagalan pun kegagalan datang jugak. Aku ingat lagi dulu aku pernah gagal Add Math. (Sekali je kayy.) Then aku berusahalah sikit untuk mengubat luka.



Alhamdulillah waktu SPM dapatlah B+. (Lol acah macam A+).

But that's not the point.



Point is, what is it about failure that makes me people reject the idea so much and avoid it at all cost almost 100% of the time? Pada pendapat aku, failure is terrifying not because of failing itself. But the consequences that you have to face and endure afterwards. That's the sucky thing about failing.

The consequences.

Like, for instance, kau gagal dapat pointer yang gempak setiap sem, akibat dia ialah, kalau kau amek ptptn, kau kena bayar balik dan tak boleh ubah jadi scholarship sebab result tak mencapai. Akibat lain, maybe kalau parents yang jenis pushy, kau akan rasa stress dengar dorang bebel dan banding-bandingkan kau dengan anak orang lain. Then, mungkin jugak, kalau ada paper yang gagal, kau kena repeat paper meaning kena keluarkan duit lagi. Lepas tu kalau kawan-kawan kau semua berjaya grad on time with flying colours tinggalkan kau sorang-sorang mereput, maybe kau akan rasa rendah diri dan mengalami gangguan emosi.

Failing nih kalau tak ada akibat mesti semua orang hidup gembira je.



Contoh benda yang tak ada akibat dan impak yang mendalam adalah shopping barang-barang yang tak perlu.



Kalau kau beli, kau dapat teruskan hidup. Kalau kau tak beli, pun kau dapat teruskan hidup. Pendek kata, tak ada effect.

Unless benda yang kau nak beli tu adalah tangki oksigen. Then again, itu dah masuk kategori barang perlu bukan barang tak perlu so I guess that doesn't count.

Bak kata Yoda, "The greatest teacher, failure is."

Ramai kata kalau kita tak pernah rasa pahitnya kegagalan kita tak akan hargai manisnya kejayaan. Aku rasa bukannya sampai tak menghargai langsung. Instead bagi aku dia macam, kalau banyak jatuh dalam perjalanan, bila dah sampai puncak tu dia lebih istimewa. Something like that lah.

Tapi tu lah. Macam yang aku cakap tadi.



Failing itself is not the problem. The problem is akibat yang akan muncul selepas kau dah gagal.

Gagal itu. Gagal ini. Katanya kalau sekali gagal, bukannya gagal selama-lamanya.



Tapi malulah kan kalau gagal? Lagi-lagi bila ada sesetengah orang dah letak harapan tinggi dekat kau tapi in the end kau menghampakan dorang.

Macam Kylo Ren yang kononnya menghampakan Leia Organa dengan Han Solo dengan menjadi anak derhaka tapi sebenarnya dorang tak tahu di sebalik kejahatan Kylo Ren tuh orang awal yang fuel dia punya semangat sisi gelap tuh sebenarnya pak cik saudara dia sendiri iaitu Luke Skywalker. Sampai Han Solo tuh mati lah dia tak tahu yang adik ipar dia salah satu sebab anak dia boleh jadi jahat.

Hah ko. Sampai ke Star Wars perginya.

Tapi betul. The Last Jedi punya tema harituh banyak berkait dengan kegagalan. Segala-galanya GAGAL. Macam kena pulak tema cerita tu dengan mood aku sekarang.

Walaupun The Last Jedi banyak mix reviews daripada fans, tapi bagi aku cerita tuh tetap gempak (minus the oddly misplaced jokes lah). Waktu first month of release, sampai 5 kali aku tengok The Last Jedi. Memang gila!

Tengok banyak kali pun mostly sebab aku nak tengok ship aku iaitu Kylo Ren dengan Rey kahkah! Aku kalau bab-bab forbidden ship nih memang aku suka.



Dari zaman Harry Potter lagi aku suka ship perempuan baik dengan lelaki jahat.



*cough* Draco and Hermione *cough*.

Cliche bunyinya but I like the idea of the good girl slapping some sense into the bad guy dan menjadi penyebab bad guy nih jadi baik semula.

Adalah jugak yang kata Kylo Ren dengan Rey nih relationship dorang abusive (emotionally) so tak boleh ship lah apalah tapi bagi aku, aku tak kisah. Pertama, dorang nih fiction je. (C'mon doe why so serious. Bukannya dorang real pun.) Kedua, dalam movie harituh memanglah ada part-part yang mempunyai sensual undertones especially waktu force bond session dorang tapi dorang still tak declare yang dorang suka antara satu sama lain so tang mana yang abusive relationship nya kalau dorang tak ada apa-apa relationship kahkah!

Just aku harap untuk next Star Wars movie tolonglah Kylo Ren tuh jadi baik semula. Dia ni nak kata baik, dia bunuh ayah dia sendiri. Tapi nak cakap jahat, lepas dia bunuh Han Solo dia jadi makin emo dan tak stabil. Lagi pun dia bunuh bapak dia atas arahan orang lain. Haih... Kecelaruan yang mencelarukan.

Apa-apa pun, aku harap ship aku menjadi je ahahahah! Kalau tak menjadi memang sedihlah. Aku tak sangka dah dua tahun aku ship dorang. Sejak zaman lepas The Force Awakens.



*guna megaphone* ULANG SUARA AKU SUKA KENENG-KENENGKAN PEREMPUAN BAIK DENGAN LELAKI JAHAT.

Anyways, berbalik kepada topik asal.

Ada satu quote yang kata, you attract what you fear. So if your fear is failure, it will come to you eventually. Tapi macam yang aku cerita awal-awal tadi, waktu aku tak takut kegagalan, time tuh lah jugak kegagalan tuh datang.

Jadi sebenarnya dekat sini, kau takut ke tak takut ke, kegagalan tuh somehow akan pergi jugak dekat kau.

Hidup nih memang tak akan lari daripada kegagalan. Tipulah kalau semua benda yang orang buat semua terus berjaya. Mesti ada ups and downs punya sebab manusia tak sempurna. Tapi tu lah. Yang membezakan adalah mind set kau tentang kegagalan tuh sendiri. Sama ada kuat semangat nak bangkit semula lepas jatuh, ataupun nak kekal terbaring je sebab dah tak berdaya.

Actually kalau nak move on ni, mula-mula kau kena come to terms dulu with your failures. Bila kita dah boleh terima yang kita nih tak sempurna, lagi senang nak mengorak langkah seterusnya.

But the thing is, sesetengah orang tend to be very hard on themselves. Asal gagal sikit je mesti nak beat themselves up. Bukan beat as in beat physically (I mean, how is that even possible?).

Beat maksud aku dari segi criticize diri sendiri.

Condemn diri sendiri. And then secara tak langsung perbuatan dorang nih membuatkan dorang lower their own self-esteem.

Dulu waktu zaman sekolah ada sorang cikgu aku nih selalu cakap kalau rasa diri tuh malas, bla bla bla and segala benda negatif, kita kena marah diri sendiri. Cakaplah benda-benda macam "Kenapa kau macam ni?" "Kau nak berjaya kan? Tapi kenapa kau pemalas sangat?" "Kau dahlah tak pandai. Pemalas pulak tuh." Something like that lah.

But bagi aku, bukan sepanjang masa kita boleh condemn diri kita macam tuh.



In the end, positivity always out rule negativity. Instead of marah diri sendiri, kita kena pick ourselves up in the kindest way possible.

Give yourself positive reinforcements like "You'll improve." "You'll do better next time." "You will change." "You are worthy of success." etc.

Because honestly speaking if no one is kind to you at your lowest, then maybe you're the one who should be kind to yourself.

No comments:

Post a Comment

silalah komen :)

Shawn Mendes